Denggi Attack

#keyword: Muk = nyamuk

Assalamualaikum.
Masa SEM3 memang kecoh satu rumah when one of my housemate suspect denggi! Waktu ni dah la a week before study week. Lagi seminggu lepastu, final. Kalau nk describe suasana rumah kitaorg masa SEM3 ni, mcm Balai Raya Nyamuk! Merata-rata nyamuk. Toilet, almari, rak kasut, ruang ampaian baju, corridor. Yang kelakarnya, rumah kitaorg ni level 21. Kemain tinggi kau terbang ye Muk! Rumah sewa aku ni area Kg. Baru takperlu bgtahu la nama ap tempat ni kan HEHE Kwsn rumah aku ni memang sejak beberapa tahun ni mmg ada je yg kena suspect denggi. Tapi tak sangka plak aku antara suspect tu.

Org paling 1st kena suspect denggi ialah housemate + roomate aku, Azy. Pernah satu malam, dia mengadu cakap gatal sangat kat peha dia. Dia pun garu-garu sampai naik merah. Masa ni kitaorg takde plak nak kata Azy ni kena denggi. Satu hari ni balik je dari class, Azy demam. Demam mengejut! Siap pergi klinik minta ubat, doktor kata, "awak demam ni." Esoknya, elok plak dia. Cergas macam hari biasa. Tapi, bila dah nak menghala ke petang, badan dia lemah balik. Parent dia suruh balik. Esoknya dia inform kat kitaorg yang dia suspect denggi. Semua terkejut. Lg 3 minggu nak final! Lepas Azy, mangsa seterusnya Tipah, Thirah & Jannah.

Tipah and Thirah balik rumah sendiri. Tapi jannah kesian kena tahan kat HKL. Doktor takbagi balik Perak. Next, giliran aku plak. Dah la masa ni pening kepala siapkan assignment Web Design. Nak menelaah coding CSS & HTML lg ni. Secara tiba-tiba aku cirit birit. Pastu badan rasa sejuk lain macam. Malam tu tidur aku pakai stokin.

Aku pun pergi klinik, doktor pun kata aku demam. Tp sama mcm Azy. Siang hari okay, malam jadi lemah balik. Azy dh ckp aku ni mcm simptom awal denggi. Tapi aku kata tak sbb taknak! Bila tangan aku naik bintik merah, aku pun redha mmg denggi la ni. Malam tu call ibu ckp nak blik. Dipendekkan cerita, mmg aku balik Dungun & naik bas! HAHA Aku jadi serba-salah nak naik flight sbb tahu tiket mahal kalau beli skrg. Sbb aku yakin yg aku ni still kuat nak tempuh 6 jam dlm bas, aku pun ckp kat ibu, "takpe org naik bas je."


Smpai je rumah. Aku ckp la ad bintik merah. Ibu call makcik aku yg nurse then dia suruh pergi hospital terus. Masa ni kan dh malam. Badan aku jadi lemah balik. Tp aku ikut kan jelah. Smpai je hospital, doktor kata aku suspect denggi. Suhu badan tinggi. For the 1st time, aku kena masuk air. Sakit wuuuuuu T.T For the 1st time jugak, doktor cucuk ambik darah! Sakit wuuuu! Tapi takde daya nak meraung HAHA Tahu doktor tu cakap apa?

Okay next entry aku cerita. Nnt aku senaraikan jgk petanda awal demam denggi, apa yang aku buat sepanjang waktu tu dan apa yg aku makan utk merawat denggi ni.
Till then.

#Bulan 2 baru ni Azy suspect denggi lagi! Ya Rabbi nasiblaa takde pape. Demam denggi ni boleh bawa maut sebenarnya. Sebab tu kalau demam mengejut, terus pergi hospital tau.



No comments:

Post a Comment