Persiapan Intern

Assalamualaikum,
Esok (20.2) bermulanya semester 6 iaitu semester last dan maksudnya, esok dah start intern. OMG! Alhamdulillah tempat dah dapat. Tapi, bukan senang nak dapat sebenarnya. Briefing pasal internship dah start since semester lepas and macam-macam kena buat, alert dengan dateline, daftar itu ini. Dan bermacam-macam jugaklaa pengalaman baru yang aku dapat. Sebelum tu, antara peneman aku untuk esok hari adalah:


1. logbook
2. report duty form
3. confirmation form

How's I feel? Of course la half ekcited, half takut! In Sha Allah everything went well. Cerita berkenaan tempat intern, yup dah dapat dan dekat sangat dengan rumah XD hahahaha konon dulu plan nak intern kat KL tapi buat macam mana takdapat :( And berpuluh-puluh company aku apply. Dan bermacam website aku jelajah: internsheeps, intern.my, jobstreet, maukerja, .... Baru lah aku tahu tentang kewujudan website-website ni. Cuma apa yang buat aku annoy dengan company yang besar-besar ni (taksemua) dorang taklayan/takreply/takread pun aku punya email. So what's the point kan tayang job alert? Haritu, kawan aku call satu company ni nak tanya status permohonan then lepas tu baru lah dorang call balik untuk datang interview.

Company yang biasa-biasa ni jugak bagus. Dalam 2-3 hari bekerja terus reply. And pernah jugak satu kedai ni dia call aku pukul 8 pagi hari Jumaat tanya untuk datang interview. Nasib laa masa tu dah bangun. hehe Alaa terluah perasaan plak. Entry ni nak bagitahu esok intern je sebenarya. Pengalaman macam mana nak cari tempat intern tu nanti-nanti lah sebab ada banyak pengalaman. Esok, naik motor je. Rempit lah sengsorang. Waktu intern/kerja:

Ahad - Khamis, Sabtu : 8:30 pg - 6 ptg
Jumaat : cuti

So doakan lah supaya semua berjalan lancar even masa dengar start kerja pukul 8:30 pg T.T At least, habis kerja dapat balik rumah and paling penting dekat jer. hihi
May Allah ease everything.
Till then.







No comments:

Post a Comment