Ada Apa Dengan Semester 4

No comments:
Assalamualaikum.
Sebenarnya dah 2 bulan habis sem4 tapi baru hari ni nak bukak story. In case ada yang wondering lah kan, multimedia ni belajar apa... apa assignment yang kena buat.. so meh aku share. Untuk sem4, 6 subject aku ambil. Takde add-on mana-mana subject. Oh please 6 subject pun dah lebih pada cukup. Tapi yang masuk final 3 subject je XD bahagia betul yang ambik multimedia. haha


1. Final Year Project

Yang lainnya, semester ni kena hadap FYP1 (Final Year Project 1) hasil gabungan 3 subj. Macam seram bunyi nya kan, hahaha FYP kot! Nak cerita lebih details, kitaorg kena pilih antara courseware, mobile application, digital catalog, website, documentary. Then kena cari customer, real customer yer. Bukan suka hati reka je. Contohnya kalau documentary, mmg kena cari orang yang berpengaruh dan memang orang kenal dia tu siapa, macam Tan Sri P.Ramlee, Tun Dr Mahathir, artis ke... Pastu kena sign banyak paper. Part ni leceh sikit sebab kena mintak sign customer. So, better cari customer yang senang nak reach dan deal. Nasiblah customer kitaorg mak Azy so senang nak deal. hihi Dah cari customer, design laa project tu. Then kena hantar progress every week. Pastu, banyak report kena submit. Lukis storyboard laa. Boleh dikatakan, apa yang di belajar masa sem sebelum ni, semuanya di compile-kan masa FYP. Tapi ni baru FYP1, sem5 nanti baru the real FYP.

2. Taksebusy Sem Yang Lepas

Moment bahagia assignment takbanyak hidup terasa indah ni hanya berlaku masa 2 bulan start sem4. Lepas habis je midsem, nahh hambik kau assignment keliling laptop. Masa ni jugak la, merasa 2 hari pernah taktidur. Tidur pun takbukak tilam(rumah kita takde katil). 2 bulan takpergi mana-mana sebab betapa berharganya weekend time tu. Sebab masa tulah takde kelam-kabut pergi kelas, kena hantar assignment ke, mmg ambik peluang untuk berehat. Pernah jgk aku tidur start blik class 3petang, 5 pagi keesokannya baru terjaga. ahhaha housemate semua nak kejutkan pun rasa bersalah sebab aku tidur nyenyak giler.

3. Alkisah Sesat Lagi

Masa sem yang lepas macam-macam alkisah aku cerita. Alkisah tertinggal bas laa, nak refill jd bill la, nah boleh baca kat SINI. Sem ni, alkisah sesat plak. 2 kali pulak tu Ya Rabbi. hahaha Macam mana ni nak travel nanti? T^T Nak baca alkisah sem4 pun boleh baca kat SINI. Taktahu nak kesian ke nak gelak sebab dalam ketawa ada rasa sadis. huhu Tapi best laa! Bila lg nak rasa moment macam ni, kot nanti dah grad semua dah lain haluan. Jumpa pun dah takboleh selalu. Sedih plak. sobs sobs.


4. Takbalik Study Week

Ni kali kedua takbalik time study week. Sem lepas sebab kena denggi kali ni sebab korang bayangkan study week 4 hari jer! 1st paper plak subj programming. 1st paper plak killer subj yang mmg ak nak elak since sem1. Habis je 1st paper, lega giler. Then enjoy sekejap sementara nak set otak tukar kepada subj lain plak. Kali ni skjp je final. Dulu pernah gap sampai 5 hari. Tapi sem4 ni selang sehari je. Taksabar jugak nak habis final pastu sembreak(3month++) tp tak sangka plak dapat berita extend smpai Sept. Kiranya kali ni aku sembreak 4month.... Bukak sem kena hadap 2 subj programming. SubhanAllah... get ready dear self. huhuhu

Dalam turun naik sem4, Alhamdulillah result pun dah keluar. Nak complaint pun takguna jgk sebab yelahh result dah keluar nak oii. Sepanjang 2 tahun belajar, ni lah semester yg paling tough. Takpe, sis sado. Tunggu lah macam mana pulak situasi semester depan.
Till then.







Habis Diploma Nak Buat Apa?

3 comments:
Assalamualaikum,
emmmm kesian pulak blog ni tak berhupdate, tula tuan dia punya tahap malas tu Ya Allah minta dikurangkan lah! XD haha Tapi bila lama sangat terperap kat rumah, baru start rajin nak menaip. Bayangkan cuti midsem aku extand smpai akhir bulan Sept! Heaven betul student Unikl kan? haha Tapi cuti lelama ni takbest jugak, sebab tetiba rindu nak belajar(?) , rindu nak pergi kampus, rindu kat housemate, rindu nak jumpa crush(!) hehehe

Bukak semester baru ni, dah masuk sem5 pastu nanti tinggal satu sem je. Pastu grad. Pastu macam takcaye plak dah nak habis diploma walaupun 3 tahun tu lama sebenarnya. Time cuti panjang ni jugak jadi terfikir nanti bila dah habis diploma nak buat apa? Nak sambung degree ke.. nak kerja dulu ke.. ke nak berhenti belajar dah? Emmm, taktahu. T^T Raya hari tu ada jugak sembang dengan kawan sekolah, dorang pun macam 50-50 sama ada nak sambung belajar ataupun terus kerja. Sebab masing-masing fikir semua benda nak pakai duit. Tak kurang jgak ad yg berangan habis belajar terus nak nikah! hahaha Tu maybe pilihan terakhir aku la kot. too soon for me.


Kalau nak kerja, sijil diploma ni laku ke? Sebab most company pun paling minimal kena ada degree. Tapi bila fikir, takut menyesal pulak sebab taksambung sampai degree. At least degree laa. Cukup lah tu 5 tahun belajar kat Uni, kalau sek men kiranya dah form5 XD Dah kira senior la tu kan.

Takpernah lagi serius talk dengan parents. Dorg ada jugak tanya nnt hbis diploma nak bt apa? Aku cakap nak sambung degree.... kot. Tengok la masuk sem5 ni, mana tahu mentaliti aku dah berubah. Housemate pun cakap dorang macam nak sambung degree pastu hah suka hati lah nak buat apa yg penting sambung degree, tu kata mereka sem lepas laaaa. Taktahu lah kot masuk sem baru ni tetiba ada orang nak hulur kad kawin dah ke, kan? hihi
Till then.