Last Day Intern

No comments:
Assalamualaikum.
Ni baru je balik dari kerja. Hari ni dah last day intern! Yeahhhh Tepuk sikit. Bukan sekejap okay, 4 bulan saya mengharungi suka duka menjadi seorang intern. Come on! Ye 4 bulan je pun HAHA Post pasal gaji pertama, intra visit, pengalaman 1st week of intern semua tu terkubur dalam draft. T.T Lepas ni nak keluarkan balik. Dah masuk 6 bulan tapi entry tak sampai 20 pun HAHA Mohon lepas ni rajin skit please.

Hari ni macam hari yang lain. Cuma maybe mood excited terlebih skit sbb nak habis intern kan. Masuk kerja still tak on time XD Bila nak berubah wahai diri? Kat sini tak strict sangat sebab tu ambil kesempatan. Ish jangan ikot perangai tak elok ni okayy. Last task sebagai intern ialah memotong sticker menggunakan alat di bawah. Sikit punya senang la.


Boleh la buat stock nak tulis dalam log book nanti. Dah siap task, sambung buat report. Report ni pulak, next week nak kena submit. Demi report INTRA, sanggup aku fly dari ganu ke KL. Nasib tiket takmahal sgt. #ty traveloka

Hari last ni jugak kena 'buli' skit kena jaga counter depan. Ada lah dalam sejam lebih aku duduk depan tu tapi nasib takde customer datang. HAHA Sempena bulan Ramadhan ni jugak, ada lah aku bagi buah tangan skit kat staff sini. Takde apa pun. Kuih raya je XD Boleh la kan dari tangan kosong? hehe Bulan puasa ni balik pukul 5:30 petang. So, dah kemas segala wayar laptop pastu mula lah sesi bersalaman. Masa ni oc la muka sengih je memanjang nak balik dah woiiiii! Pastu surprise! Alhamdulillah ingat takdapat dahh hihi

Elaun untuk hari-hari terakhir kat sini. Boleh la simpan untuk masa depan. Tapi taktahu lah kalau terguna beli baju raya ke... and oc sijil penghargaan.


Maka, tamatlah sudah industrial training yang start since 20.2 sampai la hari ni, 8.6 Sepatutnya habis esok tapi Jumaat kedai tutup so dapatlah habis awal sehari. Kalau nak declare tamat diploma pun boleh jugak tapi nnt tunggu dah grad la kan. In sha Allah bulan 9 ni, road to degree pulak. Untuk yang still dalam diploma, yutfah alaikum! Tak pernah pun rasa menyesal ambil course ni even yelah kan course ni orang takpandang sangat. Multimedia? apa tu? Course ni memang tak common sangat dikalangan orang orang kita. Lepas tanya belajar apa pastu dah taktahu nak tanya ap lg. HAHA So selamat kat situ. Bulan 10 nnt baru grad. May Allah ease everything.
Till then.



Pre Order KPOP Album (Malaysia)

No comments:
#fangirl alert!

Assalamualaikum.
Anyyeong yoroebun! Esok VIXX nak buat comeback. I pun dah pre-order album dorang hehe


In case la korang wondering cara nak beli kpop album ni, aku ada buat tutorial mudah. Tapi, tutorial ni hanya untuk cara beli kpop album di KEDAIKPOPMY Aku ada share satu post, boleh baca sini.

FB: https://www.facebook.com/KEDAIKPOPMY/
IG: https://www.instagram.com/kedaikpopmy/
BLOG: http://kedaikpopmy.blogspot.my/

Cara nak order barang di KKM ni ialah dengan isi form. Takboleh order thru ws/ig/fb, dorg tak akan layan tau. Stepnya macam ni:

Katakan lah aku nak order VIXX Mini Album - Eden (birth stone ver.)

1. Click link blog KKM (yang dah tersedia kat atas tu)
2. Boleh scroll sampai jumpa album yang korang nak, ataupun browse by artist name.
Boleh jumpa di bahagian sidebar. Then, click VIXX.


3. Akan keluar semua post related to VIXX kan? Pastu cari album VIXX Mini Album - Eden.







4. Dah jumpa, pastu click link warna merah yg ada tulis "CLICK HERE"
Pastikan, korang right click, buka link di new tab, sebab senang korang nak isi form.

5. Baca dulu semua terms & conditions by KKM sebelum order. Pastikan, bila korang nak order ni hanya bila dah betul-betul nak beli and bukannya was-was. In case la korg cancel order ni bila dah siap isi form, kemungkinan korang akan di blacklist. So lepas ni, dah takboleh beli kat KKM. Ingat, baca & hadam dulu T&C tu okay.

6. Isi form. Info boleh refer kt blog. Eg:
Part A: nama, email address, social media(ig/fb/tw), delivery option, address, phone no.


Part B: album name, tube for poster, payment method
Kalau nak order 1 album sahaja, hanya isi untuk Order No.1. Copy & paste title album from blog. Tube for poster ni optional. Boleh baca kat post aku sebelum ni pasal kpop album.




7. Done! Pastikan semua info yg korg masuk tu dh betul. Pastu boleh la click submit.

Dalam masa 24jam, korg akan dpt email drpd KKM. Nnt kena buat payment. Dlm email tu ada jugak info pasal order yang korang buat ni. Dah settle payment, tunggu lah lg 3 minggu sampai la tu album ni kat rumah korang. Senang je kan? Apa lagi, happy shopping!
Till then.




