Nak Berjaya, Tapi Taknak Usaha

3 comments:
Assalamualaikum.
Tajuk tu macam kata kat diri sendiri jer XD haha Sepanjang 3 semester aku belajar kat unikl. Macam-macam jenis orang dh aku jumpa. Yang jenis takyah belajar tp result final gempak macam meniru nota lecturer, yang jenis study 3 hari 3 malam mengadap past year question tp result final mcm orang jwb cincai mambai.. Jenis yang cakap banyak time study week, jenis watlek watpeace tp time nak masuk bilik exam, sibokk tanya kawan "weyhh, yang tu formula dia mcm mana? Nnt kalau soalan tanya mcm ni, habistu nak jwb mcm mana?"


Tapi, macam mana kalau kita dah berusaha tapi, hasilny bukan yang macam kita harapkan?
Jawapanny:

Allah knows best.
" Don't yearn for what was never yours. If Allah(swt) didn't give it to you, it probably
wasn't good for you."

Kalau cerita pasal belajar ni, since UPSR. Aku budak main-main. Takpernah ambik serius dalam pelajaran. Alaaah umur baru 12 tahun mana fikir pasal kehidupan lagi dik. Sibuk fikir strategi nak kalahkan adik time lawan guli adalah --' So, bila dapat result, macam hampehh la kan. Menangis peluk ibu sbb keciwaa best friend dapat 5A. Tp, kalau difikirkn balik, setanding dengan usaha yang aku curahkn masa preparation sblum exam.

PMR. Dah result UPSR pun taraf pasar malam je kan. So, takmampu masuk 'mall besar'. Maka sambunglah pengajian di sekolah harian biasa. Form 1 sampai trial PMR, aku takpernah fikir nak berubah. Perangai yg sama. Last minit study.. Nak dpt A, tapi latihan takbuat. Study taknak. Taktahu macam mana, Allah 'jentik' hati aku. Aku baru sedar yang umur dah 15 tahun. Tgk kakak aku dpat masuk SBP, aku pun nak masuk jugak. Tgk sekolah kakak aku, aku pun nak jugak. Tgk kakak aku berjaya, aku pun nakrasa jugak macam tu.

Alhamdulillah, result PMR dapat 8A. Trial 1A je awak. A tu pun KH(kemahiran hidup). Takpernah sebelum ni cikgu yg mengajar KH tu ambik perhatian kat aku tapi tetiba bila aku dapat A, kalau dalam kelas, sekali taksebut nama aku maka mmg tak sah! Kesimpulan kat situ, aku baru faham bila kita berjaya baru orang pandang. So, since then aku berubah. Takdelah barubah sgt pun cuma lebih berusaha dan kemudian tawakal.


Dapat result PMR, aku sendiri pun takpercaya apatah lagi parents aku. Dorang target paling tinggi 4A je. Aku target 6A. Maka, masuklaa aku ke SBP. Tapi sayang, science stream bukan bidang aku. Sampai nangis-nangis kat public phone asrama call ibu cakap nak pindah. XD hahaha Sbb mmg takboleh nak accept cara student SBP belajar. Result SPM keluar, aku dapat 3A je. Nangis 5 minit je. Lepastu, dah redha sbb aku tahu sbelum exam apa aku buat. Mmg setimpal dengan usaha. Dah habis cerita SPM, masuk U. Jyeahhhh! dah boleh cari calon suami XD

Langkah pertama masuk U, confirm laa takut. Sbb taksub sangat baca cerita pasal suasana belajr di universiti. Sedangkan, takde pape pun. SEM1, result aku turun skit. Tapi, alhamdulillah SEM2 dpat dean list. Aku sendiri pun taksangka result aku sebagus tu. Bukan nak riak tp, 100% aku dah tawakal lepas habis paper. Biasalah kan, cikgu cakap lepas exam jangan bincang soalan. Lupakan. Move on untuk next paper. Sorry tp tu bukan aku.

Habis exam, kitaorg borak-borak pasal soalan exam. Masing-masing dengan confident bagitahu jawapan dorg. Aku je macam "hurm.. i redho i redho"

Senang jer, kalau korang rasa dah cukup usaha. Mcm-mcm preparation korang buat. Solat hajat setiap malam, baca Yaasin sebelum gerak dewan.. That's it. Lepas dah berusaha. Kita tawakkal. Serius, bagi aku "tawakkal" adalah satu magic bg mereka yang dah serah 100% kepada Allah setelah berusaha. Maybe kita rasa down sbb takdapat jawab exam paper, tapi dlm waktu kita tawakkal kita still boleh berdoa semoga dipermudahkn untuk lecturer tanda kertas kita nnt.
Hasilnya,


"Pray, struggle, and tawakkal. Then Allah give the best."
Tapi yang korang kena ingat sampai bila-bila; niat & your beloved parents. Nak belajr, niat kena betul. Nak berjaya, mak ayah kena utamakan. Baru hidup berkat, dunia akhirat.
Till then.


