Food Review : DipNDip Cafe Bangsar

Assalamualaikum.
Akhirnya nak buat review pasal DipNDip laa. Rasanya dah 4 kali kot dalam tahun lepas sahaja (2014) dan dalam masa 6 bulan (Jun-Dec), aku dah jejakkan kaki kat sana. Memang kalau sekali dah pergi, korang akan rasa nak nak pergi berulang kali ! Aroma dalam cafe ni memang perhh *thumbs up! Nak tahu bau apa ? Tu korang kena pergi sendirilah. Memang torbaikk terutama bagi hantu chocolate. hihi




Address : 5, Jalan Telawi 3, Bangsar Baru, 59100 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan 
Kuala Lumpur, Malaysia
Phone: 603-22015052 
Opening Hours: Sat-Thu 11:00am - 1:00am, 
Fri 2:30pm - 12:00am


Berdekatan dengan Bangsar Village (tapi bukan dalam Bangsar Village) Berada di area Telawi Square. Nak senang, cari je Mc Donalds dan bertentangan dengan Alliance Bank, bersebelahan dengan CzipLee Books & Stationery Bangsar dan Nosh Cafe. Guna je Waze, insyaAllah jumpa.

Nak datang sini, korang kena plan awal-awal. Dan datang awal untuk mengelakkan daripada korang kena beratur. Bergantung kepada nasib korang laa. Kalau kitaorang haritu, sampai dalam pukul 3 petang, terpaksa beratur kat luar dalam (10-15 minit) untuk tunggu giliran sebab memang packed giler keadaan dalam cafe ni. Nasib korang lah, kalau ada 1 kekosongan untuk 2 orang sahaja tapi korang berempat, korang kena tunggulah sampai ada kekosongan untuk 4 orang. Sabar ehh hihi 


Kalau datang awal, boleh pilih tempat mana yang korang nak. So, pastikan plan dulu pukul berapa nak gerak. Masuk je dalam, terus korang boleh bau aroma chocolate. Memang 'heaven' laa bagi pencinta chocolate. Bila dah dapat tempat, nanti akan ada waiter/waitress bagi korang menu. Sebelum buka tu, istigfar dulu, jangan sampai nafsu control korang kalau tak jadilah macam kitaorang :


Satu meja takcukup. Full sampai-sampai dah terkeluar sikit pinggan yang kat tepi tu. Patutlah orang pandang kitaorang macam apa jer.. ==' First time datang, biasalah. Eksited kemain. Ya Rabbi, membaziqq betul sebab kitaorang terpaksa take away dua menu sebab masing-masing dah takboleh nak telan daa. ish ish ishh! Membazir itu amalan syaitan.

So, nak pergi makan sini pastikan perut kosong dan jangan order banyak-banyak. Nanti menyesal. Tengok je dalam gambar (menu) macam kecik je konon takcukup lah order satu, tapi sebenarnya makan satu dah kenyang. Tapi lain orang, lain kapasiti perut dia kan ==' hihi So, berpada-padalah bila nak meng-order tu ye. Last sekali pastikan duit tu cukup, kan nanti cuak takcukup duit pastu kena pergi ATM. Jangan macam tu. Kan malu tak pasai-pasai XD

Untuk harga, bagi aku takdela pricey sangat. Kalau bawak RM20 dah cukup nak pelahap satu menu. Servis okey laa setakat yang aku pergi ni cuma kalau lah premis ni diperbesarkan skit tak pun carilah mana-mana lot yang boleh menanpung customer yg datang. Kesian, nk makan kena beratur tengah panas. Over all, puas hati XD
Till then.













No comments:

Post a Comment