Jodoh Panjang

No comments:

Assalamualaikum.
1st post for this month. Draft takyah cerita la, kemain banyak punya list tapi satu habuk pun tak siap typing lg HAHA Nak story pasal jodoh. Kejadian berlaku tahun lepas, masa sem 4. Kebetulan ayah aku ada meeting kt KL, tu yang aku tergedik jugak nak jumpa dorg. Of course la nk jumpa kan, parent sendiri kot. Tiap kali dorang turun KL mesti wajib jumpa. Dorg stay 2 hari kt sana. Untuk hari pertama, adik aku takdapat join sebb ad class, so jadi anak tunggal la skjp. Plan nya nak lunch kat Ikea sambil cuci mata. Lama mengidam nk makan meatball XD


Kitaorg pergi Ikea Cheras, sbb yg ni paling dekat. Mcm biasa la kan, ronda exhibition room dulu yang ada banyak bilik-bilik comel. Lalu sini je berangan cakap kat ibu nanti nak bilik macam ni la, nak itu nak ini tapi cakap jelah HAHA Takmampu lg nak beli. Sambil tu aku keluarkan phone, ambik gambar. Merata aku snap lantak la excited punya pasal. Then, sampai kat Ikea cafe. Ramai jugak la orang biasa la peak hour kan. Troli ni aku tinggal kat tepi sebab mcm semak je letak kat meja pastu barang takbayar lagi, kalau orang ambil pun takpe. Mata ni dah excited tengok meatball Ya Allah gendut gendut semua.

Apa lagi kan? Nak ambil gambar lagi lah HAHA Nak buat kenangan kononnya. Eh, kenapa takde dalam bag ni! Pastu celuk dalam poket kiri kanan takde jugak. Cuak weyh. Masa ni ibu tanya lagi nak apa, aku control la muka nervous ni cakap "aaaaa... nak meatball..." Tangan takberhenti korek beg, mcm nak tembus dh. Takde weyhh T.T Pastu aku cakap kat ibu nak pergi toilet, padahal nak pergi cari phone kekekeke

Selongkar dalam troli barang pun takde. Takkan nak pusing balik? Tapi tu je option yang ada. Aku patah balik, lalu ikut jalan yang aku ingat. Merata aku cari. Macam mana la boleh taksedar phone takde ni, haishhhh! Aku jalan je ikut kaki ni nak langkah ke mana. Dalam hati ni berdoa harap jumpa la sbb mood tengah okay ni, kalau aku bgtahu parent phone hilang nnt mesti dorg hantar aku rumah sewa pastu takjadi nak shopping sekali ==' takut. Sampai la kat ruang sofa banyak-banyak,

Aku nampak casing merah atas meja staff kat situ. Mcm phone aku. Aku pun cakap kat pekerja tu, "phone saya ni.." Tahu dia buat apa? Dia bagi mcm tu je weyh! HAHAHA Habis tu kalau orang lain cakap macm tu jugak, dia bg mcm tu jugak la ni. Dia taktanya pape pun. Aku pun malas nak tanya lebih terus pergi cafe. Fuhhh lega. Tapi menyesal jgk la sbb baru nak order mcm mcm tpi fikir kan phone, dpt makan meat ball je. Nasib la ayah aku ada ambil carrot cake dpt la jadikan dessert.


Amacam? Korang pernah hampir hilang phone? Sampai sekarang rasa bersyukur sangat sebab jodoh panjang lagi dengan phone ni. Kalau tak, habis la duit simpanan aku kena kikis beli phone baru XD
Till then.


Degree Calling...

No comments:
Assalamualaikum.
Semalam secara rasminya permohonan UPU dah tutup. Kalau ikutkan tarikh awal, 30.3 then extend smpai 5.4 eh extend lagi sekali smpai 6.4 sebab ramai complaint system down. Mesti last minute isi kan 😏 Aku dah survey pasal course nak ambil degree since Feb lg. Tapi, isi UPU Selasa lepas HEHE Confius nak pilih course apa. Last isi UPU habis SPM 2013, sekarang dh 2017. Website pun lagi user-friendly *thumbs up!

Buat yang dah sambung degree, untung korang kan saya still semester 6 lagi ni. Most course diploma IPTA takde IT (industrial training) that's why ramai yang habis awal. Tapi takpe, boleh dapat pengalaman intern and serious talk, even baru sebulan lebih intern dh byk benda aku belajar. Nah, tgk la course mana jadi pilihan UPU kali ni.


Kenapa UKM utk pilihan pertama? Sebabnya, antara course yang relate dengan multimedia course ni paling hampir sama dgn degree multimedia UniKL. Dah la 2 tahun setengah je. Tapi, ada iv plok! 😅 UM jadi pilihan ketiga sebab course ni takde hons. Pelik juga, kalau ikutkan UM kan top Uni tapi kenapa course ni takde hons. Better if korang nak sambung degree ambil couse yang ad hons. Bila nak apply kerja senang tapi rezeki masing-masing kan? so up to you. Selebihnya iRedho. Course yang relate dgn multimedia kat UPU ni more into computer science, software development & information technology.

