Done FYP!

Assaalamualaikum.
Rabu lepas merupakan presentation day untuk Dip in Multimedia student batch June 2014. FYP ni 'harganya' 6 credit hour. So, the struggle is real! Sem lepas FYP1, sem ni FYP2. Alhamdullilah semua berjalan dengan baik. For the 1st time, I'm wearing a business suit. huhu


Presentation start pukul 10 tapi pukul 8:30 dah kena ada kat kampus. Kalau dulu tempatnya kat lobby kampus, tapi disebabkan batch kali ni student DIM 150++ orang, so terpaksa buat kat level class; level 11 & level 12. Aku dapat level 11. Pagi tu cuak sangat-sangat weyhhh! Each group akan dapat 2 orang accessor untuk evaluate project kitaorg. Dan berkemungkinan besar, dorang datang asing-asing. Maksudnya kitaorg kena present 2 kali! =='

Tunggu punye tunggu sampai nak sarapan pun takde selera. Pukul 12 accessor tak datang pun lagi. Sempat la jgk borak kosong ngn member group lain. At last, 1st accessor datang pukul 1 lebih macam tu kot. Mula-mula terangkan poster. Bt projek pasal apa blah.. blaaa.. then proceed dengan application. Alhamdulillah takde error. Tu lah hasil 3 tahun belajar perkakas adobe semua tu. Sekarang tengah tunggu supervisor approved kan report, then boleh hantar kat accessor. Then, done. Hah! Tahu tak, berapa kos satu poster tu? Ce teka ce teka..

Sebenarnya tu poster kedua yang kitaorang print T.T Kitaorg ingat print poster ni lama. Ada kedai printing ni cakap ambik masa sampai sehari, padahal kedai dia je ==' Ada je yang 15 minit dah siap. Kitaorang ingat taksempatlah nak print sebab Isnin lepas kan cuti, Rabu dah kena present. Selasa baru nak mintak approval supervisor pasal poster. Kan ada jugak yang print atas kertas A4 je. hihi Untuk 2nd time, kitaorg print kat Wisma Sentral, berhadapan dgn Avenue K. Rupanya, berlambak kedai printing kat sana, nak habis belajar baru tahu tempat ni. Kalau Low Yat gedung gadget, Wisma ni kiranya syurga printing la.


Kos print poster,

1st print = RM45 termasuk GST bagai (area Kg. Baru)
2nd print = RM42 (Print & Go, Wisma Sentral)

Kalau nak print poster ke.. buku ke.. yg berkaitan dgn printing ni boleh la buat lawatan kat Wisma Sentral sbb mmg banyak kedai. Yg jadi mahalnya sebab kitaorg kena tampal poster tu atas foam board. Kira lah sendiri berapa hengget duit habis, tu baru poster. Tadi kawan aku ada print report yang kena bg kat accessor, total RM124++ Nanti, kena hot stamp pulak. Pastu, dah laa takleh claim ==' Adalah agaknya dalam RM100++ sorg. Haha, lepas ni jangan ada yg makan kertas dah la. Sebab print report je pun dah lebiih kurang harga makan untuk seminggu XD

Sesiapa yg belum FYP lg tu, sediakan duit jelah. Nak jimat, bawak printer sendiri, guna kertas sendiri takyah print kat kedai. Kat sini, print black and white pun ada yang ambik RM0.50 satu kertas. Mana tak kaya weyh jadi tauke kedai printing kat KL ni. Mohon lepas ni, sape yang berminat nak cari side income get ready printer, kertas A4 ngn ink je. Pastu jual la murah sikit, confirm ramai beratur kat hang nanti! haha Nak sambung siapkan assignment lain plak.
Till then.








No comments:

Post a Comment