Habis Diploma Nak Buat Apa?

Assalamualaikum,
emmmm kesian pulak blog ni tak berhupdate, tula tuan dia punya tahap malas tu Ya Allah minta dikurangkan lah! XD haha Tapi bila lama sangat terperap kat rumah, baru start rajin nak menaip. Bayangkan cuti midsem aku extand smpai akhir bulan Sept! Heaven betul student Unikl kan? haha Tapi cuti lelama ni takbest jugak, sebab tetiba rindu nak belajar(?) , rindu nak pergi kampus, rindu kat housemate, rindu nak jumpa crush(!) hehehe

Bukak semester baru ni, dah masuk sem5 pastu nanti tinggal satu sem je. Pastu grad. Pastu macam takcaye plak dah nak habis diploma walaupun 3 tahun tu lama sebenarnya. Time cuti panjang ni jugak jadi terfikir nanti bila dah habis diploma nak buat apa? Nak sambung degree ke.. nak kerja dulu ke.. ke nak berhenti belajar dah? Emmm, taktahu. T^T Raya hari tu ada jugak sembang dengan kawan sekolah, dorang pun macam 50-50 sama ada nak sambung belajar ataupun terus kerja. Sebab masing-masing fikir semua benda nak pakai duit. Tak kurang jgak ad yg berangan habis belajar terus nak nikah! hahaha Tu maybe pilihan terakhir aku la kot. too soon for me.


Kalau nak kerja, sijil diploma ni laku ke? Sebab most company pun paling minimal kena ada degree. Tapi bila fikir, takut menyesal pulak sebab taksambung sampai degree. At least degree laa. Cukup lah tu 5 tahun belajar kat Uni, kalau sek men kiranya dah form5 XD Dah kira senior la tu kan.

Takpernah lagi serius talk dengan parents. Dorg ada jugak tanya nnt hbis diploma nak bt apa? Aku cakap nak sambung degree.... kot. Tengok la masuk sem5 ni, mana tahu mentaliti aku dah berubah. Housemate pun cakap dorang macam nak sambung degree pastu hah suka hati lah nak buat apa yg penting sambung degree, tu kata mereka sem lepas laaaa. Taktahu lah kot masuk sem baru ni tetiba ada orang nak hulur kad kawin dah ke, kan? hihi
Till then.



3 comments:

  1. good luck awakk cari kerja susah gak tu , sambung degree okay jugak =D

    ReplyDelete
  2. buat istikharah k:) rezeki tak pernah salah alamat:)

    ReplyDelete
  3. @Shafuhan Smab tulah kalau nak cari kerja pun mcm takready lg tapi rezeki Allah tu luas. huhu Taktahu lg nih mana hala tuju pasni

    @adiba rusli in Sha Allah ;)

    ReplyDelete