Ada Apa Dengan Semester 3

# Ada Apa Dengan Semester 1 (student life)

Assalamualaikum.
Ni elok dah baru lepas final, mehh kita throwback sikit ap yg dh berlaku spnjg 6 bulan lepas. Macam biasa, alhamdulillah dibekalkan kesihatan yang sihat cuma, masa seblum final ada jadi suspek denggi. Hampir satu rumah jugak kena!


1. Housemate 1 Kelas!

Yeahhh! Finally kitaorg semua(9org) dpt class yg sama. Tp, bukan semua subject laa. Bukan apa, senang nak gerak pergi kampus sekali. Pastu, nk buat assignment pun senang sbb team member satu rumah. Jimat duit, jimat masa, jimat tenaga. Senang. Bincang kat rumah je. 1st class ialah Vb.net (programming) . Berharap sangat mdm takbagi homework. Just chill chill je. 1st class kot. Kitaorg sempat lg kumpul reramai then, welfie. Alaah, common things yg korang buat kan bila 1st day classs.


2. Bermulah episode bekerja sebagai satu team

Sebenarnya, aku ni bukanny jenis yang takboleh bekerja dlm 1 kumpulan. Boleh, tapi ahli kumpulan tu kena lah bagi comitment jgk. Bukanny, jenis yg angguk kepala je tp bila tanya pendapat taktahu. Bila kerja dah jalan, then ad masalah mula nk salahkan leader. Bekerja satu group dgn org yang aku takkenal, paling aku annoyed. Semester ni mmg paling mencabar. Nak kata memilih, yes mmg kita kena jd jenis yg memilih sbb ni melibatkn kerja berkumpulan then  kalau lah dpt yg jenis ambik mudah je, fuhhh! sape tak geramkan? since sekolah lg, bila ntah mentaliti orang kite ni nk berubah. Nnt, bila dah kerja tahu laa apa 'azab' yg menanti.

Tapi, bila satu group dgn org yang kita rapat/kenal pun susah jgk. T^T Paling susah sebenarnya, terutama kalau perempuan. Bila dia takbuat kerja, kalau ditegurkan nnt merajuk then cakap yg kita ni jenis yg suka mengarah sedgkn niat baik, nak suruh dia berubah. Bila kita tgk hasil yg dia bagi takmemuaskn then nak suruh redo, nnt ckp kita ni jenis banyak kerenah, igt diri tu bagus sgt ke nak komplen pasal org. So, nak buat mcm mana kalau dpt team member jenis kepala batu pantang ditegur ni? Makin lama, makin susah assigment. Tapi, kalau team member jenis yg takmembantu, takboleh jugak kan? Baik buat sorang-sorang


3. Pikir masak-masak sebelum bertindak

Sambungan daripd no-2, still pasal team members. Masa sem-1 korang kena pastikan, perhatikan dan alert dgn kwan-kwn korg bila buat kerja ramai-ramai. Aim perangai sorang-sorang, tgk yg mana boleh diharap, yg mana jenis yg baik campak kt lauk jerr(takmembantu), jenis yg cmpak kat hutan boleh survive(sgt membantu) takpun jenis yg boleh bg comitment sepenuhny. Bukan apa, nnt time buat assignment silap haribulan korg yg menderita. Tp korang pun kenalaa bg comitment jgk. Sebab, mmg akan adanya situasi dimana:

Situasi 1: 3 orang ahli kumpulan tapi sorang je buat kerja.
Situasi 2: 10 orang ahli kumpulan tapi 3 orang je yg buat kerja, 2 orang jenis rasa takbersalah, 4 orang jenis taktahu nak buat apa, sorang jenis yang act like a leader(bukan dengan perbuatan) tapi dengan percakapan.
Situasi 3: 4 orang ahli kumpulan tapi hanya 2 orang je buat kerja, lagi sorang buat kerja tapi mesti kena redo dua tiga kali, dan sorang yg jenis "i dont care" tapi bila kena present, dia act like someone who knows everything sdgkn time org sibuk buat preparation, dia sibuk dgn urusan dia contohnya, layan perangai boyfriend yg jenis 24/7 mesti dilayan(otp, ws, skype)


4. Denggi Attack!

Rumah dah level 21, tapi nyamuk still ada. hehehe Tinggi betul nyamuk ni terbang XD So, aku satu rumah, 10 orang. 1st yg kena Azy(roommate) Mula-mula, igtkn demam biasa tp yang pelik symptom denggi ni masa malam je. Rumah kitaorg mmg banyak nyamuk. Maybe sbb rumah sewa kan, barang byk pastu taktahu dah macm mana nak buat. Spray guna ridset pun takmati-mati nyamuk ni. Gajah tak gajah, pun takmati jgk T^T So, a week sblum final. Aku plak yg kena. Esok tu terus balik Dungun. 1st kena ambik darah. Tambah stress sbb byk lg assignment taksiap, nak kena hantar dlm minggu tu jgk. Cerita lbih lanjut pasal denggi, in upcoming post :)


5. Berjinak-jinak dengan DSLR

Untuk assign subj Audio & Video ada kena guna camera DSLR. Utk 2nd assign, kena buat promotional video. Kebetulan, masa awal bulan Nov tahun lepas(2015), ad foodgasm fest. Kena submit akhir Nov, so sempatlah nak shoot then edit. Untuk final project, kitaorg shoot music video. Ecehh, boleh laa acah jadi producer bagai. In sha Allah suatu hari nanti. *Amin..


6. Masuk Exam Hall, lambat!!!

Okey, ni mmg jadi pengalaman paling ngeri spnjg belajar! Dah laa paper paling aku takut (programming) then masuk lambat dalm exam hall lg. Lepas ni, kena gerak awal kat kampus walaupun jarak rumah dekat! hahaha Takpe, pengalaman mematangkan kite, kan?
Naktahu lg lanjut, baca entry ni: Kes Lenggang Kangkung, Kan Dah Lambat! 

7. Dean List Award!

Pun takupdate lg pasal dean list award ni. Hishh bila ntah nak publish. Asyik simpan dlm draft je ^^ So, alhamdulillah target tercapai, walaupun taksangka. Ni untuk result sem2, overall worth it laaa.. Memang sbnrnya nak jugak dapat award macam ni, sbb time sekolah dulu kite takpadai bab-bab pergerakan neutron laaa .. nak hafal term fizik pun selalu "blackout" .. XD So, past is past. Dah further study kat U, kena buat yang paling terbaik. Sape cakap gagal SPM, gagal segalanya? *tetiba hahaha**


8. Short Vacay

Last minute plan selalu je jadik. hahaha Walaupun vacay ni sejkp je tpi sempoi giler sbb dapat jgk enjoy lepas final habis! Semua smooth je tapi ada jugak yg diplan takjadik. Vacay dgn kawan-kawan mmg berbeza kan vacay dgn family? Byk gambar nak tunjuk, macam-mcm aktiviti aku buat tapi akan diupdate dikemudian hari. Mmg backpackers habiss! XD

Ada lagi kot yg tertinggal tp yang aku dpt recall, ni jelah. Alhamdulillah, serius talk semester ni paling-paling palingggg sikit dapat tidur, paling banyak stay-up, semua paling paling laaah! Awal Feb ni dah bukak sem 4. So, another journey, cant wait! XD Bunyi macam heksited kan, tp result sem3 tak keluar lg. Fuhh! Cuakkkk



No comments:

Post a Comment