Alkisah Sesat Di Ibu Kota

3 comments:
Assalamualaikum.
4 Mac 2016 - Time highway minyak dah liplapliplap so isi RM20(petanda pertama). Meneruskan perjalanan, alhamdulillah sampai Bangi. Ambik borang then settlekn ap yg patut, barulah masa untuk have-a-great-day-on-my-special-day!




1st decide nak pergi cat cafe tapi kucing ada 3 ekor je, kena bayar RM10 so kira macam takberbaloi. Next suggestion, pergi libray cafe. Details kat entry NI. Otw nak balik, tetiba dapat call drpd owner kereta sewa ni, dia tanya ada kat mana sbb dia dah sampai kt rumah sewa kitaorg kiranya dah ready nak pick up kereta. Then, kitaorg cakap still ada kat Bangi. Terus dia marah-marah lah sebab janji konon nak hantar pukul 5, tapi time tuh dah dekat pukul 6, so bertambah bengang laa dia. Time tu, semua dah macam hilang mood.

Ashlah yang jawab call tu explain laa yg Azy dah inform katanya "bila sampai KL sy bgtahu." then dia macam salah faham, risau sangat, kot-kot ler kitaorg nak curik kereta tu. Azy ada bagitahu jgk kalau lebih sejam kena tambah RM10 so aku okey je sbb kitaorg dah jangka akan lebih masa. Owner kereta jadi salah faham sbb kitaorg takinform kat dia yg kitaorg nak extend. (okey salah kitaorg)

Owner tu apa lg, suruh kitaorg hantar kereta ni kat Wangsa Maju. Okeyy, serius takkelakar time tu. Jalan pergi Wangsa Maju kitaorg taktahu pastu battery phone kitaorg semua dah below 50% tambah pulak phone aku time tu rosak then time orang balik kerja. Kitaorg pun setuju jelah sbb taknak panjangkan cerita. Okey part kelaka,

1. phone semua dah below 50%
2. powerbank takbawak,
3. kitaorg siap catat nombor housemate untuk emergency case! Nnt boleh call guna public phone
4. salin je arahan drpd waze dlm kertas.
5. Haritu jugak dah 5 kali aku masuk toilet. So, kesian pundi kencing aku kena seksa tahan kencing     20minit. hahahha (jalan jam)

Time tu pun dah malam, mana nak perasan papan tanda yang kecik cinonet. Pasrah je, then ikut firasat sendiri. Hambekkao firasat sendiri sangat kan, sampai ke Hulu Klang dibawanya, sikit lg nak masuk jalan ke Genting Highlands XD hahahaha Ada pepatah Melayu, malu bertanya sesat jalan. So, kitaorg stop kat Petronas. Time tu semua phone dah habis battery. Bila rasa takconfident, kitaorg stop then tanya pak cik askar kat tepi jalan. Alhamdulillah dia cakap sikit lagi nak masuk Wangsa Maju Takpernah aku rasa happy giler bila nampak LRT sebab tandanya kitaorg dah smpai kat stesen wangsa Maju. Okey, dah sampai semua lega. Tapi semua cuak sbb nak mengadap owner kereta ni. Time tu dah pukul 9 kot. Kemungkinan kitaorg kena bayar dalam RM70 termasuk harga extend masa smpai pukul 5. Plot twist,

Owner tu sendiri mintak maaf dulu, mmg lain giler masa bercakap dalam phone maybe sebab penangan muka kitaorang yang macam kucing hilang anak XD Bila Azy tanya berapa total kena bayar dia cakap,

"RM 50 sahaja" 
Azy pun macam "termasuk yang extend tadi ke?" 
"Haah. Yg hari ni takkira lah. Kiranya RM50 yang harga untuk semalam je."

