Cerita Seram Balik Kampong

5 comments:
Assalamualaikum.
Nak cerita ni. Semalam sesak giler kat TBS. Sepatutnya hari ni ada class tapi, sorry madam sy dah ada kat rumah. ahahhaha XD Housemate aku pun semua balik. Masa nak tunggu teksi pun dah start cerita seram. Aku turun dr rumah(maklumlah rumah level21) then tunggu kat bus stop, 10 minit tunggu teksi pun takde. Part seram bila kau sorang je perempuan then ada 5-6 orang lelaki tengah lepak situ. Seram beb! hahaha Walaupun dorg takbuat pape, tapi dalam kepala aku ni mcm-mcm fikir. Alhamdulillah 15 minit lepastu baru dapat teksi then gerak pergi lrt.

Bas lewat 20minit. So, nak sampai rumah mmg lewat daripada biasalah. Kalau dulu, pukul 4 lebih dah sampai Dungun, tapi semalam 5.30 baru sampai. Okey, ni cerita seram bermula. Kalau 5:30 pagi, mmg langit gelap lagi lah kan. Jalan pun takbanyak kereta. Kebiasaanya aku suruh pakcik driver berhenti kat stesen petronas sebab senang nnt ibu nak ambik kat situ then kawasan tu sibuk and cerah skit. Tapi, pakcik tu cakap takboleh berhenti kecuali ada stesen bas sebab takut kena saman. Adoi pakcik pagi buta macam ni mana la ada polis. Aku bukan apa kalau siang hari takkisah sangat. Ni hah pagi buta macam ni nak suruh aku berhenti kat bus stopsorang-sorang seram beb!



Aku pun iyakan jelah kan nanti dia takberhenti sampai sudah. haha So, dia berhenti kat bus stop depan skit je dari stesen petronas tapi kawasan tu agak gelap lah. Aku dah seram-sejuk takot weyh. Pastu pakcik bas tu pun berlalu tinggalah aku sengsorang kat situ. Kereta ada je lalu lalang depan tu tapi takbanyaklah. Mata aku ni liar tengah tunggu ibu datang ambik. Tiba-tiba, adalah satu kereta ni berhenti depan skit daripada tempat aku berdiri.

Masa tu Ya Allah takut giler. Aku pandang kereta tu, taknampak sape yang bawak sebab mula-mula kereta tu laju pastu berhenti mengejut. Aku dah get ready nak cabut je dari situ. Lantaklah beg aku tu hahah Asalkan aku selamat. Tapi aku buat relaks dulu... sambil tengok keadaan sekeliling kot-kot ibu dah sampai kan. Tiba-tiba lagi, kereta tu mengundur. Time ni aku cuak macam nak jerit. Kot-kot orang nak culik aku kan.. takpun dia ada pistol dia tembak aku (>.<) Okey, kereta tu undur sampailah berhenti depan aku. Aku pandang dia, dia pandang aku. Yang bawaknya lelaki yer. Dalam 5saat jugaklah aku pandang dia, dia pandang aku. Pastu dia tersengih. Aku pun taktahu nak buat reaction apa. Nak lari ke.. buat bodoh je. Then, dia blahh macam tu je.

Aku pun macam, whattheheck(?) ! Asal kereta tadi dia berhenti weyh! Aku ingat nak ambik gambar kononnya nak bg gambaran utk koranglah tapi time ni taksempat fikir apadah. Fikir nak selamtkan diri je. 10saat lepastu barula ibu sampai. Aku pun cerita kat ibu ada kereta berhenti then kebetulan kereta tu depan kereta kitaorg. Ibu pun tanya kenapa takberhenti kat petronas tadi bla..blahhh...

Plot twist, korang naktahu kenapa si driver tadi berhenti? Sebab, dia pun nak ambik anak dia! hahaha Aku siap naksave nombor plate lagi tau! XD Aku pun cakap kat ibu,"Oooo, dia nak ambik anak dia jugak ke?" Sumpah aku ingat dia perogol bersiri ke.. Sorrylah pakcik hehehe Kalau korang, apa korang buat? Nasib aku taklari time dia berhenti tu, kalau tak... aduihhh malunya .. hihihi Okey, seram tak? Pengalaman balik kali ni mmg seram. Fuhhh, alhamdulillah sekarang dah selamat sampai kat rumah terchinta. Umur masih panjang. Syukur.
Till then.