Bila Mood Sway Datang

Assalamuaikum.
Kalau tengok drama korea kan.. takpun Running man mesti terliur setiap kali tengok makanan dorang. Since belajar sini, 1st time aku merasa ramen. Pastu dah addicted sampai maggie kari tu buat taknampak je ahaha 1st makanan yang aku order kat restoran korea ialah set Ramen cheese (?) ntahh lupa apa nama, kat Dubu Dubu. Standard price dalam RM15++ Memang takberbaloi sebab masa tu takde angin takde ribut, tetiba nak makan makanan korea padahal ramen buat sendiri kat rumah lg sedap!

Baru-baru ni, dapatlah merasa makan tteokbokki kat Myeongdong Station, Sunway Putra Mall. Sederet ngan Boat Noodle je pun. haha Haritu pergi takperasan. Kedainya kecik je. Harga boleh laa tak mahal sangat. Kali ni nak makan nasi. Tapi yang ni nampak sedap. Nah, tatap laa gambar kat bawah. Tteobokki taksempat nak snap sebab lapar sangat hehe


Dalam gambar kat atas ni, apa yang aku boleh telan cuma nasi + ayam + salad, tteobokki dengan ikan bilis. Yang lain semua nak cantikkan gambar je hihi Sup tu boleh laa takrasa apa pun. Kimchi mmg takleh telan taktahu kenapa tapi nampak sedap T.T Air pulak rasanya mmg plain giler giler. Green tea kalau taksilap. Kalaulah boleh pilih antara mineral water ngn grean tea, mmg aku pilih air mineral la. Kuantiti nasi dalam mangkuk tu memang melebihi kapasiti perut aku so takhabis jugak skit walaupun waktu ni lapar giler. Mianhae.


Seterusnya kat atas ni set makanan korea jugak. Price dalam RM15++ sebab ada student discount. Bagi aku berbaloi jugak la sebab dapat banyak side dish. Harga pulak dah termasuk air. Tu pun nasi aku takhabis jugak hehe Tapi kat sini, kimchi aku boleh telan plak ==' Tulah bila mood sway datang. Kejap boleh telan, kejap tak. Paling best side dish ayam ngn daging. Tteobokki pun okey jugak, rasa manis manis camtu. Tapi kena makan bila panas, kalau sejuk terus jadi liat. Susah nak telan. Air boleh pilih, ada dalam 4 choice. Kalau nak add on menu lain pun boleh. Location kat Bangi, apa ntah nama kedai ni hihi Sorry la, ni cerita bulan 9 haritu, dah nak masuk 3 bulan punyer cerita kot. Kedai ni baru je bukak dalam tahun ni.

Next pit stop sepatutnya Hangbin tapi assignment banyak giler nak kena submit minggu ni T.T so kena postponed dulu. Haishhh, baru lepas FYP ingatkan boleh laa rileks sikit tapi report lg nak kena hantar, hadoii yelah last sem.
Till then.


No comments:

Post a Comment