Okey time ni aku macam, 'betol ke tipu, ketol ke tipu," Tapi sebab aku takpekak lagi so betul lah tu XD Alhamdulillah, kiranya macam dia belanja aku untuk birthday tanpa dia sedar. Terima kasih owner kereta viva berwarna purple. Dah sette hal kereta sewa, beli token nak balik rumah sewa plak. Mmg panjang perjalanan kitaorg haritu. Lg 9 stesen nak sampai Dang Wangi. Tp kena ambik teksi dulu baru sampai kat rumah sewa. Dipendekkan cerita, dalam pukul 10 lebih macm tu, kitaorg selamat sampai. Masuk je rumah housemate yang lain sambut aku dengan nyanyian "happy birthday to you" hhehehe Bestnya ada orang sambut.



Ni serius peristiwa yang paling susah aku nak lupa. Cuak kot bila sesat macam tu. Takpe pengalaman mematangkan kita. Ye idok? XD
Till then.




Segelas Latte

2 comments:

Assalamualaikum.
Haritu, masa pergi kat Readers & Heaven Coffee, Bangi. Lebih kurang mcam library cafe lah. Ad novel, komik, so kalau jenis pencinta novel mmg heaven lah kan, for the first time akhirnya aku dapat rasa keoriginaliti segelas iced latte.

Sampai je sana, kitaorg order drink. Sptutnya takperlu pun tp entah rasa macam nak try maybe sbb nampak ada machine yang kebiasaanya ada kat cafe-cafe hispter(?) Then order laa iced latte. Semua gara-gara penangan hazelnut latte kat Suraya. Harga dlm RM7. Okey dah order semua, ambik komik then baca. Pastu borak-borak.. gelak-gelak.. Sampailah, drink sampai. Glass besar, kirany berbaloi la bayar RM7 tu. Mcm biasa, sebelum apa-apa snap gmbr dulu.
#nakupload dlm ig


Apa yang aku bayangkan adalah, segelas latte yang rasanya pahit tapi tetap rasa creamy kemanis-manisan. Orang pertama yang try adalah aku. Bila dah teguk sekali, rasa macam nak terkeluar balik. Rasa dia mmg lain macam betul. Apa yang aku rasa adalah 90% coffee yg sump*h pahit, 10% rasa air (plain water) hahahaha Adakah ini rasa iced latte yang sebenar? atau si pembuat air tu takpandai buat?? Kitaorg hanya mmpu tersenyum dan terbahak tapi tetap cover sbb customer yg ada time tu kitaorg berempat je XD

Semua dah surrender taknak habiskan air tu and terus blah. Tapi membazir lah kan dah beli mesti kena habiskan jugak. Yang sayangnya, si pencinta coffee (Ashlah) haritu dia puasa. Dia punya lah curious sbb nak tahu rasa sebenar air yang kitaorg minum ni. Si Ashlah ni kalau time kitaorg keluar makan, yg lain mesti order air teh ais ke, teh O ais ke, milo ke.. tapi dia order, kopi O. Mainstream tak? hihihi Berbalik pada cerita, aku suggestkan lah sape yang paling lambat habiskan air kena belanja. Then bila semua dah setuju maka bermula lah misi menghabiskan segelas latte. 

Dan yang kalahnya merupakan pencadang idea itu sendiri T^T lepas habis sedut satu gelas, kepala terus terasa pening, then aku sampai hampir nak termuntah sbb mmg dah takboleh nak go on. Habis je, terus kitaorg blahh. Kesimpulannya, air yang kat kedai tadi tu taksama dengan air yang jual kat gerai tepi jalan yang dipanggil kopi besaow, air hispter, kopi goyang, pirate coffee, air Suraya.... Kalau beli kat gerai-gerai, ais saje pun dah penuh satu bekas sbb tu baru je sedut 10 kali tinggal ais je. hahaha Sebenarnya, ini merupakan 'petanda kedua' bahawasanya hari itu merupakan hari yang cukup panjang untuk kitoarg berempat. Apa yg berlaku? Dah laa masa ni birthday aku (4 Mac) taksangka pulak peristiwa ni terjadi. Nanti kita story mory dalam next entry.
Till then.