Done FYP!

No comments:
Assaalamualaikum.
Rabu lepas merupakan presentation day untuk Dip in Multimedia student batch June 2014. FYP ni 'harganya' 6 credit hour. So, the struggle is real! Sem lepas FYP1, sem ni FYP2. Alhamdullilah semua berjalan dengan baik. For the 1st time, I'm wearing a business suit. huhu


Presentation start pukul 10 tapi pukul 8:30 dah kena ada kat kampus. Kalau dulu tempatnya kat lobby kampus, tapi disebabkan batch kali ni student DIM 150++ orang, so terpaksa buat kat level class; level 11 & level 12. Aku dapat level 11. Pagi tu cuak sangat-sangat weyhhh! Each group akan dapat 2 orang accessor untuk evaluate project kitaorg. Dan berkemungkinan besar, dorang datang asing-asing. Maksudnya kitaorg kena present 2 kali! =='

Tunggu punye tunggu sampai nak sarapan pun takde selera. Pukul 12 accessor tak datang pun lagi. Sempat la jgk borak kosong ngn member group lain. At last, 1st accessor datang pukul 1 lebih macam tu kot. Mula-mula terangkan poster. Bt projek pasal apa blah.. blaaa.. then proceed dengan application. Alhamdulillah takde error. Tu lah hasil 3 tahun belajar perkakas adobe semua tu. Sekarang tengah tunggu supervisor approved kan report, then boleh hantar kat accessor. Then, done. Hah! Tahu tak, berapa kos satu poster tu? Ce teka ce teka..

Sebenarnya tu poster kedua yang kitaorang print T.T Kitaorg ingat print poster ni lama. Ada kedai printing ni cakap ambik masa sampai sehari, padahal kedai dia je ==' Ada je yang 15 minit dah siap. Kitaorang ingat taksempatlah nak print sebab Isnin lepas kan cuti, Rabu dah kena present. Selasa baru nak mintak approval supervisor pasal poster. Kan ada jugak yang print atas kertas A4 je. hihi Untuk 2nd time, kitaorg print kat Wisma Sentral, berhadapan dgn Avenue K. Rupanya, berlambak kedai printing kat sana, nak habis belajar baru tahu tempat ni. Kalau Low Yat gedung gadget, Wisma ni kiranya syurga printing la.


Kos print poster,

1st print = RM45 termasuk GST bagai (area Kg. Baru)
2nd print = RM42 (Print & Go, Wisma Sentral)

Kalau nak print poster ke.. buku ke.. yg berkaitan dgn printing ni boleh la buat lawatan kat Wisma Sentral sbb mmg banyak kedai. Yg jadi mahalnya sebab kitaorg kena tampal poster tu atas foam board. Kira lah sendiri berapa hengget duit habis, tu baru poster. Tadi kawan aku ada print report yang kena bg kat accessor, total RM124++ Nanti, kena hot stamp pulak. Pastu, dah laa takleh claim ==' Adalah agaknya dalam RM100++ sorg. Haha, lepas ni jangan ada yg makan kertas dah la. Sebab print report je pun dah lebiih kurang harga makan untuk seminggu XD

Sesiapa yg belum FYP lg tu, sediakan duit jelah. Nak jimat, bawak printer sendiri, guna kertas sendiri takyah print kat kedai. Kat sini, print black and white pun ada yang ambik RM0.50 satu kertas. Mana tak kaya weyh jadi tauke kedai printing kat KL ni. Mohon lepas ni, sape yang berminat nak cari side income get ready printer, kertas A4 ngn ink je. Pastu jual la murah sikit, confirm ramai beratur kat hang nanti! haha Nak sambung siapkan assignment lain plak.
Till then.








Bila Mood Sway Datang

No comments:
Assalamuaikum.
Kalau tengok drama korea kan.. takpun Running man mesti terliur setiap kali tengok makanan dorang. Since belajar sini, 1st time aku merasa ramen. Pastu dah addicted sampai maggie kari tu buat taknampak je ahaha 1st makanan yang aku order kat restoran korea ialah set Ramen cheese (?) ntahh lupa apa nama, kat Dubu Dubu. Standard price dalam RM15++ Memang takberbaloi sebab masa tu takde angin takde ribut, tetiba nak makan makanan korea padahal ramen buat sendiri kat rumah lg sedap!

Baru-baru ni, dapatlah merasa makan tteokbokki kat Myeongdong Station, Sunway Putra Mall. Sederet ngan Boat Noodle je pun. haha Haritu pergi takperasan. Kedainya kecik je. Harga boleh laa tak mahal sangat. Kali ni nak makan nasi. Tapi yang ni nampak sedap. Nah, tatap laa gambar kat bawah. Tteobokki taksempat nak snap sebab lapar sangat hehe


Dalam gambar kat atas ni, apa yang aku boleh telan cuma nasi + ayam + salad, tteobokki dengan ikan bilis. Yang lain semua nak cantikkan gambar je hihi Sup tu boleh laa takrasa apa pun. Kimchi mmg takleh telan taktahu kenapa tapi nampak sedap T.T Air pulak rasanya mmg plain giler giler. Green tea kalau taksilap. Kalaulah boleh pilih antara mineral water ngn grean tea, mmg aku pilih air mineral la. Kuantiti nasi dalam mangkuk tu memang melebihi kapasiti perut aku so takhabis jugak skit walaupun waktu ni lapar giler. Mianhae.


Seterusnya kat atas ni set makanan korea jugak. Price dalam RM15++ sebab ada student discount. Bagi aku berbaloi jugak la sebab dapat banyak side dish. Harga pulak dah termasuk air. Tu pun nasi aku takhabis jugak hehe Tapi kat sini, kimchi aku boleh telan plak ==' Tulah bila mood sway datang. Kejap boleh telan, kejap tak. Paling best side dish ayam ngn daging. Tteobokki pun okey jugak, rasa manis manis camtu. Tapi kena makan bila panas, kalau sejuk terus jadi liat. Susah nak telan. Air boleh pilih, ada dalam 4 choice. Kalau nak add on menu lain pun boleh. Location kat Bangi, apa ntah nama kedai ni hihi Sorry la, ni cerita bulan 9 haritu, dah nak masuk 3 bulan punyer cerita kot. Kedai ni baru je bukak dalam tahun ni.

Next pit stop sepatutnya Hangbin tapi assignment banyak giler nak kena submit minggu ni T.T so kena postponed dulu. Haishhh, baru lepas FYP ingatkan boleh laa rileks sikit tapi report lg nak kena hantar, hadoii yelah last sem.
Till then.


Musim FYP

No comments:
Assalamualaikum,
WEEK10-- Lamanya tuan blog ni menyepi bukan sebab bawa diri, tapi cuba menenangkan diri. Minggu depan dah nak present FYP! Cuak nya Ya Allah.


Macam-macam dugaan ada. Nanti-nanti lah kita cerita. Assignment pun dah beratur, semua nak dalam waktu yang sama pulak tu T.T Dah last sem. Next sem, kena praktikal pulak. Wish me all the best guys. Mohon dipermudahkan segala urusan untuk last sem ni. Taknak kena repeat subj huhu Kenapa? Alaa, nanti lah yer ada masa kita cerita. FYP dah memanggil-manggil kalau tak menyahut mahu cari penyakit! Nah, hadiah preview FYP, sekeping jer. Kalau rajin nanti I tunjuk XD
Till then.