Jom Serbu Manhattan Fish Market

Assalamualaikum.
13 May 2016 - Dapat berita daripada housemate. Dia cakap Manhattan Fish Market (MFM) ada buat promo. Rugi taktry katanya. So, habis class DBA terus search google pasal promo ni. Dulu hanya mampu jenguk dari luar je, bila lagi kan nak dapat merasa makan kat MFM. Sebelum lunch hour, kitaorg serbu dulu.


Masa ni 12:10 tengah hari pun dah ramai yang serbu makan. Tapi takde lagi yang beratur. Eksited jugak la kan nak makan kat sini. Yang kelakar, semua order menu yang sama XD Ye laah, harga asal RM18++ tapi kali ni boleh dapat dengan  harga RM6.99 (exclude gst) Sebelum tu, usha laa dulu menu yang lain, kot kot ada yang berkenan. Suasana serius macam pasar. hahaha Bising giler.

Dah siap order, tunggu la sehingga makanan sampai. Masa ni kan hari Jumaat, time orang lelaki sibuk nak solat Jumaat so customer yang ada time tu kebanyakkannya perempuan and chinese.



12:30 tengah hari, dah masuk lunch hour Ya Rabbi mmg ramai yang beratur. Dalam gambar ni takramai lagi. Nak tunggu makanan sampai pun lama jugak dalam 15-20 minit. Tapi boleh faham sebab memang ramai. Semua meja dah penuh. Kalau kitarog pergi time ni, mmg melepas laa nak merasa makan kat sini. Tapi, promo still valid (16 Mei - 18 Mei) Lepas tu maybe dah takde.


Alhamdulillah akhirnya sampai juga. Nampak mmg berselera sangat. In sha Allah kenyang. Tapi last-last aku takeaway jugak hahaha XD Sebab takboleh nak go on. Dari segi rasa, mmg best walaupun aku bukan yang minat fish n chips. Isi ikan ni lembut sangat lebih kurang macam isi ketam. Sayur dgn lemon fresh. Cuma fries ada yang takmasak. Maybe kelam-kabut sebab customer ramai. Pepun, berbaloi untuk harga RM6.99.

Sebenarnya korang boleh jugak pilih jenis ikan. Untuk ikan Dory harga (RM6.99) Ada 2 lagi jenis ikan lain. And kita boleh decide, nak grill ataupun fry. Nnt refer kat bawah. Aku ada ambik side dish. Side dish berbeza-beza. Ada 2 harga. (RM3.90 dgn RM5.90) Depends side dish jugak.

  << pepper mashed potato (RM3.90) & Mac & Cheese (5.90) >>

Untuk mashed potato, bagi aku kat KFC lagi best. Untuk mac & cheese rasa terlampau plain sebab cheese kurang. Kalau cheese banyak mesti lagi besttt!!!! Ni pun aku tak away XD 


Macam yang aku mention, kita boleh pilih jenis ikan and nak fries ataupun grilled. Ada macam-macam jenis lagi side dish. Boleh refer buku menu dorang. Harga berbeza mengikut ikan. Nak lebih penerangan, nnt tanya sendiri pekerja kat MFM yang lebih arif pasal promo ni. Takde limit time tau. Bila-bila masa je korang boleh makan. Tapi valid from 16-18 Mei ni sahaja. Campur gst taksampai RM10 pun. Kecuali korang ada ambil air. hehehe 

Total untuk 4 orang makan termasuk gst ialah RM47.30 sahaja. Mmg berbaloi dan rasa pun sedap. Apa lagi, ajak laaa kawan-kawan pergi serbu MFM lepas ni sebelum prmo habis.
Till then.



2 comments:

  1. @Husna Rahman peak hour mmg ramai giler. Nasib kitaorg pergi awal, kalau tak mmg kena beratur la jawabny >_<

    ReplyDelete