Azy's Birthday | 210915

No comments:
Assalamualaikum,
warga alam maya sekalian? Ya Allah lamanya takberupdate blog ni. Cerita banyak sangat nak share tapi masa yang takmengizikan :( Sebenarnya ni sesi throwback cerita yang lama dah terkubur dalam draft. Ni nak refresh balik.


Jyeahhh finally Azy turns 19! Sape Azy ni? Well, Azy(shawl merah) ni roommate since masuk hostel sampailah sekarang dah stay rumah sewa. Dulu, waktu duduk hostel satu bilik 4 orang. And aku sorang je yang birthday bulan 3. Dorang semua September line. Hmmph tak aci kan! Tapi nasib perangai level sama je. Tahap budak lepasan SPM lagi. teheee Lagi 2 orang ialah, Asilah and Nana.

Asilah | 0309 (tiad dlm gmbr yg atas)
Nana | 1609 (anak malaysia katany, shawl biru,hujung kiri)
Azy | 2109

Sembreak 3 bulan sampai awal Sept so, taksempat nak sambut birthday Asilah T^T (Nasib birthday kau Nana.., kitaorg sempat celebrate!) haha Masa birthday Nana, nothing special pun sbb last minute plan. Kitaorg satu rumah keluar dinner kat The Ship Kg.Baru then, aku ada laa suruh abg busker ni nyanyikan lagu happy birthday kat Nana. Tu je. Tapi takjadi surprise sbb last minute plan kan. hahaha Disbbkn si Nana ni "tercair" jugak dengar suara abang tu.. so kira menjadik jgk laa.

Untuk birthday Azy pun last minit plan jgk. Siap buat group ws bagai. haha Sedangkan housemate je pun. Bukan apa, senang nak bincang sbb kalau kitaorg kumpul setempat buatnya tetiba Azy datang hahh! nak merapu ap nanti?! So, plan nya, kitaorg satu rumah(kecuali kak fifah) gerak pergi KLCC. Konon-konon nak lunch sekali and saje cuci mata kat taman KLCC nanti. So, keesokan harinya. Aku terkejut, time kitaorang semua bersiap tetiba nampak Azy keluarkan make-up bagai. Aku fikir ni mesti dah kantoi kan. Aduhhhh! Takpernah kalau keluar dia make-up tapi hari ni lain mcm skit.


Sampai je KLCC, boleh laa merasa masuk Sephora. haha 1st time okey so macam budak-budak 4 tahun jumpa mainan baru la. Try lipstik ni. Lipstik tu. Eyeshadow bagai tapi beli nya tak pun. haha Takmampu aihhh kita seketul lipstik RM50 hengget. Seminggu buat makan 50 hengget tu cukup. Lg berbaloi. XD


So, masa tu dah nak masuk tengah hari yang boleh solat pergi surau yang lain tunggu kat Pizza Hut. Setakat ni dah 50-50 Rasanya macm dh kantoi tp buat taktahu je. iRedha

Bila semua dah gather, kitaorang buat-buat borak biasa sementara tunggu pizza sampai. Jannah time ni, dia cakp nak jumpa kawan sedgkn pergi beli kek kt Secret Recipe. Nasibla sblh jer. hehehe Dlm 10 minit camtu, Jannah datg dari belkg nyanyi lagu "happy birthday to you ~" Tapi bukan kitaorg je nyanyi, customer, pekerja Pizza Hut masa tu pun nyanyi sekali. Sempat jgk tanya Azy, dia ckp taktahu pape pun pasal plan hari ni. Dia follow je kitaorg. haha Alhamdulillah, menjadik! XXD


Lepas makan, kitaorg gerak pergi taman KLCC katanya nak photoshoot. hahha Biasa lah student multimedia. Celah pokok pun kira jadi jgk! Balik rumah, ws pun dh jam sbb byk sgt gmbr. hihi
Till then.



Cable Wrapper

1 comment:
Assalamualaikum.
Guess what? Sembreak nak habis daaa ==' So, whatever sbb aku nak share kat korang sejenis hobi yang paling annoying. Sesiapa kat sini rasa dirinya seorang yang penyabar, take this challenge. Aku rasa ramai kot senasib kalau berkaitan dengan masalah cable terutamanya Apple user. Dah la cable tu nipis, senang terkoyak, apa guna ntah harga mahal. haha XD *jgnhentamsaya Kalau korang ada masalah wire cable cepat rosak kan, jom jumpa solution ni.