Masa godek-godek laptop haritu terjumpa pilihan UPU dulu. Patutlah takdapat offer, aku isi pun ikut suka hati je takde buat rujukan pape pun. HAHA Nak isi UPU ni, pastikan habis korek segala kejadah pasal course at least simple brief mcm course ni nnt belajar ap... Takdela menyesal di kemudian hari.

Buat masa sekarang ni, 1st choice degree,
Bachelor of Multimedia Technology (Hons) in Interactive Multimedia Design Reasons, sebab dh tahu mcm mana system pembelajaran kat sini, siapa lecturer yang mengajar, pastu rumah sewa dah ada. Subject utk course ni pun variety & balance dengan coding, designing. Nak transfer credit pun boleh daripada 4 tahun in sha Allah boleh jadi 3 tahun je. Tapi, kalau dapat tawaran kat UPU ni mesti aku fikir lagi sekali kot. Tgk la nnt macam mana. See you soon Degree.
Till then.




The Sims 4 Original : RM25 jer

2 comments:
Assalamualaikum.
Kali ni nak share ngan korang yang tercari-cari kat mana lah nak dapatkan The Sims 4 ORI pada harga yang murah. Setelah sembilan bulan main game ni, alhamdulillah takde masalah, mmg betul ori siap dapat expansion pack lagi. Aku beli dengan harga RM23 sahaja. Caye tak?
(mukadimmah panjang, mohon bersabar)


Ceritanya bermula bila dapat berita cuti sem (SEM4) yang sepatutnya berakhir 28.8 dipanjangkan ke tarikh 25.9 Mahu dekat sebulan tu extend. Punya lah taktahu nak buat apa kat rumah tu yang tetiba teringin nak main The Sims. Sekarang dah TS4, so terus survey harga yang ori. Fuhhh mahu seratus lebih jugak! Nak beli, tapi fikir duit. Survey kat Lelong, Lazada, the11street harga lebih kurang. Trusted pun belum tentu ni. At last install Carousell then cari kat situ. Yes jumpe pun yang murah. Tapi mula-mula taktahu nak percaya ke tak. 1st time ni beli kat Carousell. Takpe, try baca feedback customer.



Antara seller yang aku deal, best_game_store yang respond dulu. Bila baca feedback customer, semua bagi +ve feedback. Bila dh mcm sure nk beli tu, aku pun minta harga RM23, seller accepted! Done settled payment, malam tu terus dapat email. TS4 bukan dalam bentuk CD tau, so korang kena download online. Ada la steps yg kena follow. Aku tunggu 12 jam kot nak download menda ni ==' Demi The Sims, i sanggup! HIHI Aku pernah takboleh buka TS4 ni sbb ada file missing, and the seller, Virginia mmg tersangat baik tolong solve problem ni guna teamviewer.

Dengan harga RM23, aku dapat The Sims 4 With 4 extension pack:

1. The Sims 4 Get Together
2. The Sims 4 Spooky Stuff
3. The Sims 4 Get to Work
4. The Sims 4 Cool Kitchen Stuff


Since intern ni takde masa nk main T.T Okay done short review. Get yours now!
Till then.








Everyday Footwear

No comments:
Assalamualaikum.
WEEK 7 - Salam Jumaat semua. Hari ni macam biasa cuti, so nak update skit la untold story: Everyday footwear by Me. Masa belajar dulu, everyday footwear aku ialah sneakers & sandal. Takkan nak pergi kampus pakai slipper kot! HAHA High heels takpernah sentuh. Takpernah ada. Wedges ada la yang raya tahun 2013 kot tapi takpakai pun. Sepanjang intern ni, everyday footwear ialah slipper & sandal je. Selesa, senang 'saut' je. Kat sini, kalau nak dress up skit takconfident sebab orang mesti pandang atas bawah. Balik Ganu ni, humble jelah pakai casual look dgn slipper.


Tiga-tiga ni aku sayang giler-giler! Ad orang giler heels kan, aku giler slipper dgn sandals! XD Giler sneakers jugak tapi sebab semua tinggal kat rumah sewa, so tinggal 3 biji ni je yg boleh pakai kt sini. Yang putih tu takpernah pakai lagi, hadiah birthday from my sistor. Raya nnt aku rasmi kan hehe.

Sandal atas kiri tu, beli kat Zalora, raya tahun 2015. Masih kukuh sampai sekarang, takde koyak, tercabut pun. Cuma warna hitam tu jadi pudar yelahh dh nk msuk 2 tahun pakai kot. Beli harga RM49.90 time ni Zalora buat sale, aku beli sekali dgn warna putih tapi jarang pakai. Boleh kira dgn jari sbb takconfident lg nk pakai warna putih. Pakai sandal pun nk kena confident ke? HAHA Sandal hitam & slipper hitam beli kat cincaibuy. Paling latest beli slipper (bulan lepas) Sandal beli akhir tahun 2015, ni pun masih bergaya mcm baru beli! Tali masih dlm keadaan elok, takde terkoyak, tercabut even takde brand XD Tapi, depend si pemakai juga kan. Kalau jenis rakus, kasut yang beli tahun lepas pun dah selamat masuk tong sampah.

If korang nak beli sandal, sneaker, slipper, wedges, heels yang good quality tapi low price boleh cari kat cincaibuy, theonemall. Zalora pun not bad, tapi branded la kan. Zalora pun byk kali buat sale, so no worries. Time beli slipper (cincaibuy) ambil masa seminggu je untuk sampai. Biasanya dalam 3 minggu maybe slipper ni ready stock kot. And aku baru perasan, design slipper ni sama dgn footwear's Ana Abu!


