Fesyen Hijab Moden

Berbeza dengan masa dahulu, hijab fashion bukan lah sesuatu yang popular di mata dunia. Namun kini, fesyen hijab moden mendapat perhatian daripada seluruh pelusuk dunia. Oleh kerana hijab dikaitkan dengan pemakaian yang sederhana, ia dianggap sebagai kurang trendy atau stylish. Sekarang, fesyen hijab semakin diminati ramai. Walaupun dengan pemakaian yang sederhana, para Muslimah kini masih dapat tampil dengan gaya yang trendy. Mari kita lihat contoh-contoh yang ada.


Gaya sebegini amat sesuai untuk cuaca yang panas, kering dan kadang kala sering hujan seperti di Malaysia. Pakaian tidak terlalu ketat dan sangat stylish untuk diapakai setiap hari. Mahu curi style ini? Senang sahaja. Cari hijab fashion style yang sesuai dengan diri anda kemudian pilih seluar yang jenis longgar seperti harem pants atau wide legged pants. Untuk baju, anda boleh pilih blaus Muslimah dan kalau berlengan pendek, tambah saja cardigan. Mudah sahaja kan?


Mahu kelihatan lebih anggun dan bergaya seperti hijabista? Anda boleh memilih untuk menggayakan maxi skirt bersama blaus labuh seperti contoh ini. Untuk mereka yang mahukan jenis hijab yang lebih menutupi, boleh sahaja pilih fesyen hijab yang anda lebih selesa untuk digayakan bersama pakaian anda. Kerana anda memakai maxi skirt untuk gaya ini, lebih baik pakai pumps heels atau heel wedges supaya tampak lebih tinggi dan berkeyakinan.


Seperti yang anda lihat di dalam gambar contoh ini, siapa cakap Muslimah tak boleh pakai gaun? Maxi dress seperti ini sangat glam dan kalau anda ada acara untuk dikunjungi, boleh la beli maxi dress jenis klasik sebegini. Pastikan fesyen hijab anda simple tanpa banyak hiasan atau liltan supaya maxi dress akan tampak lebih elegan. Boleh digayakan bersama kasut tumit tinggi untuk acara penting tapi untuk hari lain, boleh saja pakai sneakers untuk gaya hijabista.

Jadi anda suka tak fesyen hijab moden ini? Kalau suka boleh la cuba sekarang dan anda boleh saja tukar sedikit mengikut cita rasa. Macam resepi makanan! Boleh campur aduk mengikut kesesuaian diri. Okay, itu saja untuk hari ini.




No comments:

Post a Comment