Cable wrapper -- Aku ingatkan ramai yang tahu dengan kewujudan makhluk panjang ni. Tapi ada je yang taktahu... macam aku dulu. hehhe Sem lepas, time kitaorg tengah borak-borak ad lah sahabat roommate aku ni duk focus lain macam skit smpai berbelit-belit tangan masa pasang wrapper ni. Nak pasang mmg take time sbb tu korang kena SABAR. Kalau takde aral melintang, in sha Allah sejam siap, pastikan takde gangguan okey.

Daripada korang tukar beli baru, better beli je cable wrapper ni harga RM10 sahaja (exclude postage) Murah, berbaloi, yang penting jimat duit korang. Kalau beli cable ori tapi still rosak jugak buat apa kan? Mana nak dapat? Kat instagram. Manfaatkan social network XD

@zeuspenang
@pastelcable

Cable wrapper ni banyak jenis tau. Ada yg jenis solid color, transparent and glow in the dark. Just pilih yang mana korang berkenan. Dua igshop kat atas ni, yang aku pernah order. Banyk lagi igshop lain, just search hashtag #cablewrapper . Both trusted and senang nak deal. So tunggu apa lagi, serbu semua!!!! Kebiasaanya untuk satu cable, 4 gelung cable wrapper dah cukup dan biasanya igshop dorang jual 1set (4wrapper) tapi depends jenis jugak. Untuk 2nd time purchase aku order kat zeuspenang sbb ada set yang sekali dgn clipper. Satu set RM10, bg aku murah sangat and clipper pun besar and so kawaii. Siap dapat free gift lagi tau XD Cara nak pasang, agak complicated sikit. So, bersabarlahhh untuk siapkan satu cable tu.


Nak senang, korang rujuk video tutorial yg ada kat igshop. More details and korang lagi faham kot. Kalau aku bagitahu kat sini pun belum tentu korang faham hehehe Mula-mula mmg berbelit sikit tapi lama-lama kalau korang dah biasa, takde hal pun. Dan setelah hampir 2 jam bertarung, ni lah hasilnya. Nmpk elegent gituhh


Yang bulat gebuss gendut tu namanya clipper. Mmg dah termasuk dengan set yang aku beli. Besar dan sangat sesuai terutamanya kalau cable tu panjang kan.. Ada jugak aku beli clipper tapi saiz lagi kecik, harga RM2.50 each. Design pun ada banyak dan mmg semua comel-comel. Kat mana nk dpt?

@tgadget

Nak jimat korang ajaklah sepupu--abah--mak--maktok--maklang--achik--housemate--officemate join sekali. Nnt postage boleh kongsi hiihihihi Kan dah jimat.


Nah korang boleh bezakan saiz yg aku beli kat zeuspenang dengan tgadget (bandingkn gmbr kiri dgn gmbr yg dua atas) Tapi depends panjang design clippers jugak sbb ad je clipper yang panjang tapi harga still RM2.50. Pepun, sgt affordable *thumbs up Kalau harga untuk 1 clipper kat zeuspenang, dorg jual RM4 each so better beli 1 set, RM10 sekali dah dgn wrapper. So, harap post ni membantu bg korg yg ad masalah cable cepat rosak, cable tercabut kepala ke(?)

Okey, lebih-lebih plak entry pasal wrapper je pun tapi sampai panjang macam ni hahaha XD
Till then.









Ada Apa Dengan Semester 3

No comments:
# Ada Apa Dengan Semester 1 (student life)

Assalamualaikum.
Ni elok dah baru lepas final, mehh kita throwback sikit ap yg dh berlaku spnjg 6 bulan lepas. Macam biasa, alhamdulillah dibekalkan kesihatan yang sihat cuma, masa seblum final ada jadi suspek denggi. Hampir satu rumah jugak kena!


1. Housemate 1 Kelas!

Yeahhh! Finally kitaorg semua(9org) dpt class yg sama. Tp, bukan semua subject laa. Bukan apa, senang nak gerak pergi kampus sekali. Pastu, nk buat assignment pun senang sbb team member satu rumah. Jimat duit, jimat masa, jimat tenaga. Senang. Bincang kat rumah je. 1st class ialah Vb.net (programming) . Berharap sangat mdm takbagi homework. Just chill chill je. 1st class kot. Kitaorg sempat lg kumpul reramai then, welfie. Alaah, common things yg korang buat kan bila 1st day classs.