Sandal hitam cincaibuy: RM34
Slipper hitam cincaibuy: RM31

Sama kan? HAHA Aku ada berkenan juga dengan footwear Ana Abu ni tapi baru je beli slipper tu so hold dulu. Mana tahu raya nnt Ana Abu keluarkan design baru ke HIHI
Till then.




Denggi Attack

No comments:
#keyword: Muk = nyamuk

Assalamualaikum.
Masa SEM3 memang kecoh satu rumah when one of my housemate suspect denggi! Waktu ni dah la a week before study week. Lagi seminggu lepastu, final. Kalau nk describe suasana rumah kitaorg masa SEM3 ni, mcm Balai Raya Nyamuk! Merata-rata nyamuk. Toilet, almari, rak kasut, ruang ampaian baju, corridor. Yang kelakarnya, rumah kitaorg ni level 21. Kemain tinggi kau terbang ye Muk! Rumah sewa aku ni area Kg. Baru takperlu bgtahu la nama ap tempat ni kan HEHE Kwsn rumah aku ni memang sejak beberapa tahun ni mmg ada je yg kena suspect denggi. Tapi tak sangka plak aku antara suspect tu.

Org paling 1st kena suspect denggi ialah housemate + roomate aku, Azy. Pernah satu malam, dia mengadu cakap gatal sangat kat peha dia. Dia pun garu-garu sampai naik merah. Masa ni kitaorg takde plak nak kata Azy ni kena denggi. Satu hari ni balik je dari class, Azy demam. Demam mengejut! Siap pergi klinik minta ubat, doktor kata, "awak demam ni." Esoknya, elok plak dia. Cergas macam hari biasa. Tapi, bila dah nak menghala ke petang, badan dia lemah balik. Parent dia suruh balik. Esoknya dia inform kat kitaorg yang dia suspect denggi. Semua terkejut. Lg 3 minggu nak final! Lepas Azy, mangsa seterusnya Tipah, Thirah & Jannah.

Tipah and Thirah balik rumah sendiri. Tapi jannah kesian kena tahan kat HKL. Doktor takbagi balik Perak. Next, giliran aku plak. Dah la masa ni pening kepala siapkan assignment Web Design. Nak menelaah coding CSS & HTML lg ni. Secara tiba-tiba aku cirit birit. Pastu badan rasa sejuk lain macam. Malam tu tidur aku pakai stokin.

Aku pun pergi klinik, doktor pun kata aku demam. Tp sama mcm Azy. Siang hari okay, malam jadi lemah balik. Azy dh ckp aku ni mcm simptom awal denggi. Tapi aku kata tak sbb taknak! Bila tangan aku naik bintik merah, aku pun redha mmg denggi la ni. Malam tu call ibu ckp nak blik. Dipendekkan cerita, mmg aku balik Dungun & naik bas! HAHA Aku jadi serba-salah nak naik flight sbb tahu tiket mahal kalau beli skrg. Sbb aku yakin yg aku ni still kuat nak tempuh 6 jam dlm bas, aku pun ckp kat ibu, "takpe org naik bas je."


Smpai je rumah. Aku ckp la ad bintik merah. Ibu call makcik aku yg nurse then dia suruh pergi hospital terus. Masa ni kan dh malam. Badan aku jadi lemah balik. Tp aku ikut kan jelah. Smpai je hospital, doktor kata aku suspect denggi. Suhu badan tinggi. For the 1st time, aku kena masuk air. Sakit wuuuuuu T.T For the 1st time jugak, doktor cucuk ambik darah! Sakit wuuuu! Tapi takde daya nak meraung HAHA Tahu doktor tu cakap apa?

Okay next entry aku cerita. Nnt aku senaraikan jgk petanda awal demam denggi, apa yang aku buat sepanjang waktu tu dan apa yg aku makan utk merawat denggi ni.
Till then.

#Bulan 2 baru ni Azy suspect denggi lagi! Ya Rabbi nasiblaa takde pape. Demam denggi ni boleh bawa maut sebenarnya. Sebab tu kalau demam mengejut, terus pergi hospital tau.



Lazada Birthday Blogger Contest

No comments:
Assalamualaikum.
Nak share kat korang, tahun ni merupakan ulangtahun Lazada yg ke-5! Apa yang menariknya, Lazada akan mengadakan birthday sale sehingga 90% Bila tu? 22.3 -24.3 ni Memang taklama lagi dah. Lagi special buat blogger, Lazada sekarang ada buat contest dan korang berpeluang untuk menang shopping voucher! Aku pun taknak lepaskan peluang ni mana lah tahu kan ada rezeki HIHI
Macam mana nak join contest ni? Boleh visit link ni:

http://www.lazada.com.my/blogger-contest/


Lagi ramai lagi meriah, lagi ramai lagi bertambah bilangan hadiah ditawarkan. Senang cerita, korang hanya perlu menjawab soalan (boleh baca SINI) Then pastikan jawapan korang ada dalam entry ni. Cara pemilihan pemenang ialah random yer.

