DIM Student: Visual Communication

Assalamualaikum.
Sekadar nak berkongsi, just nak share sedikit hasil kerja yang berjaya aku dah rakan seperjuangan (Asilah) siapkan utk subj Visual Communication. Kalau bg someone yg berminat dgn editing, boleh la apply Unikl lepas ni then ambik DIM hehehe Sekarang dh sem4, so subj ni mmg focus on art, photography, advertisement. Kalau nak cerita dari awal sem4, 1st assignment ialah book cover. Theme animal. So, aku just hasilkan 2 je tu pun dah bercampur malas. hahaha Sem ni semangat macam pudar sikit. Buat assignment pun kebanyakkannya last minute =='



<< dua design yang taksempat disiapkan >>

Just untuk perkongsian. Harap takdelah yang ambil design ni then claim cakap hasil kerja sendiri. Sebab aku pun dapat idea design semua ni pun search google, tgk org lain punya design tapi takdelah 100% tiru. Just untuk dapatkan inspiration and idea. 100% edit guna Adobe Photoshop CS6 and semua gambar daripada google.

Next assignment, advertisement poster. Kena cari satu produk then buat ads poster pasal produk tu. Kali ni punya assignment serius merapu. Macam ntah pape jer. hahaha Sebab dah kering sgt dgn idea so aku design laa merapu-merapu then hantar bermacam jenis design kat madam. Harap madam approved laa aku punya idea tu XD


Dan untuk final project, kena buat photo manipulation. Fuhh! Susahnya sbb aku takminat sangat photography yg style macam ni. Kena shoot 20 photo (gmbr sendiri/kawan) then drpd 20 pilih 5. Drpd 5 gambar tadi, manipulated kan pastu pilih 1 yg paling terbaik & kena buat brochure featuring kesemua 5 manipulation poster tadi. Final project kan, so bunyi mcm annoying sikit hahaha XD


Ni sebagian je hasil kerja, ada lagi yang aku taktunjuk. Kita share mana yang boleh je ler. Budak baru belajar, still banyak yang kena improve. Untuk brochure:



The end. Tu je la. Taksempat nak selpie dengan board sebab kelam kabut nak hantar lagi. Pepun, subject ni mmg santai jugak laaa takde pening kepala nak kena hafal banyak benda sebab takde final. 100% coursework, cuma kena kerja lebih tang assignment laa untuk score A. 
Till then.









2 comments:

  1. pergh lawa-lawa.tak sangka sem akak ada buat cover buku camtu. last saya design kulit buku masa form 4. wow tak tahu pula tu salah satu assignment student Uni.

    ReplyDelete