2. Bermulah episode bekerja sebagai satu team

Sebenarnya, aku ni bukanny jenis yang takboleh bekerja dlm 1 kumpulan. Boleh, tapi ahli kumpulan tu kena lah bagi comitment jgk. Bukanny, jenis yg angguk kepala je tp bila tanya pendapat taktahu. Bila kerja dah jalan, then ad masalah mula nk salahkan leader. Bekerja satu group dgn org yang aku takkenal, paling aku annoyed. Semester ni mmg paling mencabar. Nak kata memilih, yes mmg kita kena jd jenis yg memilih sbb ni melibatkn kerja berkumpulan then  kalau lah dpt yg jenis ambik mudah je, fuhhh! sape tak geramkan? since sekolah lg, bila ntah mentaliti orang kite ni nk berubah. Nnt, bila dah kerja tahu laa apa 'azab' yg menanti.

Tapi, bila satu group dgn org yang kita rapat/kenal pun susah jgk. T^T Paling susah sebenarnya, terutama kalau perempuan. Bila dia takbuat kerja, kalau ditegurkan nnt merajuk then cakap yg kita ni jenis yg suka mengarah sedgkn niat baik, nak suruh dia berubah. Bila kita tgk hasil yg dia bagi takmemuaskn then nak suruh redo, nnt ckp kita ni jenis banyak kerenah, igt diri tu bagus sgt ke nak komplen pasal org. So, nak buat mcm mana kalau dpt team member jenis kepala batu pantang ditegur ni? Makin lama, makin susah assigment. Tapi, kalau team member jenis yg takmembantu, takboleh jugak kan? Baik buat sorang-sorang


3. Pikir masak-masak sebelum bertindak

Sambungan daripd no-2, still pasal team members. Masa sem-1 korang kena pastikan, perhatikan dan alert dgn kwan-kwn korg bila buat kerja ramai-ramai. Aim perangai sorang-sorang, tgk yg mana boleh diharap, yg mana jenis yg baik campak kt lauk jerr(takmembantu), jenis yg cmpak kat hutan boleh survive(sgt membantu) takpun jenis yg boleh bg comitment sepenuhny. Bukan apa, nnt time buat assignment silap haribulan korg yg menderita. Tp korang pun kenalaa bg comitment jgk. Sebab, mmg akan adanya situasi dimana:

Situasi 1: 3 orang ahli kumpulan tapi sorang je buat kerja.
Situasi 2: 10 orang ahli kumpulan tapi 3 orang je yg buat kerja, 2 orang jenis rasa takbersalah, 4 orang jenis taktahu nak buat apa, sorang jenis yang act like a leader(bukan dengan perbuatan) tapi dengan percakapan.
Situasi 3: 4 orang ahli kumpulan tapi hanya 2 orang je buat kerja, lagi sorang buat kerja tapi mesti kena redo dua tiga kali, dan sorang yg jenis "i dont care" tapi bila kena present, dia act like someone who knows everything sdgkn time org sibuk buat preparation, dia sibuk dgn urusan dia contohnya, layan perangai boyfriend yg jenis 24/7 mesti dilayan(otp, ws, skype)


4. Denggi Attack!

Rumah dah level 21, tapi nyamuk still ada. hehehe Tinggi betul nyamuk ni terbang XD So, aku satu rumah, 10 orang. 1st yg kena Azy(roommate) Mula-mula, igtkn demam biasa tp yang pelik symptom denggi ni masa malam je. Rumah kitaorg mmg banyak nyamuk. Maybe sbb rumah sewa kan, barang byk pastu taktahu dah macm mana nak buat. Spray guna ridset pun takmati-mati nyamuk ni. Gajah tak gajah, pun takmati jgk T^T So, a week sblum final. Aku plak yg kena. Esok tu terus balik Dungun. 1st kena ambik darah. Tambah stress sbb byk lg assignment taksiap, nak kena hantar dlm minggu tu jgk. Cerita lbih lanjut pasal denggi, in upcoming post :)


5. Berjinak-jinak dengan DSLR

Untuk assign subj Audio & Video ada kena guna camera DSLR. Utk 2nd assign, kena buat promotional video. Kebetulan, masa awal bulan Nov tahun lepas(2015), ad foodgasm fest. Kena submit akhir Nov, so sempatlah nak shoot then edit. Untuk final project, kitaorg shoot music video. Ecehh, boleh laa acah jadi producer bagai. In sha Allah suatu hari nanti. *Amin..


6. Masuk Exam Hall, lambat!!!

Okey, ni mmg jadi pengalaman paling ngeri spnjg belajar! Dah laa paper paling aku takut (programming) then masuk lambat dalm exam hall lg. Lepas ni, kena gerak awal kat kampus walaupun jarak rumah dekat! hahaha Takpe, pengalaman mematangkan kite, kan?
Naktahu lg lanjut, baca entry ni: Kes Lenggang Kangkung, Kan Dah Lambat! 