Q: Apa yang anda suka mengenai Lazada Malaysia?
Salah satu sebabnya ialah Lazada selalu buat sale. Selalu! Start sale Tahun Baru Cina, cyber Sale, sampailah Christmas Sale! Takputus-putus sale yang berjalan. Aku ni kan student, so pantang bila ada sale memang terus serbu website Lazada! Time sale ni lah syiokk nak shopping. Lagi satu, kat Lazada ni terdapat banyak sangat pilihan barangan sampai kan aku taksempat nak survey semua tu. Contoh la kan, aku nak beli case phone sony Xperia Z1. Terdapat lebih 30K pilihan. Senang cerita, dalam 30K mesti jumpa punya case yang aku berkenan.

Q: 3 produk yang menjadi pillihan hati di Lazada Malaysia
Kalau nak ikutkan lebih daripada 3 tapi sebab atas permintaan memang kena list 3 je kan. Antara 3 produk yang aku listkan kat bawah ni, semuanya merupakan wishlist aku. Ada rezeki memang nak beli ialah nama pun wishlist kan. HAHA

1. Canon EOS M10 Kit


Camera ni merupakan wishlist paling latest. Handphone aku ada jer camera, tapi bila travel macam susah sikit la. Capture gambar guna phone confirm battery drain cepat. Pastu kena charge lagi, even sekarang ada powerbank pun taksyok lah nak ambil gambar ehh ada plak wire USB bersambung. Camera ni pun takbesar sangat so boleh gantung kat leher. Kat rumah ada je DLSR tapi bila nak bawa travel leceh la pstu makan ruang. DSLR kan besar. Lagi satu, nak gantung kat leher DSLR tu macam.. macam takpercaya je dengan ketahanan tali. Buatnya putus, menangis takberlagu lah jwbny.

2. Purse Leather 



Purse yang sekarang aku guna ni elok lagi. Tapi niat jugak dalam hati nak beli yang baru. Aku takpakai dah purse yang panjang sebab makan ruang. So aku lagi prefer yang jenis macam kat atas ni. Kecil tapi padat. Taksabar nak tukar purse baru! Yuhuuuuu

3. USB Speaker




Sejak speaker iPad aku pecah, kalau ada video je mesti kena pakai earphone. Nasib takbisu terus. Lagi satu, since stay kat rumah sewa kitaorang selalu lepak tengok movie sama-sama. Tapi, speaker laptop ni kan limited. Paling max 100. Movie pun taksemua audio sama kuat. Bila ada speaker, baru terasa macam kat cinema, gituh. Speaker USB kat atas ni pun senang di bawa. Nak connect dengan pendrive pun boleh. So takperlu susah-susah.

Q: Pendapat untuk meningkatkan perkhidmatan Lazada Malaysia?
Berharap Lazada dapat mengawasi kesahihan maklumat barang yang di jual oleh seller di Lazada. Jujur, aku jarang shopping di Lazada kerana dipengaruhi oleh pengalaman daripada orang terdekat. Contohnya, baru ni adik(lelaki) aku ada beli seluar kat Lazada. Dah check size semua okay. Tapi bila sampai kat rumah, size tu lagi kecil daripada apa yang dinyatakan. Seluar tu langsung adik aku takmuat nak pakai. Cutting perempuan plak tu, tapi maybe sebab cutting tu style skinny. Akhirnya seluar tu dapat kat aku. HAHA Apa yang aku nak highlight kat sini ialah supaya informasi yang dipaparkan di website sama dengan rupa barangan tu sendiri.

Q: Ucapan ulang tahun buat Lazada Malaysia?
Selamat ulang tahun yang ke-5 Lazada! Semoga terus maju dan terus menjadi gedung shopping yang paling digemari oleh rakyat Malaysia. Tahniah juga buat semua staff Lazada, dah 5 tahun Lazada bertapak di Malaysia. All the best Lazada and the team!





My 1st Ever KPOP Album!

2 comments:
#fangirl alert!

Assalamualaikum.
Sekarang nak cerita pasal my 1st ever Kpop Album(ulang balik title) Ingatkan nak tunggu lepas beli lg 2 album tp mcm taksabar plak nak share sebabnya i sendiri pun taktahu bila plak nak beli lg 2 album tu huhu Kenapa nak tunggu beli 2 album tu? Meh nak cerita skit.


Tahun lepas, VIXX came out dgn year long 2016 Conception Project. Project ni ada 3 comeback iaitu Zelos, Hades, Kratos. So bermakna akan ada 3 album. Tapi, sebelum end of this project, dorg release Ker album. Ker ni kiranya compilation 3 comeback tu la. Aku dah 'terbeli' yang Kratos. Satu lg masa Ker keluar ni, poket kering T.T Dah 'terbeli', maka nanti aku akan 'terbeli' jugak lg 2 album tu untuk cukupkan VIXX 2016 Conception Project XD Kat mana nak cari official album ni?

