Boat Noodle Dah Takmacam Dulu

Assalamualaikum,
Sekarang dah week 8 tinggal 6 minggu lagi sebelum final. Pastu, the end untuk semester4. Sembreak then, semester5. Serius macam takcayer je.

So, cara nak 'belanja' diri sendiri ialah dengan makan best-best dan SHOPIIIIIIIIIING!!!!!! Port shoping since shortsem taklain takbukan, TS (times square) Habis class DB lepak jap kat foodcourt Quill then baru gerak. Time lepak tu, kitaorg main, Monopoly Deal.


Lunch kat Boat Noodle. Still kena tunggu turn sebab Boat Noodle takpernah, takfull house. Dalam 10 minit alhamdulillah dapat tempat. Last pergi akhir tahun lepas lupa bulan berapa. Sekarang Boat Noodle dah takmacam dulu. Ada lah skit perubahan berbanding dulu. Yang penting, harga untuk satu bowl noodle tetap sama, RM 1.90 Dulu aku ada jugak cerita pasal Boat Noodle ni, nak baca :

cerita 1: http://anies-msletoes.blogspot.my/2015/03/boat-noodle-times-square.html
cerita 2: http://anies-msletoes.blogspot.my/2015/10/boat-noodle-lagi.html

1. Boleh Tampung Ramai Customer Dahh

Sebelum ni, Boat Noodle ambik 2 lot je. Kalau untuk kedai jual baju, gadget dikira besar dah tapi untuk kedai makan, memang padat jadinya. Tambah pulak Boat Noodle kan mmg dah ramai yang kenal, so at one time mmg akan ramai customer. Kesian... dah laa perut lapar, pastu kena tunggu turn lagi... kalau nasib baik, ada jugak laa kekosongan meja. So, sekarang dah ada 3 lot. Kiranya lagi besar dari sebelum ni. Dalam 10-15 minit, in sha Allah dah boleh dapat seat. Cuma bila customer lagi ramai, so service dah jadi lambat skit dari dulu. Takpe, korang borak-borak laa dulu bila rancak tu taksedar pape pun XD


Kalau tengok gambar yang pertama, dulu size Boat Noodle hanya sampai ada tulisan "Boat Noodle" yang kat dinding hitam tu je. Serius sempit sangat. Sekarang dah ambik lot baru so, lagi ramai boleh masuk. Kerusi pun ada dah upgrade. Macam kerusi masa sekolah rendah dulu.. huhu tetiba rindu T^T

2. Kuah Rasa Berlemak Sikit(?)

Okey part ni aku taksure jugak sebenarnya... hahaha Sebabnya dulu kuah noodle rasa lain skit, warna pun lagi merah. Sekarang warna macam pudar skit... then rasa pun berbeza dari sebelum ni. Tapi taktahu lah kan maybe sebab lama aku dah takdatang sini. Lagi satu, dulu semua pekerja orang Thailand, sekarang Bangla dengan local. Maybe sebb tu rasanya dah berubah(?)


3. Menu Baru!

Time tengah makan, ternampak menu baru. Jadinya teringin lah nak rasa. Asilah pun cakap mmg best. Roti lembut sangat, nama pun steam kan.. Sengkaya dia best. Jjang! Manis, berlemak.. Kalau nak hilangkan rasa pedas, sesuai sangat order sengkaya ni. Kitaorang kongsi 3. Kalau sorang satu, mmg takhabis laa. Dah laa dapat meja kecik! Stall concept kan ..

Sengkaya Steam Bread (RM6.90)


Total untuk 14 mangkuk termasuk air, tax RM57.10 Dah isi perut maka untuk hilangkan segala stress (walapun baru lepas sembreak) kitaorg gerak pergi level 3 untuk main bowling. Then shopping, shopping, shopping sampai puas! hahaha XD 
Till then.






6 comments:

  1. lawalah gambar2 dalam blog ni! saya tk penah makan boat noodles lagi so tktau apa perubahan kt boat noodles ni haha :p

    ReplyDelete
  2. hi.
    saya pun setuju boat noodle dh lain :(
    tapi air grean tea dan steam bread (wlupun selalu habis) tetap dicari kat sini

    ReplyDelete
  3. masa first time datang makan kt boat noodle. tak rasa special pun..noodle rasa biasa je..suka makan yg kuih pelita dalam pinggan kecik tu je..hihi

    ReplyDelete
  4. @MAZNIMUNAWAR kalau nak try pun apa salahnya. Serius best thumbs up!**
    @TYRAWSSPAYANANA haah sy lepasni mmg nak order steam bread lg XD
    @IZZATIAMIRA haritu pun ada saya order jugak. Dlm gmbr nmpk besar, bila sampai sebesar tapak tangan je hihihi

    ReplyDelete
  5. kita tak pernah lagi merasa boat noddle.. jarang juga la makan luar,sbb kita ni kedekut sikit..hahaha...

    ReplyDelete
  6. Ohoii disana..Kak Sally personally tak minat Boat Noodle...sebabnya macam x kena dengan selera...tapi mcm Green tea, Bayam goreng tu mmg x pernah missed

    ReplyDelete