Jodoh Panjang


Assalamualaikum.
1st post for this month. Draft takyah cerita la, kemain banyak punya list tapi satu habuk pun tak siap typing lg HAHA Nak story pasal jodoh. Kejadian berlaku tahun lepas, masa sem 4. Kebetulan ayah aku ada meeting kt KL, tu yang aku tergedik jugak nak jumpa dorg. Of course la nk jumpa kan, parent sendiri kot. Tiap kali dorang turun KL mesti wajib jumpa. Dorg stay 2 hari kt sana. Untuk hari pertama, adik aku takdapat join sebb ad class, so jadi anak tunggal la skjp. Plan nya nak lunch kat Ikea sambil cuci mata. Lama mengidam nk makan meatball XD


Kitaorg pergi Ikea Cheras, sbb yg ni paling dekat. Mcm biasa la kan, ronda exhibition room dulu yang ada banyak bilik-bilik comel. Lalu sini je berangan cakap kat ibu nanti nak bilik macam ni la, nak itu nak ini tapi cakap jelah HAHA Takmampu lg nak beli. Sambil tu aku keluarkan phone, ambik gambar. Merata aku snap lantak la excited punya pasal. Then, sampai kat Ikea cafe. Ramai jugak la orang biasa la peak hour kan. Troli ni aku tinggal kat tepi sebab mcm semak je letak kat meja pastu barang takbayar lagi, kalau orang ambil pun takpe. Mata ni dah excited tengok meatball Ya Allah gendut gendut semua.

Apa lagi kan? Nak ambil gambar lagi lah HAHA Nak buat kenangan kononnya. Eh, kenapa takde dalam bag ni! Pastu celuk dalam poket kiri kanan takde jugak. Cuak weyh. Masa ni ibu tanya lagi nak apa, aku control la muka nervous ni cakap "aaaaa... nak meatball..." Tangan takberhenti korek beg, mcm nak tembus dh. Takde weyhh T.T Pastu aku cakap kat ibu nak pergi toilet, padahal nak pergi cari phone kekekeke

Selongkar dalam troli barang pun takde. Takkan nak pusing balik? Tapi tu je option yang ada. Aku patah balik, lalu ikut jalan yang aku ingat. Merata aku cari. Macam mana la boleh taksedar phone takde ni, haishhhh! Aku jalan je ikut kaki ni nak langkah ke mana. Dalam hati ni berdoa harap jumpa la sbb mood tengah okay ni, kalau aku bgtahu parent phone hilang nnt mesti dorg hantar aku rumah sewa pastu takjadi nak shopping sekali ==' takut. Sampai la kat ruang sofa banyak-banyak,

Aku nampak casing merah atas meja staff kat situ. Mcm phone aku. Aku pun cakap kat pekerja tu, "phone saya ni.." Tahu dia buat apa? Dia bagi mcm tu je weyh! HAHAHA Habis tu kalau orang lain cakap macm tu jugak, dia bg mcm tu jugak la ni. Dia taktanya pape pun. Aku pun malas nak tanya lebih terus pergi cafe. Fuhhh lega. Tapi menyesal jgk la sbb baru nak order mcm mcm tpi fikir kan phone, dpt makan meat ball je. Nasib la ayah aku ada ambil carrot cake dpt la jadikan dessert.


Amacam? Korang pernah hampir hilang phone? Sampai sekarang rasa bersyukur sangat sebab jodoh panjang lagi dengan phone ni. Kalau tak, habis la duit simpanan aku kena kikis beli phone baru XD
Till then.


No comments:

Post a Comment