Studio Recording

2 comments:
#stuckdalamdraft : cerita lama so content takberubah sbb malas. hihi

Assalamualaikum.
Dulu aku wondering jugak lah, kat kampus ni takde ke studio recording sebab time semester 3, aku ada ambil subject Audio and Video. Bosan laa record sound thru recorder phone je.. nak jugak merasa macam mana artis-artis record lagu. Ecehhhcehh, berangan =='

Tapi, takdelah angan-angan mat jenin. Sebab memang ada pun studio recording kat kampus. Studio untuk shoot gambar pun ada, tapi mana laa tahu student allow ke idok masuk sana tanpa lecturer kan. Dulu jelah senang sebab ada cabel, hahaha sekarang sir dah pindah so susah sikit nak mintak tolong sebab macam-macam procedure kena ikut.


Bilik ni terletak nun jauh kat level 4 and aku rasa ni merupakan kali pertama jejakkan kaki kt level ni. Masa ni, kitaorang berempat je dengan sir sebab yang lain dah. Satu lagi sebab yang lain tu semua lelaki. Kitaorg berempat ni je entah macam mana boleh tercampak dalam class ni huhu T.T Tapi best jugaklah sebab senang nak faham apa yang sir ajar and dapat kelonggaran banyak. Taksyoknya balik pukul 9 malam sebab break maghrib lagi so extend setengah jam.


Nampak tak kitaorang berbaju kurung? Sebab hari tu jugak ada class COME2 (Communication English) and ada mock interview bagai. Alhamdulillah sir cakap cara aku jawab time iv tu bagus cuma perlu practice bercakap sebab aku macam nervous. Sape taknervous weyh kalau kena iv? ==' Okay, back kepada studio recording. Sir bagi task kat kitaorang kena menyanyi. Confirm aku mengalah dari awal. Menyanyi apa nya suara level underground nasiblah ada yg volunteer. hihi

Kitaorang takbuat banyak pun masa recording sebab takbanyak sir ajar. Just bagitahu apa fungsi setiap benda alah tu je. Kerja Asilah just tekan button record je mana kala aku punya kerja, record video. haha Hasilnya not bad lah sebab yg sorang tu ada package dah nak jd penyanyi.
Till then.


Persiapan Intern

No comments:
Assalamualaikum,
Esok (20.2) bermulanya semester 6 iaitu semester last dan maksudnya, esok dah start intern. OMG! Alhamdulillah tempat dah dapat. Tapi, bukan senang nak dapat sebenarnya. Briefing pasal internship dah start since semester lepas and macam-macam kena buat, alert dengan dateline, daftar itu ini. Dan bermacam-macam jugaklaa pengalaman baru yang aku dapat. Sebelum tu, antara peneman aku untuk esok hari adalah:


1. logbook
2. report duty form
3. confirmation form

How's I feel? Of course la half ekcited, half takut! In Sha Allah everything went well. Cerita berkenaan tempat intern, yup dah dapat dan dekat sangat dengan rumah XD hahahaha konon dulu plan nak intern kat KL tapi buat macam mana takdapat :( And berpuluh-puluh company aku apply. Dan bermacam website aku jelajah: internsheeps, intern.my, jobstreet, maukerja, .... Baru lah aku tahu tentang kewujudan website-website ni. Cuma apa yang buat aku annoy dengan company yang besar-besar ni (taksemua) dorang taklayan/takreply/takread pun aku punya email. So what's the point kan tayang job alert? Haritu, kawan aku call satu company ni nak tanya status permohonan then lepas tu baru lah dorang call balik untuk datang interview.

Company yang biasa-biasa ni jugak bagus. Dalam 2-3 hari bekerja terus reply. And pernah jugak satu kedai ni dia call aku pukul 8 pagi hari Jumaat tanya untuk datang interview. Nasib laa masa tu dah bangun. hehe Alaa terluah perasaan plak. Entry ni nak bagitahu esok intern je sebenarya. Pengalaman macam mana nak cari tempat intern tu nanti-nanti lah sebab ada banyak pengalaman. Esok, naik motor je. Rempit lah sengsorang. Waktu intern/kerja:

Ahad - Khamis, Sabtu : 8:30 pg - 6 ptg
Jumaat : cuti

So doakan lah supaya semua berjalan lancar even masa dengar start kerja pukul 8:30 pg T.T At least, habis kerja dapat balik rumah and paling penting dekat jer. hihi
May Allah ease everything.
Till then.







