Download & Watch KDrama Kat Sini

1 comment:
Assalamualaikum.
Ada 3 website yang biasa aku download drama. Dramanice, MyAsianTV, SmallenCode. Dulu, aku selalu download kat MyAsianTV, tapi kenapa ntah video selalu broken so aku beralih arah ke Dramanice. Bagi aku, Dramanice mmg paling cepat update drama sekali dengan subs. Thumbs Up! Kalau SmallenCode, ada banyak pilihan tapi video takde subs. Kena extract dulu subs, so ada banyak kerja pulak tapi depends korang lah. Video semua berkualiti up to 1080p.

i. Dramanice
1. Untuk download, 1st click je mana-mana drama yang korang berminat. Contoh, aku pilih
drama Another Miss Oh Episode 9. Click link tu.
##refer kotak merah dan bintang
##click gambar untuk besarkan


2. Lepas dah click link, scroll sampai jumpa button DOWNLOAD



3. Then, pilih la mana-mana resolution yang korang suka. Nak hd ke.. ikut la. Tapi taksemua drama ada banyak jenis resolution. Click salah satu link contoh, 1080p. Pilih kat mana nak simpan file ni. Kalau korang autodownload takpela.


4. Done. Senang je kan?

ii. MyAsianTv
1. Sama je mcm Dramanice. Pilih mana-mana drama yang korang suka. Then click link. Contoh:
##refer kotak merah & bintang
##click gambar untuk besarkan



2. Takyah scroll jauh-jauh, nanti korang akan nampak kotak merah bertulis  DOWNLOAD  Click je kotak merah tu.



3. Scroll bawah sikit then nanti nampak banyak link. Depend nak openload ataupun direct link. Nak senang guna direct link. Click je link tu then pilih nak version yang mana. 



4. Done. Simple jugak kan?


Untuk SmallenCode, just click je mana-mana link. Then scroll sampai jumpa satu kotak yang penuh dengan link. Pilih kat mana korang nak download file tu. Aku biasa pilih MG (mega) sbb senang. Subtitle kena download asing. Kalau taktahu macam mana nak masukkan subtitle dalam video, follow tutorial NI tapi untuk pengguna FLV sahaja. Skip sampai step 7 okey?

Current on going drama yang best untuk korang layan,
1. Another Miss Oh / Another Oh Hae Young
2. Beautiful Gong Shim

Till then.




Alkisah Sesat Dalam Mall

No comments:
Assalamualaikum.
Since belajar kt KL, isu sesat mmg tak akan habis. Bagi sesiapa yang memang ataupun pernah terbaca, dah ada entry pasal 'sesat' sebelum ni. Kali ni sesat dalam mall. Yang lagi 'seram' time tu mall dah tutup. Alkisah bermula,

1hb Mei 2016 - Hari Pekerja so mmg cuti umum satu Malaysia (kan?) Disebabkan dah terlampau bosan jenjalan di KL, kitaorg dah plan untuk jenjalana sampai tengah malam. Satu lagi sebab nak sambut birthday housemate(Tipah) tapi tu nnt cerita next entry. Back to the story, lepas dinner kat Ikea Damansara waktu dalam pukul 10:45 malam. Katanya malam masih muda walaupun dah nak pukul 11 malam kan. Kitarog ingat nak main bowling. So search bowling yang 24 hours. Then, terjumpa lah kat 1 Utama Shopping Center. Kebetulan dah dekat dengan Ikea so mmg terus gerak sana.

<< muka-muka bahagia mangsa yang bakal sesat dalam mall >>

Search wat Waze then follow je. Alhamdulillah selamat sampai tapi time tu kereta banyak dah keluar. Kitarong je baru nak masuk hahaha. Time tu dah 11:15 malam. Takut salah info, kitaorang tanya guard yang ada kat situ. Then dia cakap parking free sebab Hari Pekerja & tempat parking tu tak akan ditutup. Ye laaa, dah la pakai kereta sewa mahunya kitaorg terperangkap dalam tempat parking tu tak ke seram weyh? hhahaha Okey, dah settle pasal tempat parking. Kitaorg tengok pintu nak masuk lift dah kunci, then guard kat situ pun dah nak blahhh. Time tu dah 50-50. Nak balik ataupun nak teruskan je niat nak bowling sgt kan...


