Habis Duit Kat Makanan Takpe

Assalamualaikum.
Week11 -- Dah biasa since kecik memang jenis bab makanan, memilih. Bila dah berdikari takde orang nak masakkan bila balik class... bila sakit.. bila bosan sangat dengan makanan luar... terus jadi homesick. Rindu nak makan masakan ibu. Tapi, bila balik rumah diet je memanjang. Pernah and memang selalu sampai 5 hari aku takmakan nasi. Bukan sebab protes, tapi sebab 'nikmat' dapat stay kat rumah lagi best sampai lapar pun takterasa. hihihi

Dah duduk rumah sewa, tiap-tiap hari makan masakan luar. Sem ni, takpernah lagi masak sendiri. Dulu ada jugak beli beras stok time hujung minggu (nasi putih, kicap dengan telur je pun) Sekarang dengan assignment bertimbung macam ni, nak masak pun dah malas. Kat sini, takguna dapur gas, guna dapur elektrik. Maggi yang hanya 3 minit boleh siap tu pun dah jadi 13 minit. The struggle guna dapur elektrik is, lambat panas... lambat panas... lambat panas.. Pastu, kena tunggu giliran. Bayangkan 1 dapur nak kongsi 10 orang, but not at the same time lah XD


Jenis memilih, so susah skit. Aku ingatkan aku sorang jer yang jenis memilih macam ni. Majoriti perempuan macam tu kot. Rasanya kalau lelaki, mmg takkesah hari-hari makan lauk sama, ke bukan? Percaya ataupun tak, soalan yang paling susah nak jawab bila kawan tanya,

"nanti nak makan apa?"
"makan kat mana?"

then, jawapan untuk setiap soalan tetap sama,

"taktahu."
"entahlah! Bosan dah makan makanan yang sama. Nak balik*homesick!!!!!"
"emmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmm"

Last-last, suggestion bukan main banyak tapi kedai yang sama jugak kau pergi! haha Aku kalau taktahu nak makan apa, konon mintak buku menu. Bila belek depan-belakang, baca satu-satu, perhati setiap menu last-last... "kak, nasi goreng USA satu."



Nasib jugak laa sekarang ni Line Clear berdekatan je dengan rumah. Hari-hari jugak bau kari mamak. Harga pun murah. Nasi putih + Ayam goreng = RM5 Jimat pun jimat. Sedap pun sedap.

Susahkan, kalau macam ni. Sekarang ni lagi lah sampai final aku takbalik sebab study week 4 hari je. ==' Sebulan lebih lagi kena bertahan makan masakan orang sini T^T Sebab tu, aku takkisah sangat kalau duit habis kat makanan. Sebab, makan kan satu kepuasan. Stress je makan. KFC, Chicken Chop, Burger King, Boat Noodle, DipNDip, Papa John, Ramly, Shihlin, ... Memang kena variety. Tapi, papepun ramen tetap win! XD hehe Tak bersyukur tu, takpernah laaa. Alhamdulillah dengan rezeki yg ada. Cuma selalu sangat taktahu nak makan apa. Kalau kat rumah lain laa. Kat sini, is totally different dengan Terengganu. Lamanya dokmakang kepok lekor T^T
till then.







1 comment:

  1. wah banyaknya makanananananna T^T
    memang pening jugak kalau bab pilih makanan tu.
    untung rumah dekat dengan kedai makan :3

    ReplyDelete