Nak Berjaya, Tapi Taknak Usaha

Assalamualaikum.
Tajuk tu macam kata kat diri sendiri jer XD haha Sepanjang 3 semester aku belajar kat unikl. Macam-macam jenis orang dh aku jumpa. Yang jenis takyah belajar tp result final gempak macam meniru nota lecturer, yang jenis study 3 hari 3 malam mengadap past year question tp result final mcm orang jwb cincai mambai.. Jenis yang cakap banyak time study week, jenis watlek watpeace tp time nak masuk bilik exam, sibokk tanya kawan "weyhh, yang tu formula dia mcm mana? Nnt kalau soalan tanya mcm ni, habistu nak jwb mcm mana?"


Tapi, macam mana kalau kita dah berusaha tapi, hasilny bukan yang macam kita harapkan?
Jawapanny:

Allah knows best.
" Don't yearn for what was never yours. If Allah(swt) didn't give it to you, it probably
wasn't good for you."

Kalau cerita pasal belajar ni, since UPSR. Aku budak main-main. Takpernah ambik serius dalam pelajaran. Alaaah umur baru 12 tahun mana fikir pasal kehidupan lagi dik. Sibuk fikir strategi nak kalahkan adik time lawan guli adalah --' So, bila dapat result, macam hampehh la kan. Menangis peluk ibu sbb keciwaa best friend dapat 5A. Tp, kalau difikirkn balik, setanding dengan usaha yang aku curahkn masa preparation sblum exam.

PMR. Dah result UPSR pun taraf pasar malam je kan. So, takmampu masuk 'mall besar'. Maka sambunglah pengajian di sekolah harian biasa. Form 1 sampai trial PMR, aku takpernah fikir nak berubah. Perangai yg sama. Last minit study.. Nak dpt A, tapi latihan takbuat. Study taknak. Taktahu macam mana, Allah 'jentik' hati aku. Aku baru sedar yang umur dah 15 tahun. Tgk kakak aku dpat masuk SBP, aku pun nak masuk jugak. Tgk sekolah kakak aku, aku pun nak jugak. Tgk kakak aku berjaya, aku pun nakrasa jugak macam tu.

Alhamdulillah, result PMR dapat 8A. Trial 1A je awak. A tu pun KH(kemahiran hidup). Takpernah sebelum ni cikgu yg mengajar KH tu ambik perhatian kat aku tapi tetiba bila aku dapat A, kalau dalam kelas, sekali taksebut nama aku maka mmg tak sah! Kesimpulan kat situ, aku baru faham bila kita berjaya baru orang pandang. So, since then aku berubah. Takdelah barubah sgt pun cuma lebih berusaha dan kemudian tawakal.


Dapat result PMR, aku sendiri pun takpercaya apatah lagi parents aku. Dorang target paling tinggi 4A je. Aku target 6A. Maka, masuklaa aku ke SBP. Tapi sayang, science stream bukan bidang aku. Sampai nangis-nangis kat public phone asrama call ibu cakap nak pindah. XD hahaha Sbb mmg takboleh nak accept cara student SBP belajar. Result SPM keluar, aku dapat 3A je. Nangis 5 minit je. Lepastu, dah redha sbb aku tahu sbelum exam apa aku buat. Mmg setimpal dengan usaha. Dah habis cerita SPM, masuk U. Jyeahhhh! dah boleh cari calon suami XD

Langkah pertama masuk U, confirm laa takut. Sbb taksub sangat baca cerita pasal suasana belajr di universiti. Sedangkan, takde pape pun. SEM1, result aku turun skit. Tapi, alhamdulillah SEM2 dpat dean list. Aku sendiri pun taksangka result aku sebagus tu. Bukan nak riak tp, 100% aku dah tawakal lepas habis paper. Biasalah kan, cikgu cakap lepas exam jangan bincang soalan. Lupakan. Move on untuk next paper. Sorry tp tu bukan aku.

Habis exam, kitaorg borak-borak pasal soalan exam. Masing-masing dengan confident bagitahu jawapan dorg. Aku je macam "hurm.. i redho i redho"

Senang jer, kalau korang rasa dah cukup usaha. Mcm-mcm preparation korang buat. Solat hajat setiap malam, baca Yaasin sebelum gerak dewan.. That's it. Lepas dah berusaha. Kita tawakkal. Serius, bagi aku "tawakkal" adalah satu magic bg mereka yang dah serah 100% kepada Allah setelah berusaha. Maybe kita rasa down sbb takdapat jawab exam paper, tapi dlm waktu kita tawakkal kita still boleh berdoa semoga dipermudahkn untuk lecturer tanda kertas kita nnt.
Hasilnya,


"Pray, struggle, and tawakkal. Then Allah give the best."
Tapi yang korang kena ingat sampai bila-bila; niat & your beloved parents. Nak belajr, niat kena betul. Nak berjaya, mak ayah kena utamakan. Baru hidup berkat, dunia akhirat.
Till then.


3 comments:

  1. rasa macam nak jumpa je akak. saya pun study kat unikl MIIT jugak.

    ReplyDelete
  2. @shu.jr awk study unikl jgk? course apa? hahaha Nk jumpa? Segan plak kita XD

    ReplyDelete
  3. Menakutkan juga tu kalau terlambat masuk dewan exam. NAsib baik ok2 ja.. all the best ya..

    ReplyDelete