Kat Malaysia je. Dulu aku usha 2 website ni: KPOPTOWN | YESASIA
Tengok harga pun dah tahu takmampu! haha Sebelum ni taktahu pulak boleh beli official album kat Instagram. Rupanya, berpuluh account ada jual. Dah namanya official, so setiap pembelian album akan dikira dalam Hanteo chart. Aku punya, beli kat KEDAIKPOPMY Sebelum decide beli kat sini, aku dah bandingkan harga dgn acc lain and KKM paling murah! Ada lagi satu IG ni pun jual harga murah jgk tapi lupa dah apa nama acc tu. Nah, belanja skit. hehe


Harga termasuk GST + postage : RM63 shj (SM). Disebabkan aku ni 1st press so aku dapat poster XD 1st press ni kiranya early bird la, biasanya hanya 1st & 2nd press je dapat poster, sbb limited. Nampak cantik, takrenyuk pun kan poster tu. Sebenarnya, nanti korang akan diberi pilihan cara nak pack poster sama ada nak letak dalam tube ataupun tak nak. Kalau dalam tube, camtu lah rupanya cantik suci takde kedut. Kalau takletak dalam tube, nanti poster tu akan dilipat. Takcantik la. Nakcantik, korang kena tambah RM5. Masa album ni sampai, aku takde kat rumah. Ibu pun tanya,

"awak beli apa ni siap dengan batang paip. Pastu ada buku lagi."

haha Kau nakjawab apa? Aku senang je, cakap "adala..." So dia taktanya lagi. Takkesah la batang paip pun, asalkan sampai dalam keadaan baik. Cara nak order, boleh je pergi website KKM then usha barang yang korang nak then isi form. Senang jer. Dah isi, settle kan payment lagi 3 minggu dapat la barang korang tu. Kalau nak cepat sampai, boleh order kat KPOPTOWN / YESASIA. Kebanyakkan seller kat IG, dorang guna sistem batch. Tu yang jadi lambat skit. So, kena alert la bila batch tutup and next batch akan buka.


Harga album: RM63 (inc GST + postage) + RM5 (tube)
Total Harga: RM68 shj.

Ni contoh gambar dalam photo book. Nak tunjuk semua, kena buat part 2 la. Tapi macam melebih plak nak cerita pasal album je pun sampai part 2 bagai HAHA. So itula ceritanya. Yang pasti, both album dengan poster sampai dalam keadaan baik. Album tu pun dah siap packing dengan plastic so
in Sha Allah takde cacat. Okay, enjoy cuci poket.
Till then.







Fesyen Hijab Moden

No comments:
Berbeza dengan masa dahulu, hijab fashion bukan lah sesuatu yang popular di mata dunia. Namun kini, fesyen hijab moden mendapat perhatian daripada seluruh pelusuk dunia. Oleh kerana hijab dikaitkan dengan pemakaian yang sederhana, ia dianggap sebagai kurang trendy atau stylish. Sekarang, fesyen hijab semakin diminati ramai. Walaupun dengan pemakaian yang sederhana, para Muslimah kini masih dapat tampil dengan gaya yang trendy. Mari kita lihat contoh-contoh yang ada.


Gaya sebegini amat sesuai untuk cuaca yang panas, kering dan kadang kala sering hujan seperti di Malaysia. Pakaian tidak terlalu ketat dan sangat stylish untuk diapakai setiap hari. Mahu curi style ini? Senang sahaja. Cari hijab fashion style yang sesuai dengan diri anda kemudian pilih seluar yang jenis longgar seperti harem pants atau wide legged pants. Untuk baju, anda boleh pilih blaus Muslimah dan kalau berlengan pendek, tambah saja cardigan. Mudah sahaja kan?


Mahu kelihatan lebih anggun dan bergaya seperti hijabista? Anda boleh memilih untuk menggayakan maxi skirt bersama blaus labuh seperti contoh ini. Untuk mereka yang mahukan jenis hijab yang lebih menutupi, boleh sahaja pilih fesyen hijab yang anda lebih selesa untuk digayakan bersama pakaian anda. Kerana anda memakai maxi skirt untuk gaya ini, lebih baik pakai pumps heels atau heel wedges supaya tampak lebih tinggi dan berkeyakinan.


Seperti yang anda lihat di dalam gambar contoh ini, siapa cakap Muslimah tak boleh pakai gaun? Maxi dress seperti ini sangat glam dan kalau anda ada acara untuk dikunjungi, boleh la beli maxi dress jenis klasik sebegini. Pastikan fesyen hijab anda simple tanpa banyak hiasan atau liltan supaya maxi dress akan tampak lebih elegan. Boleh digayakan bersama kasut tumit tinggi untuk acara penting tapi untuk hari lain, boleh saja pakai sneakers untuk gaya hijabista.

Jadi anda suka tak fesyen hijab moden ini? Kalau suka boleh la cuba sekarang dan anda boleh saja tukar sedikit mengikut cita rasa. Macam resepi makanan! Boleh campur aduk mengikut kesesuaian diri. Okay, itu saja untuk hari ini.




Nak Berubah Tapi Malu

No comments:
Assalamualaikum,
Tetiba nak post balik entry ni sebab bagi aku, cerita ni sangat dekat dengan aku dan memang berlaku dalam kalangan orang kita. Berubah. Apa yang berubah? Berubah kearah yang lebih baik. Nak berubah, taksemestinya kena drastik. Perlahan-lahan kita daki, lama-lama sampai jugak di destinasi.