Selamat Tinggal

1 comment:
Assalamualaikum,
Hari ni merupakan hari last aku menggunakan classic template (i hope) Sebab finally dapat jugak move on kepada simple template even design 100% copypaste design yang lama.


Sedih jugaklah sebab aku ni merupakan pengguna tegar classic template / blogskins since 2011. Salah satu sebabnya, hanya classic template je aku dapat edit ikut kehendak sendiri. Dulu memang tiap minggu tukar design baru. Even ramai orang cakap classic template ni susah, bagi aku classic template lah paling senang sebab takde 'format' yang kena ikut. Tapi tulaa... classic template ni banyak sangat kekurangan berbanding template lain:

1. Takde bloglist
2. Takde blog archieve
3. It's just a template.

Bagi aku takdelah banyak sangat tapi yang takde tulah yang perlu ada untuk blog. Tapi sekarang ni, aku dengan rendah diri nak mintak pertolongan dari sifu-sifu yang mahir tentang simple template sebab blog aku ni sekarang ada masalah.

1. blog lama sangat loading
Tapi tadi dah timbang berat blog and ni hah resultnya. Tadi dapat 8++ je sekarang 25.87. Sebelum ni memang laju giler blog aku loading tapi tadi since dah convert ke simple template lambat bebenor.

Ada lagi kot menda yang aku tak touch up. Taksempat dah! Esok dah start intern. So, memang terpaksa iRedha dengan keadaan blog ni sampai June nnt T.T Kalau sesiapa tahu solution, mohon bantulah saya insan yang kerdil ini. huhu and kalau korang ada ternampak mana-mana error pun bagitahu yer. Terima kasih :)
Till then.




Dah Boleh Grad! Tapi,

No comments:
Assalamualaikum.
Semalam bertarikh kan 10.2.17 -- result utk semester 5 dh keluar! Sblum ni kecoh dh kat ws katanya dengar ura-ura result keluar 10hb and, yess mmg betul. Kalau nk describe sem 5 ni mcm mana kan, fuhhhh semester ni lah yg paling paling win.

1. Final Year Project (credit hour = 6)
2. paling stress
3. paling byk taktidur; rasanya 3 kali kot aku pernah 24jam berjaga
4. paling byk pakai duit T.T
5. paling byk gaduh baik baik gaduh baik ngn housemate
6. paling sikit cuti! (hmpir 2 bulan takbalik)
7. paling byk subject programming; ASP.Net & Networking

Disebalik segala kenangan manis pahit sweetsour spnjg sem 5 ni, alhamdulillah. Perjalanan nk grad dh makin terasa tapi, kena lulus semua subject dulu. Sbb tu lah, ramai yg cuak utk check result kali ni sbbnya kalau ada satu subj yg fail, kena repeat balik T.T which mean, takboleh nak intern lg and takboleh grad sekali ngn org lain! So, apa citak result kali ni? Tadaaaaa...

exceed pointer 3.5 both CGPA & GPA! yeahhhhhh


Alhamdulillah bersyukur sangat sangat. Ingatkan pagi tu nak amnesia smpai petang tapi bangun je dari tidur terus check result. ehehe Even result semester ni menurun dari semester lepas, atleast both CGPA and GPA dah exceed 3.5 which are my goal! Cuma, nak grad kena lepas intern dulu lah. 20hb dah start intern sampai 9 Jun. Then, dah boleh grad ngn kengkawan batch June 2014.

No pin UPU pun dah beli, harga RM15.46 kot. Nk register UPU pun bukak smpai 30hb ni je so yg mana nk apply tu, jgn terlepas tarikh penting ni.

MUET, done!
Final Year Project, done!
Intern, soon in sha Allah.