Semua Tak Ngaku Habis Tu Sape?

Assalamualaikum.
Baru habis baca satu confession ni. Pernah dgr IIUM Confessions? Byk kisah-kisah yg boleh diambil jadi iktibar. Cerita lawak, cerita seram, kisah ala-ala drama pukul 7 pun hado. Yg mana elok, jadikan teladan, yg takelok tu buang jauh jauh. So, tengah baca tu, idea datang maka laju je jari ni nak menaip. Kisah ni mmg cerita betul, taktipu. Berlaku masa semester 3 yg lepas.

Kalau diikutkan dh dekat setahun kot kejadian ni. So, aku ingat ingat lupa. Tarikh, hari pun takingat bila tapi kejadian ni berlaku masa jam 3-4 pagi. Korang boleh teka tak genre ap cerita ni? hehehe


Since sem2 aku sewa rumah sekali ngn roommate yg aku kenal since short sem plus jiran tetangga masa duduk hostel dulu. Semua sekali 10 orang. Rumah kitaorg ad 3 bilik. Rumah jenis apartment so macam mana kitaorg sumbat 10 orang dalam satu rumah? 4 -- 3 -- 3 Untuk master room, aku dgn lagi 3 orang housemate. dan lagi 2 bilik, masing-masing dihuni oleh 3 orang. Cuma housemate aku sorg ni suka tidur kt luar, so bilik paling kecik tu biasanya 2 orang je tidur. Rumah kitaorg semua tidur atas tilam hokeyy. hahaha Takde katil. Mana muat nak sumpat katil bilik pun cinonet je. Tu pun semua almari letak kat ruang tamu. Ruang tamu penuh ngn almari je XD Kalau nk beli double decker pun, kan pakai kipas siling. memang berebut la semua nak katil bawah.

Habis mukadimmah skit pasal pembahagian bilik, back to the story. Malam tu, aku ngn Asilah borak-borak kat ruang makan. Borak pasal hape aku takigt. Kalao taksilap masa tu, aku ngn Asilah jelah yg still kat luar. Lagi 7 orang, semua dlm bilik masing-masing. Yelah time ni dah nak dekat 4 pagi kot. So, sambil borak tu, aku tgk bilik yg dihuni 3 org housemate aku ni lampu taktutup lagi, Aku pun ckp la kat Asilah, "dorg ni taktidur lagi ke?" Pastu kitaorg sambung borak lagi... Tapi aku nak jugak sergah bilik tu. Nak tgk apa yg dorg buat lg time ni.. Tapi aku lupakan je niat tu smpai lah esk pagi. Keesokannya,

aku pun cakap kat dorg, "hamboii, semalam buat ap pukul 3 pagi taktutup lampu lg?"
Salah seorang penghuni bilik: "3 pagi? Kitaorg dh tutup lampu pukul 1:30 dah laa."
Kata penghuni bilik yg sama: "haah. Kitaorg tutup lampu awal kot semalam. Lagipun pukul 4 pagi semua dh tidur. Kenapa?" Aku cakap lagi, "Eleh yeke dh tutup lampu. Semalam Anis ngn Asilah ad kat luar time pukul 3 pagi. Bilik korang terang benderang lagi. Kan Asilah? Ke korg lupe nak tutup"
Asilah pulak cakap, "Tu laa... Anis tanya jgk semalam ap yg korang buat taktidur lagi. Igt nak sergah tapi malas pulak."

Housemate aku yg 2 orang tu tetap jgk dgn pendirian dorg yg menyatakan mmg lampu tutup pukul 1:30 pagi, bukan 3 pagi! Aku tetap taknak mengalah.

Aku pun cakap laa, "habis tu, takkan la lampu handphone korang kot.. Serius terang giler bilik korg."(sbb dorg taktutup rapat pintu bilik) Kalau nak cakap salah tgk, Asilah ad jgk time tu. Cuma bilik dorg tu senyap takde bunyi pape. Time ni laa semua duk pakat keluar teori masing-masing hahaha. Teori yg paling disokong, kot-kot kitaorg kena 'kacau' Mula laa time ni, semua duk keluar cerita seram time tidur ada org kejutkan laa, dgr suara org panggil laaa.. Huiiii, macam-macam la.
Dorg pun cakap la, len kali sergah je bilik tu. Baru tahu sape yg ad dlm bilik. Sampai sekarang, wallahualam still taktahu sape yg bukak lampu bilik dorg.

Ataupun aku ngn Asilah dikaburi oleh something??? Wuuuu seram pulak. Dah la 4 bulan tinggal rumah ni, semalm baru balik. Kemain semalam susah nak tidur. hahaha Menanti kepulangan housemate yg tercinta... Cepat la balik T^T
till then.




No comments:

Post a Comment