Food Review : DipNDip Cafe Bangsar

No comments:
Assalamualaikum.
Akhirnya nak buat review pasal DipNDip laa. Rasanya dah 4 kali kot dalam tahun lepas sahaja (2014) dan dalam masa 6 bulan (Jun-Dec), aku dah jejakkan kaki kat sana. Memang kalau sekali dah pergi, korang akan rasa nak nak pergi berulang kali ! Aroma dalam cafe ni memang perhh *thumbs up! Nak tahu bau apa ? Tu korang kena pergi sendirilah. Memang torbaikk terutama bagi hantu chocolate. hihi




Address : 5, Jalan Telawi 3, Bangsar Baru, 59100 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan 
Kuala Lumpur, Malaysia
Phone: 603-22015052 
Opening Hours: Sat-Thu 11:00am - 1:00am, 
Fri 2:30pm - 12:00am


Berdekatan dengan Bangsar Village (tapi bukan dalam Bangsar Village) Berada di area Telawi Square. Nak senang, cari je Mc Donalds dan bertentangan dengan Alliance Bank, bersebelahan dengan CzipLee Books & Stationery Bangsar dan Nosh Cafe. Guna je Waze, insyaAllah jumpa.

Nak datang sini, korang kena plan awal-awal. Dan datang awal untuk mengelakkan daripada korang kena beratur. Bergantung kepada nasib korang laa. Kalau kitaorang haritu, sampai dalam pukul 3 petang, terpaksa beratur kat luar dalam (10-15 minit) untuk tunggu giliran sebab memang packed giler keadaan dalam cafe ni. Nasib korang lah, kalau ada 1 kekosongan untuk 2 orang sahaja tapi korang berempat, korang kena tunggulah sampai ada kekosongan untuk 4 orang. Sabar ehh hihi 


Kalau datang awal, boleh pilih tempat mana yang korang nak. So, pastikan plan dulu pukul berapa nak gerak. Masuk je dalam, terus korang boleh bau aroma chocolate. Memang 'heaven' laa bagi pencinta chocolate. Bila dah dapat tempat, nanti akan ada waiter/waitress bagi korang menu. Sebelum buka tu, istigfar dulu, jangan sampai nafsu control korang kalau tak jadilah macam kitaorang :


Satu meja takcukup. Full sampai-sampai dah terkeluar sikit pinggan yang kat tepi tu. Patutlah orang pandang kitaorang macam apa jer.. ==' First time datang, biasalah. Eksited kemain. Ya Rabbi, membaziqq betul sebab kitaorang terpaksa take away dua menu sebab masing-masing dah takboleh nak telan daa. ish ish ishh! Membazir itu amalan syaitan.

So, nak pergi makan sini pastikan perut kosong dan jangan order banyak-banyak. Nanti menyesal. Tengok je dalam gambar (menu) macam kecik je konon takcukup lah order satu, tapi sebenarnya makan satu dah kenyang. Tapi lain orang, lain kapasiti perut dia kan ==' hihi So, berpada-padalah bila nak meng-order tu ye. Last sekali pastikan duit tu cukup, kan nanti cuak takcukup duit pastu kena pergi ATM. Jangan macam tu. Kan malu tak pasai-pasai XD

Untuk harga, bagi aku takdela pricey sangat. Kalau bawak RM20 dah cukup nak pelahap satu menu. Servis okey laa setakat yang aku pergi ni cuma kalau lah premis ni diperbesarkan skit tak pun carilah mana-mana lot yang boleh menanpung customer yg datang. Kesian, nk makan kena beratur tengah panas. Over all, puas hati XD
Till then.













DIM Student : Assignment Poster

3 comments:
Assalamualaikum.
Sekarang aku dah nak penghujung sem3, 28/12 ni dah final.
Untuk assignment yang melibatkan editing gambar ni, setakat ni ada 2 je. Satu masa sem1 dan satu lagi masa sem2. Sem3 ni takde T^T. Tapi berbeza untuk sem1 dengan sem2, sebab sem1 adalah individu punya kerja, tapi sem2 is group punya kerja.

