Turun Naik Result Sem Lepas

Assalamualaikum,
apa yang bakal aku cerita kan nanti takde unsur riak ataupun nak menunjuk yer tapi more kepada berkongsi pengalaman, ye lah aku ni bukanya ada memori yang kuat sangat pun. Lg 3-4 tahun ntah ntah tahun bila aku start diploma pun aku lupa. Maaf la kalau faktor usia ni gak, takleh nak bantu lerr.
4 semester dah  berlalu + 1 short sem. Alhamdulillah 2 kali dapat DL. Masa short sem, takcukup credit hour so, takdapet ler DL. Tapi masa tu DL pun taktahu pebenda. Nasib la housemate aku ni otak semua advance. hehehe

#DL = dean list (GPA 3.5 and above)


[ Short Sem (3.50) & Sem1 (3.33) ] = 2014
[ Sem2 (3.78) & Sem3 (3.44) ] = 2015
[ Sem4 (3.65) ]

Short Sem -- Zaman mula-mula tahu kepentingan coursework, apa itu assignment dan mula berjinak-jinak dengan cuti semester dan study week. Masa ni jugak macam tak ambik port sangat dengan exam. Konon-konon enjoy dulu la life pastu bila study week baru sibuk jadi best student. So, result pun tak tentu la. Kejap naik, kejap turun, kejap insaf, kejap terlebih enjoy pastu taubat balik. XD Lagipun masa short sem, 3 subj je. Naik SEM1 baru ko faham apa itu kehidupan di universiti. Hambekkk! haha Kalo nak cerita lebih, SEM2 adalah zaman yang paling aku rasa diri aku ni sedar diri skit. Mana taknya SEM1 punya result mashaAllah...

SEM1 ni jugak turning point dalam hidup seseorang bila dah masuk U. Sama ada, sem depan kau kena repeat subject ataupun tak. Sama ada kena extend sem ataupun tak. Alhamdulillah setakat ni takde lagi kena repeat tapi pernah la dapat C hehehe Tu salah satu sebab aku kutuk lecturer. Opps! XD Kalo orang tanya, tips nak belajar kat Uni, tips sebelum final, tips nak dapat markah coursework tinggi... Dalam banyak-banyak tips, satu je yang kena ambil berat iaitu, dengan siapa korang berada time tu. Nak senang, sape kawan yg korg reach time exam, time study, time buat coursework.. sebab tu, 1st concern bila masuk Uni adalah cari kawan yang betul-betul sahabat bukannya yang jenis "kawan je".

Mindset dalam kepala, zaman sekolah dah habis. Kalo time sekolah dulu jenis belajar buku takbawak, nota tiru kawan, takminat sains stream ke let it go ~ let it go ~ ~ Anggap je bila dah masuk Uni korg baru je masuk sekolah menengah jadi budk form1 balik. Bina azam baru, nak study betul-betul set lah paling kurang setiap sem CGPA 3.5 and above. Takde yang mustahil awak...

1. Berkawan dengan orang yang kau tengok, boleh jadi kawan time susah dan senang. Kalo, awal-awal dah pandai arah kau buat itu ini.. dah tinggal je dia. Percaya lah time buat groupwork nnt, semua kerja dia bagi kat kau. Tambah pulak kau ni jenis nak melawan takut, berani cakap blkg je (mcm aku) Maka pasrah lah kau dengan perangai Big Boss dia tu sampai kau doa dia lain class dgn kau. LOL Tu pun kalo hajat kau dimakbulkan.

2. Time class bila lecturer start je bukak mulut, get ready nak tulis important point bukannya sibuk nak salin nota kat slide. Biasanya nota tu nnt lecturer upload later. Sebab yang aku perasan, apa yang lecturer duk berleter kt depan tu sebenarnya hint kat korg nnt final exam soklan mcm mana, upcoming quiz ngn test nnt ap yg dia akan mintak.. Kalo nota kau taklawa, takpe. Asalkn boleh baca balik. Time dekat final, bila buat revision baca balik important note yang lecturer ad sebut.

3. Kalo ngatuk dalam class nak buat apa? Salin nota. Ikutla bentuk mcm mind map ke, flowing chart ke, bar chart ke, pie chart ke asalkan tangan kau buat kerja. Salin balik nota yang ada kat slide. Pastu buat la cakap skit ngn kawan sebelah tanya balik dia ap yg lecturer tgh ckp... Kalo aku, kunyah gula-gula takpun pandang je muka lecturer. Tapi kalo jenis ngantuk tahap seminggu taktidur nak buat macam mana kan... hahaha Berdoa jelah lecturer takperasan. Jangan depan dia scroll insta dah. Mahu tak panas dia nnt. Paling kurang pun jgn kurang ajar dah la dgn lecturer. Apapun, dia tengah sampaikn ilmu bt kita.

4. Time groupwork dapat pulak jenis team mate yang buat kerja sambil lewa; asal siap sudah, asal hantar dah laa, asal jenis yang Ya Rabbi mintak dijauhkan ni.. Nak tak nak. Korang kena jugak kerja lebih skit untuk betulkan balik kerja sambil lewa dia tu. Mula-mula, bagitahu leader yang kerja team mate tu takmemuaskan mintak leader gitahu dia tolong betulkan. Tapi kalo dah tahap pemalas kau sendiri lah kena betulkan. Bersabarlah wahai teman... Fikir je yg ni kerja group. Markah bg sama rata so kalo nak dpt result gempak, kerja pun kenalah awesome. Percayalah, coursework lagi mempengaruhi result sem korg than final.

5. Jangan tunggu orang, baru nak study. Biasanya time study week adalah dalam seminggu kan. Tipulah kalau aku cakap kalau aku ni dah 1st day study week dah study hardcore giler-giler. Atleast, kalo nk tunggu mood rajin, mood nak study tu datang paling takpun download la soklan past year, salin nota balik ke.. takpun buat la jadual. Esok nak study apa, kalo ada yang takfaham reach kawan. Kalo boleh nnt sebelum exam korg dah master semua chapter. Tapi, aku tetap selesa dgn study last minute sebenarnya. hhehehe Dah serasi since sekolah kot.


Kurang dari seminggu lagi nak start SEM5. Fuhh FYP pun dah nak start balik. 2 subj programming, may Allah ease everything. Yang penting, kalo nak berjaya pun pastikan niat kena betul. Kalo niat dah awal-awal start sem nak carik boypreng, betulkan niat tu dulu. Boypreng letak tepi dulu. Kejar cita-cita, bahagiakan mak ayah, dah ada kerjaya baru nak fikir nak boypreng bagai. Niat kerana Allah, in sha Allah akan dipermudahkan olehNya.
Till then.












No comments:

Post a Comment