7. Dean List Award!

Pun takupdate lg pasal dean list award ni. Hishh bila ntah nak publish. Asyik simpan dlm draft je ^^ So, alhamdulillah target tercapai, walaupun taksangka. Ni untuk result sem2, overall worth it laaa.. Memang sbnrnya nak jugak dapat award macam ni, sbb time sekolah dulu kite takpadai bab-bab pergerakan neutron laaa .. nak hafal term fizik pun selalu "blackout" .. XD So, past is past. Dah further study kat U, kena buat yang paling terbaik. Sape cakap gagal SPM, gagal segalanya? *tetiba hahaha**


8. Short Vacay

Last minute plan selalu je jadik. hahaha Walaupun vacay ni sejkp je tpi sempoi giler sbb dapat jgk enjoy lepas final habis! Semua smooth je tapi ada jugak yg diplan takjadik. Vacay dgn kawan-kawan mmg berbeza kan vacay dgn family? Byk gambar nak tunjuk, macam-mcm aktiviti aku buat tapi akan diupdate dikemudian hari. Mmg backpackers habiss! XD

Ada lagi kot yg tertinggal tp yang aku dpt recall, ni jelah. Alhamdulillah, serius talk semester ni paling-paling palingggg sikit dapat tidur, paling banyak stay-up, semua paling paling laaah! Awal Feb ni dah bukak sem 4. So, another journey, cant wait! XD Bunyi macam heksited kan, tp result sem3 tak keluar lg. Fuhh! Cuakkkk



Lambat Datang Kampus Time Final

6 comments:
Assalamualaikum
Finally, berakhir dah satu semester yang paling mencabar! Tidur takyah cerita lah kan, time sekolah dulu pun mana pernah cukup. haha Makan, minum, mandi pun semua takkena. Sbb fikirkan assignment. Kalau macam ni lah yang orang bercinta rasa, huh takpelah better I single jek. Study week haritu aku takbalik rumah, stay rumah sewa je tu pun sbb baru je balik. Bukan saje-saje balik tapi disebabkn denggi. Nnt kite cerita pasal denggi plak okey.


Nak jadi cerita lah kan, takpernah pun sebelum ni aku terlambat masuk dewan exam tapi untuk paper programming haritu taktahu lah maybe eksited sgt sbb last paper kan.. smpai taksabar nak cuti. haha Niat dlm hati mmg nak gerak dari rumah pukul 1:40ptg macam tu sbb nak solat zohor kat rumah je. Tp zohor skrg masuk dekat 1:30 jgk so take time skit kat situ nak bersiap bagai tambah plak bila perempuan bersiap faham faham jelah. Tup tap tup tap dh pukul 1:45ptg. Ya Rabbi! Exam pukul 2 dik oiii. Masa tu baru gelabah semua. Disbbkan kitaorg satu rumah mmg course yg sama so, mmg haritu pergi skli jelah.

Dh siap semua, lif plak banyak berhenti maklumlah rumah tingkat 21. Dh sampai lobby, nk tahan la teksi kan takkan nak jalan kaki kot dengan baju kurung bagai ni. Masa ni jugaklah baru teringat yg haritu hari Ahad. Teksi mmg skit lah. Time org cuti kan. Hadoiii! Pe benda takkelaar lah. Dh pukul 1:55ptg satu teksi pun taklalu lg. Dlm 2 minit lepas tu kot, baru dpt teksi. Masa dlm teksi tu, taktahu nk cakap feeling dia mcm mana. Mcm feeling tunggu dinikah kan pun ada. Nervous dia lain mcm skit. Nk menghadap traffic light yg hijau 2-3 saat lg. Sabar sabar.. Sbnrny kampus aku dengan rumah sewa dlm 10-15 minit jalan kaki je tapi dah time tengah hari macam tu, sape je sanggup jalan kaki kan? Takde kan.. XD

1st time bila lalu kt lobby kampus, kosong! 0-0 takde student pun lepak kat situ. Yelah, dh pukul 2 kot. Sape je nak lepak time tu kan? ==' So, dengan kain yang takberapa nak lega ni, terpaksa besarkan sikit langkah. Then, finally, dh smpai tingkat 18 .. sunyi je. Masing-masing dh sibuk jawab paper nakk. Malu mmg malu tapi ada aku kesah?Ak nak jawab paper jgk.. heheh So, masuk tu, terus cari mana meja. Alhamdulillah bunyi mcm jauh je perjalanan nk sampai kampus haritu. Okey, done untuk semester 3 ni. 3paper je masuk final. Lg 4, based on coursework semua. Sekarang, berserah kepada Allah jelah dgn result untuk sem ni. iRedha