Boat Noodle Lagi

Assalamualaikum semua.
Semua sihat? Maklumlah, jerebu kat KL terukkk sangat awaaa. Semalam, IPU kat KL dah exceeds 200 tau. Kalau korang taktahu laa kan. Mmg teruk sangat-sangat. Sebelum ni, takdelah pulak dalam bangunan kampus bau asap tapi semalam, bangunan yang beraircond, bertutup rapat semua tingkap boleh terhidu jugak bau asap. Hari-hari doa, bila laah dapat cuti free tapi bila dapat tahu kena ganti balik, terus pasrah enam harakat =='


Cerita hari Jumaat haritu. Niat nak ke Boat Noodle dah berbunga-bunga since bukak sem ni lagi. Tapi, bila dah pertengahan bulan semua macam emmmm "duit takde.." emmmm "tunggu mara masuk" so 1 haribulan 10, satu rumah riuh sbb mara dah masuk so apa lgi, plan nak ke TS terus hari Jumaat haritu. hehehe Disebbkn class kitaorg hanya satu class je; 9:30 -- 11:30 so kitaorg decide makan tengah hari kat Boat Noodle laa. Lagipun, hari Jumaat takdelah sesak sangat macam  hari minggu. Kalau tak, berjalan kat TS macam suasana kat pasar malam. Berlangar bahu bagai.. berebut toilet >.< Usha budak baru nak up berjalan pipin tangan sweet sweet dengan pakwe sampai boleh muntah warna warni di aidilfitri! wekkks.

Sampai sana dah pukul 12:30, dapat seat pukul 1:40 p.m. Bayangkan berapa lama sanggup kitaorang berdiri beratur nak tunggu turn. Untuk korang yang 1st time pergi sana, make sure korang kasi nama korang sekali dengan berapa orang (pax) kepada pekerja sana. Nnt, bila ad seat kosong untuk lima orang contohnya, siapa yang bg nama dulu akan dapat seat tu, berbanding siapa yang beratur dulu. Faham?



Dalam 10 minit lepas dapat seat tu, makanan pun sampai. Tapi, masa kitaorang pergi semua jenis beverages, dorang takserve. Kecuali 2-3 yang lain termasuk mineral water. Maybe sbb dorg nak promote dorang punya menu terbaru kot. Apantah nama menu tu.



Another tips kalau makan kat Boat Noodle, sekali kan mee dalam 1-2 mangkuk sahaja. Kalau siapa yang pernah makan kat sana, mesti korang tahu kan size meja besar mana. Sorang makan mesti 3 mangkuk paling kurang. So, makan ruang sikit laaa. Korang pun susun atur lah semua mangkuk tu semua atas meja yang size meja kayu sekolah rendah tu. Macam gambar atas ni, aku sekali kan satu bowl bersamaan dgn 2 bowl setengah mee dalam satu mangkuk, sebb aku order 5 bowl. So, jimat ruang sbb kitaorg makan 6 orang total. Bayangkan laah berapa banyak bowl yang tersusun kalau tak guna method kat atas ni. 


Tapi beware eh. Sbb dalam 3 suap, terasa lah pedas kuah mee ni. Serius baq hang! Kawan aku yang makan pedas pun cakap, memang terasa pedas kalau sekalikan mee tu. Tapi, better lah kan, daripada susun bowl tu penuh satu meja. hihihihi


Hasil melantak seramai 6 orang, 30 total bowl berjaya kami susun. Dah jadi menara kembar tiga. Alhamdulillah kenyang. Tapi balik malam tu memang craving nak makanan lain plak! hahaha And total termasuk tax, service ialah RM 86.25. Lepas dah isi perut, apa lagi. misi nak kempiskan dompet lahh. hihi Mara baru masuk kan? Sape yang teringin nak singgah kat Boat Noodle ni, naik lift, eskalator ikut inisiatif korang lah.. pergi level 2. Boat Noodle ni terletak nun jauh di dalam bahagian ada kawasan lapang luas. Nak cakap pun susah. Nak senang, naik lift yang transparent tu, turun level 2. Keluar je lift tu, straight pergi kawasan lapang yang aku cakap ni. Nak senang lagi, tanya je pak guard.. tak pun mana-mana kedai yang berhampiran. heheh Sekian.





6 comments:

  1. macam best je, nanti p try lah, hihi

    ReplyDelete
  2. Sedapnyaaa, rmai gak kwn2 yg dah pegi. Nk try la nnt :D

    ReplyDelete
  3. Dari dulu nak try tapi pergi tak jugak. Hehehe

    ReplyDelete
  4. wah sedapnya. tp sygnya kat sarawak takde boat noodle T^T

    ReplyDelete
  5. Hi, saja blogwalking and follow you back sebab awk pernah join GA sy before ni. Thanks ya!

    Btw, feel free to read my new entry http://minjee08.blogspot.my/2015/11/gaji-dah-masuk-jom-shopping-dorothy.html

    ReplyDelete
  6. wahhh banyaknya mangkuk.. dh lama teringin nk makan tp takut xhabis. hehee

    ReplyDelete