Bercerita melalui pengalaman, aku ada kenal seorang hamba Allah ni. Takperlu mention dia ni siapa. Since 1st day kat hostel sampailah dah hampir 2 minggu kat sana jarang aku nampak dia solat. Nak kata datang bulan, takkan subuh datang bulan, time Asar dah boleh solat. Pastu time maghrib datang bulan lagi tapi Isyak eh dah boleh solat. Konfius jugak aku. hahaha Takpe, aku perati jelah dulu nak tegur pun masa tu takrapat lagi dengan dia. Dalam hati wondering jugak orang lain takperasan ke, ataupun aku sorang je yang jenis suka cari kesalahan orang? huhu

Jodoh kitaorang panjang sampai sekarang still together. Maksud aku still keep in touch laa. hihi Tapi, solat dia still sama. Kejap on, kejap off. Terdetik jugak nak tanya, tapi terasa diri ni macam taklayak nak tegur sebab aku tahu, aku solat pun bukannya awal waktu sangat. Pernah sekali je dia solat dengan aku bila kat kampus, time tu ada kelas sampai petang so Zohor mmg kena solat kat kampus. Lepas pada tu, time aku pergi surau dia takde. Eh, datang bulan lagi ke? Lepas pada tu, mmg dia tak ikut aku solat sedangkan aku tahu minggu lepas baru datang bulan.

Observe punya observe sampai sekarang solat dia macam tu lagi tapi much better, alhamdulillah. Kadang-kadang, aku saja je solat depan dia, time borak-borak aku cakap, "korang main la dulu, nak solat jap." Kalau keluar pergi shopping pun sama, "lepas ni, pergi surau jap nak solat." Dia angguk je takdelah marah hape. Sekarang pun, kalau kat kampus aku ajak dia solat sekali. Tapi, aku dapat rasa yang dia sebenarnya nak berubah tapi malu. Lepas solat pun cepat-cepat dia kemas sejadah. Wallahualam. Semoga dia cepat sedar dan terus istiqamah untuk berubah.

Ada jugak hamba Allah yang aku kenal ni, yang solatnya off sentiasa. Memang takpernah nampak dia solat, even kat kampus pun sama. Tapi, haritu alhamdulillah solat dia dah makin terjaga. Terkejut jugak aku keluar bilik je nampak dia atas sejadah tengah solat, dalam hati happy sangat untuk dia. Time subuh pun dengar alarm dia. hehehe Mestilah happy untuk kawan kita ye idok? XD

Nak berubah tapi malu. Samalah macam aku. Since tahun lepas aku biasakan untuk pakai sock. Awkward giler dengan housemate sebab mana pernah nak keluar beli makanan pun aku pakai sock. Tapi, buat taktahu je dorang bukannya cakap apa tapi nampak laa dorang pandang pelik je hihihi Nak berubah takperlu malu. Mula-mula kan, biasalah tu tapi lama-lama kita pulak jadik takbiasa sebab selama ni mmg macam tu.
Till then.






Studio Recording

2 comments:
#stuckdalamdraft : cerita lama so content takberubah sbb malas. hihi

Assalamualaikum.
Dulu aku wondering jugak lah, kat kampus ni takde ke studio recording sebab time semester 3, aku ada ambil subject Audio and Video. Bosan laa record sound thru recorder phone je.. nak jugak merasa macam mana artis-artis record lagu. Ecehhhcehh, berangan =='

Tapi, takdelah angan-angan mat jenin. Sebab memang ada pun studio recording kat kampus. Studio untuk shoot gambar pun ada, tapi mana laa tahu student allow ke idok masuk sana tanpa lecturer kan. Dulu jelah senang sebab ada cabel, hahaha sekarang sir dah pindah so susah sikit nak mintak tolong sebab macam-macam procedure kena ikut.


Bilik ni terletak nun jauh kat level 4 and aku rasa ni merupakan kali pertama jejakkan kaki kt level ni. Masa ni, kitaorang berempat je dengan sir sebab yang lain dah. Satu lagi sebab yang lain tu semua lelaki. Kitaorg berempat ni je entah macam mana boleh tercampak dalam class ni huhu T.T Tapi best jugaklah sebab senang nak faham apa yang sir ajar and dapat kelonggaran banyak. Taksyoknya balik pukul 9 malam sebab break maghrib lagi so extend setengah jam.


Nampak tak kitaorang berbaju kurung? Sebab hari tu jugak ada class COME2 (Communication English) and ada mock interview bagai. Alhamdulillah sir cakap cara aku jawab time iv tu bagus cuma perlu practice bercakap sebab aku macam nervous. Sape taknervous weyh kalau kena iv? ==' Okay, back kepada studio recording. Sir bagi task kat kitaorang kena menyanyi. Confirm aku mengalah dari awal. Menyanyi apa nya suara level underground nasiblah ada yg volunteer. hihi

Kitaorang takbuat banyak pun masa recording sebab takbanyak sir ajar. Just bagitahu apa fungsi setiap benda alah tu je. Kerja Asilah just tekan button record je mana kala aku punya kerja, record video. haha Hasilnya not bad lah sebab yg sorang tu ada package dah nak jd penyanyi.
Till then.


