Boat Noodle Lagi

6 comments:
Assalamualaikum semua.
Semua sihat? Maklumlah, jerebu kat KL terukkk sangat awaaa. Semalam, IPU kat KL dah exceeds 200 tau. Kalau korang taktahu laa kan. Mmg teruk sangat-sangat. Sebelum ni, takdelah pulak dalam bangunan kampus bau asap tapi semalam, bangunan yang beraircond, bertutup rapat semua tingkap boleh terhidu jugak bau asap. Hari-hari doa, bila laah dapat cuti free tapi bila dapat tahu kena ganti balik, terus pasrah enam harakat =='


Cerita hari Jumaat haritu. Niat nak ke Boat Noodle dah berbunga-bunga since bukak sem ni lagi. Tapi, bila dah pertengahan bulan semua macam emmmm "duit takde.." emmmm "tunggu mara masuk" so 1 haribulan 10, satu rumah riuh sbb mara dah masuk so apa lgi, plan nak ke TS terus hari Jumaat haritu. hehehe Disebbkn class kitaorg hanya satu class je; 9:30 -- 11:30 so kitaorg decide makan tengah hari kat Boat Noodle laa. Lagipun, hari Jumaat takdelah sesak sangat macam  hari minggu. Kalau tak, berjalan kat TS macam suasana kat pasar malam. Berlangar bahu bagai.. berebut toilet >.< Usha budak baru nak up berjalan pipin tangan sweet sweet dengan pakwe sampai boleh muntah warna warni di aidilfitri! wekkks.

Sampai sana dah pukul 12:30, dapat seat pukul 1:40 p.m. Bayangkan berapa lama sanggup kitaorang berdiri beratur nak tunggu turn. Untuk korang yang 1st time pergi sana, make sure korang kasi nama korang sekali dengan berapa orang (pax) kepada pekerja sana. Nnt, bila ad seat kosong untuk lima orang contohnya, siapa yang bg nama dulu akan dapat seat tu, berbanding siapa yang beratur dulu. Faham?