Azy's Birthday | 210915

Assalamualaikum,
warga alam maya sekalian? Ya Allah lamanya takberupdate blog ni. Cerita banyak sangat nak share tapi masa yang takmengizikan :( Sebenarnya ni sesi throwback cerita yang lama dah terkubur dalam draft. Ni nak refresh balik.


Jyeahhh finally Azy turns 19! Sape Azy ni? Well, Azy(shawl merah) ni roommate since masuk hostel sampailah sekarang dah stay rumah sewa. Dulu, waktu duduk hostel satu bilik 4 orang. And aku sorang je yang birthday bulan 3. Dorang semua September line. Hmmph tak aci kan! Tapi nasib perangai level sama je. Tahap budak lepasan SPM lagi. teheee Lagi 2 orang ialah, Asilah and Nana.

Asilah | 0309 (tiad dlm gmbr yg atas)
Nana | 1609 (anak malaysia katany, shawl biru,hujung kiri)
Azy | 2109

Sembreak 3 bulan sampai awal Sept so, taksempat nak sambut birthday Asilah T^T (Nasib birthday kau Nana.., kitaorg sempat celebrate!) haha Masa birthday Nana, nothing special pun sbb last minute plan. Kitaorg satu rumah keluar dinner kat The Ship Kg.Baru then, aku ada laa suruh abg busker ni nyanyikan lagu happy birthday kat Nana. Tu je. Tapi takjadi surprise sbb last minute plan kan. hahaha Disbbkn si Nana ni "tercair" jugak dengar suara abang tu.. so kira menjadik jgk laa.

Untuk birthday Azy pun last minit plan jgk. Siap buat group ws bagai. haha Sedangkan housemate je pun. Bukan apa, senang nak bincang sbb kalau kitaorg kumpul setempat buatnya tetiba Azy datang hahh! nak merapu ap nanti?! So, plan nya, kitaorg satu rumah(kecuali kak fifah) gerak pergi KLCC. Konon-konon nak lunch sekali and saje cuci mata kat taman KLCC nanti. So, keesokan harinya. Aku terkejut, time kitaorang semua bersiap tetiba nampak Azy keluarkan make-up bagai. Aku fikir ni mesti dah kantoi kan. Aduhhhh! Takpernah kalau keluar dia make-up tapi hari ni lain mcm skit.


Sampai je KLCC, boleh laa merasa masuk Sephora. haha 1st time okey so macam budak-budak 4 tahun jumpa mainan baru la. Try lipstik ni. Lipstik tu. Eyeshadow bagai tapi beli nya tak pun. haha Takmampu aihhh kita seketul lipstik RM50 hengget. Seminggu buat makan 50 hengget tu cukup. Lg berbaloi. XD


So, masa tu dah nak masuk tengah hari yang boleh solat pergi surau yang lain tunggu kat Pizza Hut. Setakat ni dah 50-50 Rasanya macm dh kantoi tp buat taktahu je. iRedha

Bila semua dah gather, kitaorang buat-buat borak biasa sementara tunggu pizza sampai. Jannah time ni, dia cakp nak jumpa kawan sedgkn pergi beli kek kt Secret Recipe. Nasibla sblh jer. hehehe Dlm 10 minit camtu, Jannah datg dari belkg nyanyi lagu "happy birthday to you ~" Tapi bukan kitaorg je nyanyi, customer, pekerja Pizza Hut masa tu pun nyanyi sekali. Sempat jgk tanya Azy, dia ckp taktahu pape pun pasal plan hari ni. Dia follow je kitaorg. haha Alhamdulillah, menjadik! XXD


Lepas makan, kitaorg gerak pergi taman KLCC katanya nak photoshoot. hahha Biasa lah student multimedia. Celah pokok pun kira jadi jgk! Balik rumah, ws pun dh jam sbb byk sgt gmbr. hihi
Till then.



No comments:

Post a Comment