Kalau korang teringatlah kan(aku sendiri pun lupa) , ada satu entry yang aku ceritakan pasal assignment poster. Hahh yang ni: assignment: model 'company' sendiri

Tu cerita masa sem1. Alaahhh budak baru belajar kan. Dah laa masa ni last minute punya kerja. Mohon jangan ikot perangai takelok ni yer. hahaha So, disebabkan ni kerja individu kan so aku pun hentam jelahh edit sorang-sorang. Yang masalah utama, kena ada diri sendiri dalam poster tu. Hadoi, aku ni bukannya photogenic bagai, so nak cari gambar yang sesuai untuk jadikan poster macam complicated sikit lah. Gambar selfie berlambak laah XD Tapi, kalau untuk poster, gambar yang close-up jenis macam selfie tu kan, takberapa sesuai sebenarnya. Poster kan mesti nampak professional gituhhh.

                     << poster assignment 1 >>                                << poster assignment 2 >>

tadaaaa ~ hasil titik peluh, bersengkang mata tidur lambat semata-mata nak siapkan assignment ni. Watlek Ni baru assignment bahagian edit gambar. Takmasuk lagi kalau yang kena animated bagai, edit video untuk jadikan iklan, music video. Fuhh! Yang tu lagi banyak kerja. So, alhamdulillah markah pun puas hati sangat-sangat.

assignment 1: 23/25
assignment 2 : 8/10

Untuk software, 90% edit guna adobe photoshop CS6, lagi 10% guna photoscape.

Sebenarnya untuk assigment 1, adalah untuk poster. yang assign 2 tu, untuk photomontage. Kalau nak cerita sinopsis poster yang belah kanan tu kan, hahaha Kitoarg ni ala-ala Madu Tiga la. Sebab tu title: The Three Honey. Yang duduk bawah tu isteri pertama. Sbb kan dia dh redha dengan takdir, so dia senyum je. Takkisah dah dimadukan. Yang blkg(baju hitam) tu, isteri no.2. Dia jeles sbb baru lepas kawin ehh eh dpat madu plak. Habis title isteri muda dirampas isteri ketiga Abg Jamil tercinta. Yg si isteri muda tu jeles dengan isteri pertama sbb apa-apa mmg didahulukn oleh si Jamil tu.

Okey nothing much to share. Ni lah contoh-contoh assignment student multimedia.
Takdelah stress sangat tapi yang jadi stressnya bila last minit punya kerja XD hahaha Nanti nak share kat korang assigment video plak.
Till then.






Best Sangat Ke Dilwale?

5 comments:
Assalamualaikum fellas.
Lama blog takberupdate kan, haha Okey sekarang dah study week so ada la masa sikit nak update. Lepas final, in sha allah blog ni akan beroperasi seperti biasa :)


Cerita semalam | 221215, Selasa
Study week kali ni aku dengan Jannah je yang stay rumah sewa yang lain semua balik rumah. Niat nak balik tu mmg hado tapi kalau balik sekejap je pastu, aku study ke nanti? heehe So, Jannah ajak temankan pergi KL Sentral nak jumpa kawan gamer dia. Pastu, ajak tengok Dilwale sekali. Aihh, aku kalau bab tengok wayang ni memang takboleh lepas laa tambah plak baru lepas habis hantar assignment... pastu jadual tidur takmenentu T^T So, kitaorg gerak pukul 11.30 sampai KL Sentral pukul 11:45 pagi. Nasib teksi senang nak dapat. Sampai sana lunch kat KFC dulu. Pastu gerak pergi NU Sentral sementara nak tunggu pukul 3 petang nnt.

Lepas cuci mata sebab sale banyak giler nak mateyy. Nasib nafsu dapat dikawal. haha Pastu pergi surau semua settle mana yang wajib then beli popcorn untuk buat 'bahan' nak kunyah dalam cinema nanti. Finally, Dilwale dimainkan.


Tiket : RM15 hengget termasuk tax bagai. Yang belikan ni kawan Jannah, Wi. Dia lupa nak guna kad student tsk tsk. Nasib berbaloi. hehehe Cinema mmg full house tapi kebanyakan dorang, Indian and ada jugak lelaki lelaki yang layan hindustan XD hehe

Kalau korang tanya, best ke tak Dilwale ni? Jawapan aku, best sangat sangat hokey! Ni 1st time tengok wayang cerita hindustan. Haritu tengok trailer macam takbest sgt tapi serius aku bgtahu korang memang best teramat. Kajol Ya rabbi lawa flawless memang tengok takpuas! SRK pun dah pangkat abang pakcik sado! Badan ketul ketul kalah Kevin Zahri. teheeeee <3 Lagu pun best. Balik terus aku download OST.