Alkisah Sesat Dalam Mall

Assalamualaikum.
Since belajar kt KL, isu sesat mmg tak akan habis. Bagi sesiapa yang memang ataupun pernah terbaca, dah ada entry pasal 'sesat' sebelum ni. Kali ni sesat dalam mall. Yang lagi 'seram' time tu mall dah tutup. Alkisah bermula,

1hb Mei 2016 - Hari Pekerja so mmg cuti umum satu Malaysia (kan?) Disebabkan dah terlampau bosan jenjalan di KL, kitaorg dah plan untuk jenjalana sampai tengah malam. Satu lagi sebab nak sambut birthday housemate(Tipah) tapi tu nnt cerita next entry. Back to the story, lepas dinner kat Ikea Damansara waktu dalam pukul 10:45 malam. Katanya malam masih muda walaupun dah nak pukul 11 malam kan. Kitarog ingat nak main bowling. So search bowling yang 24 hours. Then, terjumpa lah kat 1 Utama Shopping Center. Kebetulan dah dekat dengan Ikea so mmg terus gerak sana.

<< muka-muka bahagia mangsa yang bakal sesat dalam mall >>

Search wat Waze then follow je. Alhamdulillah selamat sampai tapi time tu kereta banyak dah keluar. Kitarong je baru nak masuk hahaha. Time tu dah 11:15 malam. Takut salah info, kitaorang tanya guard yang ada kat situ. Then dia cakap parking free sebab Hari Pekerja & tempat parking tu tak akan ditutup. Ye laaa, dah la pakai kereta sewa mahunya kitaorg terperangkap dalam tempat parking tu tak ke seram weyh? hhahaha Okey, dah settle pasal tempat parking. Kitaorg tengok pintu nak masuk lift dah kunci, then guard kat situ pun dah nak blahhh. Time tu dah 50-50. Nak balik ataupun nak teruskan je niat nak bowling sgt kan...


Aku dgn Jannah decide kitarog nak pergi tgk dulu. Kalau dah jumpa nnt kitaorg call. So, Azy dgn Asilah stay dalam kereta. Dengan beraninya kitaorg masuk mall tu. Dalam mall tu, jalan je ikut firasat sendiri. Kedai semua dah tutup. Mmg kitaorg je yang berlegar-legar dlm tu. Then jumpa pak guard, dia cakap terus je sampai jumpa bridge. Okey kitaorg teruskan perjalanan walaupun tertanya-tanya, "dalam mall ada bridge ke?" Tetiba rasa macam dah sesat, ada nampak akak ni dah nak kemas-kemas, melayu. So tanya lah dia,

"Akak, nak tanya. Bowling kat mana?"
Akak tu jawab, "eh, kat sini ada bowling ke?"
Aku pun pandang Jannah, Jannah pandang aku. Aku jawab,
" haah adalah.. kot. Akak, bridge kat mana?"
Akak tu cakap, "oh kalau nak ke bridge, straight je nnt belok kiri sampai jumpa elevator."

Lepas jumpa akak tu kitaorg pun dah taktahu nak cakap apa. Mampu gelak je hahahaha Boleh dia tanya balik kat sini ada bowling ke tak XD Dlm perjalanan tu, dah nampk 5-6 orang. Tetiba nampak ramai pulak orang kat situ. Akhirnya, alhamdulillah sampai. Ramai lagi orang kat dalam mall ni sebenarnya. Sebab kat situ ada bowling, karaoke, TGV, GSC, semua entertainment ada kat situ. Then, aku inform kat lg dua orang tu (Asilah, Azy) suruh datang sini. Time ni, baru teringat, Asilah dgn Azy tu dua-dua penakut hahaha Lama jugak kitaorg tunggu. Suara Azy time call pun dah cuak bagai. Rupa-rupanya, 1 Utama Shopping Center ni ada 2 bangunan. Satu bangunan untuk shopping, satu lagi bahagian entertainment. Kitaorg parking kat bahagian shopping. Bayangkan, satu mall tu kitaorang jalan kaki =='


Sampai je, terus main bowling. Satu round je pun. Sebab dah lemah semangat fikir macam mana nak balik ke parking kereta sebab jalan dalam mall dorang dah tutup. Sepatutnya kitaorg parking kat bahagian entertaiment tapi mana lah tahu mall ni ada dua bangunan kan =='. Dalam pukul 1:45 pagi sampai rumah sewa. hahaha Ni lah salah satu pengalaman yang berlaku masa sem4 ni. huhu
Till then.

#rupa-rupanya, "bridge" yang menghubungkan dua bangunan tu. So, nak taknak, mmg kena lalu ikut bridge jugak. Takdelah rupanya macam bridge sangat pun, kiri kanan bangunan kedai jgk =='




No comments:

Post a Comment