Segelas Latte


Assalamualaikum.
Haritu, masa pergi kat Readers & Heaven Coffee, Bangi. Lebih kurang mcam library cafe lah. Ad novel, komik, so kalau jenis pencinta novel mmg heaven lah kan, for the first time akhirnya aku dapat rasa keoriginaliti segelas iced latte.

Sampai je sana, kitaorg order drink. Sptutnya takperlu pun tp entah rasa macam nak try maybe sbb nampak ada machine yang kebiasaanya ada kat cafe-cafe hispter(?) Then order laa iced latte. Semua gara-gara penangan hazelnut latte kat Suraya. Harga dlm RM7. Okey dah order semua, ambik komik then baca. Pastu borak-borak.. gelak-gelak.. Sampailah, drink sampai. Glass besar, kirany berbaloi la bayar RM7 tu. Mcm biasa, sebelum apa-apa snap gmbr dulu.
#nakupload dlm ig


Apa yang aku bayangkan adalah, segelas latte yang rasanya pahit tapi tetap rasa creamy kemanis-manisan. Orang pertama yang try adalah aku. Bila dah teguk sekali, rasa macam nak terkeluar balik. Rasa dia mmg lain macam betul. Apa yang aku rasa adalah 90% coffee yg sump*h pahit, 10% rasa air (plain water) hahahaha Adakah ini rasa iced latte yang sebenar? atau si pembuat air tu takpandai buat?? Kitaorg hanya mmpu tersenyum dan terbahak tapi tetap cover sbb customer yg ada time tu kitaorg berempat je XD

Semua dah surrender taknak habiskan air tu and terus blah. Tapi membazir lah kan dah beli mesti kena habiskan jugak. Yang sayangnya, si pencinta coffee (Ashlah) haritu dia puasa. Dia punya lah curious sbb nak tahu rasa sebenar air yang kitaorg minum ni. Si Ashlah ni kalau time kitaorg keluar makan, yg lain mesti order air teh ais ke, teh O ais ke, milo ke.. tapi dia order, kopi O. Mainstream tak? hihihi Berbalik pada cerita, aku suggestkan lah sape yang paling lambat habiskan air kena belanja. Then bila semua dah setuju maka bermula lah misi menghabiskan segelas latte. 

Dan yang kalahnya merupakan pencadang idea itu sendiri T^T lepas habis sedut satu gelas, kepala terus terasa pening, then aku sampai hampir nak termuntah sbb mmg dah takboleh nak go on. Habis je, terus kitaorg blahh. Kesimpulannya, air yang kat kedai tadi tu taksama dengan air yang jual kat gerai tepi jalan yang dipanggil kopi besaow, air hispter, kopi goyang, pirate coffee, air Suraya.... Kalau beli kat gerai-gerai, ais saje pun dah penuh satu bekas sbb tu baru je sedut 10 kali tinggal ais je. hahaha Sebenarnya, ini merupakan 'petanda kedua' bahawasanya hari itu merupakan hari yang cukup panjang untuk kitoarg berempat. Apa yg berlaku? Dah laa masa ni birthday aku (4 Mac) taksangka pulak peristiwa ni terjadi. Nanti kita story mory dalam next entry.
Till then.




2 comments:

  1. haha fun experience tu...tapi kan tak pernah pulak saya rasa mana mana latte yang pahit gila, selalunya bittersweet yang agak sweet je..

    ReplyDelete
  2. haha, but saya suka coffee & of coz suka latte =)

    ReplyDelete