Aku dgn Jannah decide kitarog nak pergi tgk dulu. Kalau dah jumpa nnt kitaorg call. So, Azy dgn Asilah stay dalam kereta. Dengan beraninya kitaorg masuk mall tu. Dalam mall tu, jalan je ikut firasat sendiri. Kedai semua dah tutup. Mmg kitaorg je yang berlegar-legar dlm tu. Then jumpa pak guard, dia cakap terus je sampai jumpa bridge. Okey kitaorg teruskan perjalanan walaupun tertanya-tanya, "dalam mall ada bridge ke?" Tetiba rasa macam dah sesat, ada nampak akak ni dah nak kemas-kemas, melayu. So tanya lah dia,

"Akak, nak tanya. Bowling kat mana?"
Akak tu jawab, "eh, kat sini ada bowling ke?"
Aku pun pandang Jannah, Jannah pandang aku. Aku jawab,
" haah adalah.. kot. Akak, bridge kat mana?"
Akak tu cakap, "oh kalau nak ke bridge, straight je nnt belok kiri sampai jumpa elevator."

Lepas jumpa akak tu kitaorg pun dah taktahu nak cakap apa. Mampu gelak je hahahaha Boleh dia tanya balik kat sini ada bowling ke tak XD Dlm perjalanan tu, dah nampk 5-6 orang. Tetiba nampak ramai pulak orang kat situ. Akhirnya, alhamdulillah sampai. Ramai lagi orang kat dalam mall ni sebenarnya. Sebab kat situ ada bowling, karaoke, TGV, GSC, semua entertainment ada kat situ. Then, aku inform kat lg dua orang tu (Asilah, Azy) suruh datang sini. Time ni, baru teringat, Asilah dgn Azy tu dua-dua penakut hahaha Lama jugak kitaorg tunggu. Suara Azy time call pun dah cuak bagai. Rupa-rupanya, 1 Utama Shopping Center ni ada 2 bangunan. Satu bangunan untuk shopping, satu lagi bahagian entertainment. Kitaorg parking kat bahagian shopping. Bayangkan, satu mall tu kitaorang jalan kaki =='


Sampai je, terus main bowling. Satu round je pun. Sebab dah lemah semangat fikir macam mana nak balik ke parking kereta sebab jalan dalam mall dorang dah tutup. Sepatutnya kitaorg parking kat bahagian entertaiment tapi mana lah tahu mall ni ada dua bangunan kan =='. Dalam pukul 1:45 pagi sampai rumah sewa. hahaha Ni lah salah satu pengalaman yang berlaku masa sem4 ni. huhu
Till then.

#rupa-rupanya, "bridge" yang menghubungkan dua bangunan tu. So, nak taknak, mmg kena lalu ikut bridge jugak. Takdelah rupanya macam bridge sangat pun, kiri kanan bangunan kedai jgk =='




Jom Serbu Manhattan Fish Market

2 comments:
Assalamualaikum.
13 May 2016 - Dapat berita daripada housemate. Dia cakap Manhattan Fish Market (MFM) ada buat promo. Rugi taktry katanya. So, habis class DBA terus search google pasal promo ni. Dulu hanya mampu jenguk dari luar je, bila lagi kan nak dapat merasa makan kat MFM. Sebelum lunch hour, kitaorg serbu dulu.


Masa ni 12:10 tengah hari pun dah ramai yang serbu makan. Tapi takde lagi yang beratur. Eksited jugak la kan nak makan kat sini. Yang kelakar, semua order menu yang sama XD Ye laah, harga asal RM18++ tapi kali ni boleh dapat dengan  harga RM6.99 (exclude gst) Sebelum tu, usha laa dulu menu yang lain, kot kot ada yang berkenan. Suasana serius macam pasar. hahaha Bising giler.

Dah siap order, tunggu la sehingga makanan sampai. Masa ni kan hari Jumaat, time orang lelaki sibuk nak solat Jumaat so customer yang ada time tu kebanyakkannya perempuan and chinese.



12:30 tengah hari, dah masuk lunch hour Ya Rabbi mmg ramai yang beratur. Dalam gambar ni takramai lagi. Nak tunggu makanan sampai pun lama jugak dalam 15-20 minit. Tapi boleh faham sebab memang ramai. Semua meja dah penuh. Kalau kitarog pergi time ni, mmg melepas laa nak merasa makan kat sini. Tapi, promo still valid (16 Mei - 18 Mei) Lepas tu maybe dah takde.