Persiapan Intern

No comments:
Assalamualaikum,
Esok (20.2) bermulanya semester 6 iaitu semester last dan maksudnya, esok dah start intern. OMG! Alhamdulillah tempat dah dapat. Tapi, bukan senang nak dapat sebenarnya. Briefing pasal internship dah start since semester lepas and macam-macam kena buat, alert dengan dateline, daftar itu ini. Dan bermacam-macam jugaklaa pengalaman baru yang aku dapat. Sebelum tu, antara peneman aku untuk esok hari adalah:


1. logbook
2. report duty form
3. confirmation form

How's I feel? Of course la half ekcited, half takut! In Sha Allah everything went well. Cerita berkenaan tempat intern, yup dah dapat dan dekat sangat dengan rumah XD hahahaha konon dulu plan nak intern kat KL tapi buat macam mana takdapat :( And berpuluh-puluh company aku apply. Dan bermacam website aku jelajah: internsheeps, intern.my, jobstreet, maukerja, .... Baru lah aku tahu tentang kewujudan website-website ni. Cuma apa yang buat aku annoy dengan company yang besar-besar ni (taksemua) dorang taklayan/takreply/takread pun aku punya email. So what's the point kan tayang job alert? Haritu, kawan aku call satu company ni nak tanya status permohonan then lepas tu baru lah dorang call balik untuk datang interview.

Company yang biasa-biasa ni jugak bagus. Dalam 2-3 hari bekerja terus reply. And pernah jugak satu kedai ni dia call aku pukul 8 pagi hari Jumaat tanya untuk datang interview. Nasib laa masa tu dah bangun. hehe Alaa terluah perasaan plak. Entry ni nak bagitahu esok intern je sebenarya. Pengalaman macam mana nak cari tempat intern tu nanti-nanti lah sebab ada banyak pengalaman. Esok, naik motor je. Rempit lah sengsorang. Waktu intern/kerja:

Ahad - Khamis, Sabtu : 8:30 pg - 6 ptg
Jumaat : cuti

So doakan lah supaya semua berjalan lancar even masa dengar start kerja pukul 8:30 pg T.T At least, habis kerja dapat balik rumah and paling penting dekat jer. hihi
May Allah ease everything.
Till then.







Selamat Tinggal

1 comment:
Assalamualaikum,
Hari ni merupakan hari last aku menggunakan classic template (i hope) Sebab finally dapat jugak move on kepada simple template even design 100% copypaste design yang lama.


Sedih jugaklah sebab aku ni merupakan pengguna tegar classic template / blogskins since 2011. Salah satu sebabnya, hanya classic template je aku dapat edit ikut kehendak sendiri. Dulu memang tiap minggu tukar design baru. Even ramai orang cakap classic template ni susah, bagi aku classic template lah paling senang sebab takde 'format' yang kena ikut. Tapi tulaa... classic template ni banyak sangat kekurangan berbanding template lain:

1. Takde bloglist
2. Takde blog archieve
3. It's just a template.

Bagi aku takdelah banyak sangat tapi yang takde tulah yang perlu ada untuk blog. Tapi sekarang ni, aku dengan rendah diri nak mintak pertolongan dari sifu-sifu yang mahir tentang simple template sebab blog aku ni sekarang ada masalah.

1. blog lama sangat loading
Tapi tadi dah timbang berat blog and ni hah resultnya. Tadi dapat 8++ je sekarang 25.87. Sebelum ni memang laju giler blog aku loading tapi tadi since dah convert ke simple template lambat bebenor.

Ada lagi kot menda yang aku tak touch up. Taksempat dah! Esok dah start intern. So, memang terpaksa iRedha dengan keadaan blog ni sampai June nnt T.T Kalau sesiapa tahu solution, mohon bantulah saya insan yang kerdil ini. huhu and kalau korang ada ternampak mana-mana error pun bagitahu yer. Terima kasih :)
Till then.




Dah Boleh Grad! Tapi,

2 comments:
Assalamualaikum.
Semalam bertarikh kan 10.2.17 -- result utk semester 5 dh keluar! Sblum ni kecoh dh kat ws katanya dengar ura-ura result keluar 10hb and, yess mmg betul. Kalau nk describe sem 5 ni mcm mana kan, fuhhhh semester ni lah yg paling paling win.

1. Final Year Project (credit hour = 6)
2. paling stress
3. paling byk taktidur; rasanya 3 kali kot aku pernah 24jam berjaga
4. paling byk pakai duit T.T
5. paling byk gaduh baik baik gaduh baik ngn housemate
6. paling sikit cuti! (hmpir 2 bulan takbalik)
7. paling byk subject programming; ASP.Net & Networking

Disebalik segala kenangan manis pahit sweetsour spnjg sem 5 ni, alhamdulillah. Perjalanan nk grad dh makin terasa tapi, kena lulus semua subject dulu. Sbb tu lah, ramai yg cuak utk check result kali ni sbbnya kalau ada satu subj yg fail, kena repeat balik T.T which mean, takboleh nak intern lg and takboleh grad sekali ngn org lain! So, apa citak result kali ni? Tadaaaaa...

exceed pointer 3.5 both CGPA & GPA! yeahhhhhh


Alhamdulillah bersyukur sangat sangat. Ingatkan pagi tu nak amnesia smpai petang tapi bangun je dari tidur terus check result. ehehe Even result semester ni menurun dari semester lepas, atleast both CGPA and GPA dah exceed 3.5 which are my goal! Cuma, nak grad kena lepas intern dulu lah. 20hb dah start intern sampai 9 Jun. Then, dah boleh grad ngn kengkawan batch June 2014.

No pin UPU pun dah beli, harga RM15.46 kot. Nk register UPU pun bukak smpai 30hb ni je so yg mana nk apply tu, jgn terlepas tarikh penting ni.

MUET, done!
Final Year Project, done!
Intern, soon in sha Allah.