Nak Berubah Tapi Malu

Assalamualaikum,
Tetiba nak post balik entry ni sebab bagi aku, cerita ni sangat dekat dengan aku dan memang berlaku dalam kalangan orang kita. Berubah. Apa yang berubah? Berubah kearah yang lebih baik. Nak berubah, taksemestinya kena drastik. Perlahan-lahan kita daki, lama-lama sampai jugak di destinasi.


Bercerita melalui pengalaman, aku ada kenal seorang hamba Allah ni. Takperlu mention dia ni siapa. Since 1st day kat hostel sampailah dah hampir 2 minggu kat sana jarang aku nampak dia solat. Nak kata datang bulan, takkan subuh datang bulan, time Asar dah boleh solat. Pastu time maghrib datang bulan lagi tapi Isyak eh dah boleh solat. Konfius jugak aku. hahaha Takpe, aku perati jelah dulu nak tegur pun masa tu takrapat lagi dengan dia. Dalam hati wondering jugak orang lain takperasan ke, ataupun aku sorang je yang jenis suka cari kesalahan orang? huhu

Jodoh kitaorang panjang sampai sekarang still together. Maksud aku still keep in touch laa. hihi Tapi, solat dia still sama. Kejap on, kejap off. Terdetik jugak nak tanya, tapi terasa diri ni macam taklayak nak tegur sebab aku tahu, aku solat pun bukannya awal waktu sangat. Pernah sekali je dia solat dengan aku bila kat kampus, time tu ada kelas sampai petang so Zohor mmg kena solat kat kampus. Lepas pada tu, time aku pergi surau dia takde. Eh, datang bulan lagi ke? Lepas pada tu, mmg dia tak ikut aku solat sedangkan aku tahu minggu lepas baru datang bulan.

Observe punya observe sampai sekarang solat dia macam tu lagi tapi much better, alhamdulillah. Kadang-kadang, aku saja je solat depan dia, time borak-borak aku cakap, "korang main la dulu, nak solat jap." Kalau keluar pergi shopping pun sama, "lepas ni, pergi surau jap nak solat." Dia angguk je takdelah marah hape. Sekarang pun, kalau kat kampus aku ajak dia solat sekali. Tapi, aku dapat rasa yang dia sebenarnya nak berubah tapi malu. Lepas solat pun cepat-cepat dia kemas sejadah. Wallahualam. Semoga dia cepat sedar dan terus istiqamah untuk berubah.

Ada jugak hamba Allah yang aku kenal ni, yang solatnya off sentiasa. Memang takpernah nampak dia solat, even kat kampus pun sama. Tapi, haritu alhamdulillah solat dia dah makin terjaga. Terkejut jugak aku keluar bilik je nampak dia atas sejadah tengah solat, dalam hati happy sangat untuk dia. Time subuh pun dengar alarm dia. hehehe Mestilah happy untuk kawan kita ye idok? XD

Nak berubah tapi malu. Samalah macam aku. Since tahun lepas aku biasakan untuk pakai sock. Awkward giler dengan housemate sebab mana pernah nak keluar beli makanan pun aku pakai sock. Tapi, buat taktahu je dorang bukannya cakap apa tapi nampak laa dorang pandang pelik je hihihi Nak berubah takperlu malu. Mula-mula kan, biasalah tu tapi lama-lama kita pulak jadik takbiasa sebab selama ni mmg macam tu.
Till then.






No comments:

Post a Comment