Alhamdulillah akhirnya sampai juga. Nampak mmg berselera sangat. In sha Allah kenyang. Tapi last-last aku takeaway jugak hahaha XD Sebab takboleh nak go on. Dari segi rasa, mmg best walaupun aku bukan yang minat fish n chips. Isi ikan ni lembut sangat lebih kurang macam isi ketam. Sayur dgn lemon fresh. Cuma fries ada yang takmasak. Maybe kelam-kabut sebab customer ramai. Pepun, berbaloi untuk harga RM6.99.

Sebenarnya korang boleh jugak pilih jenis ikan. Untuk ikan Dory harga (RM6.99) Ada 2 lagi jenis ikan lain. And kita boleh decide, nak grill ataupun fry. Nnt refer kat bawah. Aku ada ambik side dish. Side dish berbeza-beza. Ada 2 harga. (RM3.90 dgn RM5.90) Depends side dish jugak.

  << pepper mashed potato (RM3.90) & Mac & Cheese (5.90) >>

Untuk mashed potato, bagi aku kat KFC lagi best. Untuk mac & cheese rasa terlampau plain sebab cheese kurang. Kalau cheese banyak mesti lagi besttt!!!! Ni pun aku tak away XD 


Macam yang aku mention, kita boleh pilih jenis ikan and nak fries ataupun grilled. Ada macam-macam jenis lagi side dish. Boleh refer buku menu dorang. Harga berbeza mengikut ikan. Nak lebih penerangan, nnt tanya sendiri pekerja kat MFM yang lebih arif pasal promo ni. Takde limit time tau. Bila-bila masa je korang boleh makan. Tapi valid from 16-18 Mei ni sahaja. Campur gst taksampai RM10 pun. Kecuali korang ada ambil air. hehehe 

Total untuk 4 orang makan termasuk gst ialah RM47.30 sahaja. Mmg berbaloi dan rasa pun sedap. Apa lagi, ajak laaa kawan-kawan pergi serbu MFM lepas ni sebelum prmo habis.
Till then.



DIM Student: Visual Communication

2 comments:
Assalamualaikum.
Sekadar nak berkongsi, just nak share sedikit hasil kerja yang berjaya aku dah rakan seperjuangan (Asilah) siapkan utk subj Visual Communication. Kalau bg someone yg berminat dgn editing, boleh la apply Unikl lepas ni then ambik DIM hehehe Sekarang dh sem4, so subj ni mmg focus on art, photography, advertisement. Kalau nak cerita dari awal sem4, 1st assignment ialah book cover. Theme animal. So, aku just hasilkan 2 je tu pun dah bercampur malas. hahaha Sem ni semangat macam pudar sikit. Buat assignment pun kebanyakkannya last minute =='



<< dua design yang taksempat disiapkan >>

Just untuk perkongsian. Harap takdelah yang ambil design ni then claim cakap hasil kerja sendiri. Sebab aku pun dapat idea design semua ni pun search google, tgk org lain punya design tapi takdelah 100% tiru. Just untuk dapatkan inspiration and idea. 100% edit guna Adobe Photoshop CS6 and semua gambar daripada google.

Next assignment, advertisement poster. Kena cari satu produk then buat ads poster pasal produk tu. Kali ni punya assignment serius merapu. Macam ntah pape jer. hahaha Sebab dah kering sgt dgn idea so aku design laa merapu-merapu then hantar bermacam jenis design kat madam. Harap madam approved laa aku punya idea tu XD


Dan untuk final project, kena buat photo manipulation. Fuhh! Susahnya sbb aku takminat sangat photography yg style macam ni. Kena shoot 20 photo (gmbr sendiri/kawan) then drpd 20 pilih 5. Drpd 5 gambar tadi, manipulated kan pastu pilih 1 yg paling terbaik & kena buat brochure featuring kesemua 5 manipulation poster tadi. Final project kan, so bunyi mcm annoying sikit hahaha XD


Ni sebagian je hasil kerja, ada lagi yang aku taktunjuk. Kita share mana yang boleh je ler. Budak baru belajar, still banyak yang kena improve. Untuk brochure:



The end. Tu je la. Taksempat nak selpie dengan board sebab kelam kabut nak hantar lagi. Pepun, subject ni mmg santai jugak laaa takde pening kepala nak kena hafal banyak benda sebab takde final. 100% coursework, cuma kena kerja lebih tang assignment laa untuk score A. 
Till then.