Lazada Birthday Blogger Contest

Assalamualaikum.
Nak share kat korang, tahun ni merupakan ulangtahun Lazada yg ke-5! Apa yang menariknya, Lazada akan mengadakan birthday sale sehingga 90% Bila tu? 22.3 -24.3 ni Memang taklama lagi dah. Lagi special buat blogger, Lazada sekarang ada buat contest dan korang berpeluang untuk menang shopping voucher! Aku pun taknak lepaskan peluang ni mana lah tahu kan ada rezeki HIHI
Macam mana nak join contest ni? Boleh visit link ni:

http://www.lazada.com.my/blogger-contest/


Lagi ramai lagi meriah, lagi ramai lagi bertambah bilangan hadiah ditawarkan. Senang cerita, korang hanya perlu menjawab soalan (boleh baca SINI) Then pastikan jawapan korang ada dalam entry ni. Cara pemilihan pemenang ialah random yer.

Q: Apa yang anda suka mengenai Lazada Malaysia?
Salah satu sebabnya ialah Lazada selalu buat sale. Selalu! Start sale Tahun Baru Cina, cyber Sale, sampailah Christmas Sale! Takputus-putus sale yang berjalan. Aku ni kan student, so pantang bila ada sale memang terus serbu website Lazada! Time sale ni lah syiokk nak shopping. Lagi satu, kat Lazada ni terdapat banyak sangat pilihan barangan sampai kan aku taksempat nak survey semua tu. Contoh la kan, aku nak beli case phone sony Xperia Z1. Terdapat lebih 30K pilihan. Senang cerita, dalam 30K mesti jumpa punya case yang aku berkenan.

Q: 3 produk yang menjadi pillihan hati di Lazada Malaysia
Kalau nak ikutkan lebih daripada 3 tapi sebab atas permintaan memang kena list 3 je kan. Antara 3 produk yang aku listkan kat bawah ni, semuanya merupakan wishlist aku. Ada rezeki memang nak beli ialah nama pun wishlist kan. HAHA

1. Canon EOS M10 Kit


Camera ni merupakan wishlist paling latest. Handphone aku ada jer camera, tapi bila travel macam susah sikit la. Capture gambar guna phone confirm battery drain cepat. Pastu kena charge lagi, even sekarang ada powerbank pun taksyok lah nak ambil gambar ehh ada plak wire USB bersambung. Camera ni pun takbesar sangat so boleh gantung kat leher. Kat rumah ada je DLSR tapi bila nak bawa travel leceh la pstu makan ruang. DSLR kan besar. Lagi satu, nak gantung kat leher DSLR tu macam.. macam takpercaya je dengan ketahanan tali. Buatnya putus, menangis takberlagu lah jwbny.

2. Purse Leather 



Purse yang sekarang aku guna ni elok lagi. Tapi niat jugak dalam hati nak beli yang baru. Aku takpakai dah purse yang panjang sebab makan ruang. So aku lagi prefer yang jenis macam kat atas ni. Kecil tapi padat. Taksabar nak tukar purse baru! Yuhuuuuu

3. USB Speaker




Sejak speaker iPad aku pecah, kalau ada video je mesti kena pakai earphone. Nasib takbisu terus. Lagi satu, since stay kat rumah sewa kitaorang selalu lepak tengok movie sama-sama. Tapi, speaker laptop ni kan limited. Paling max 100. Movie pun taksemua audio sama kuat. Bila ada speaker, baru terasa macam kat cinema, gituh. Speaker USB kat atas ni pun senang di bawa. Nak connect dengan pendrive pun boleh. So takperlu susah-susah.

Q: Pendapat untuk meningkatkan perkhidmatan Lazada Malaysia?
Berharap Lazada dapat mengawasi kesahihan maklumat barang yang di jual oleh seller di Lazada. Jujur, aku jarang shopping di Lazada kerana dipengaruhi oleh pengalaman daripada orang terdekat. Contohnya, baru ni adik(lelaki) aku ada beli seluar kat Lazada. Dah check size semua okay. Tapi bila sampai kat rumah, size tu lagi kecil daripada apa yang dinyatakan. Seluar tu langsung adik aku takmuat nak pakai. Cutting perempuan plak tu, tapi maybe sebab cutting tu style skinny. Akhirnya seluar tu dapat kat aku. HAHA Apa yang aku nak highlight kat sini ialah supaya informasi yang dipaparkan di website sama dengan rupa barangan tu sendiri.

Q: Ucapan ulang tahun buat Lazada Malaysia?
Selamat ulang tahun yang ke-5 Lazada! Semoga terus maju dan terus menjadi gedung shopping yang paling digemari oleh rakyat Malaysia. Tahniah juga buat semua staff Lazada, dah 5 tahun Lazada bertapak di Malaysia. All the best Lazada and the team!





No comments:

Post a Comment