Kuala Jerebu VS Kuala Lumpur

Assalamualaikum.
Alhamdulillah dah habis week 1 untuk semester 3. Jadual pack yang memang takleh bawa bincang. Lecturer semua okey setakat ni. 1st week kan, mestilah takbelajar lagi. In sha Allah strive for 3.5 GCPA untuk semester ni. Tapi, apa yang dah buat aku nak balik tranung ialah, keadaan jerebu kt KL ni Ya Rabbi memang teruk sangat sahabat sekalian. Rasa macam kat obersi pun ada hahaha T^T


Kalau dulu keluar je kampus mesti nampak Menara KL, tapi sekarang dah taknampak sangat. Semua gara-gara jerebu. Nak keluar berjalan pun takde mood beb. So, terperab lah kat dalam rumah sepanjang bulan ni. Balik kelas je terus balik rumah. Sebab jerebu teruk sangat. Bukannya elok untuk kesihatan kan? Niat dalam hati rasa macam nak je pakai mask muka, tapi segan lah plak haha


<< ni bukan tuan tanah yer. ni kawan tuan tanah. harap maklum hehe. jgn 
salah faham please. Kembang semangkuk kawan tuan tanah nnt >>


Jangan tengok orang dalam gambar ni okey, tengok background kat belakang tu. Memang gambar ni aku edit skit tapi bangunan belakang tu pun dah nak tenggelam. Menara KL apatah lagi.. invisible terus. Tak sangka plak datang sini boleh feeling feeling belajar obersi. Kalau orang taktahu mesti cakap tu kabus kan? haha Berangan ni dapat bagi inspirasi jugak untuk diri sendiri. Manalah tahu, murah rezeki nanti boleh further study obersi. 

Agak-agak gambar kedua tu, macam kat Cameron Higlands kan? Nampak 'sejuk' je. Haha Gambar ni aku snap kat kawasan jalan sekitar bandar KL. Apantah nama jalan ni. Aku pun takingat. Pakat snap je. Harap-harap jerebu ni berkurang lah dari semasa ke semasa. Teruk sangat ni. Haritu hujan dah reda sikit tapi teruk balik sbb dorg bakar lagi kelapa sawit. Hishh! Apalaah nak jadi..



DOA KETIKA CUACA JEREBU. 
Hadith Nabi.

اللهُمَّ إِنَّا نَسْأَلُكَ مِنْ خَيْرِ هَذِهِ الرِّيحِ، وَخَيْرِ مَا فِيهَا وَخَيْرِ مَا أُمِرَتْ بِهِ، وَنَعُوذُ بِكَ مِنْ شَرِّ هَذِهِ الرِّيحِ، وَشَرِّ مَا فِيهَا وَشَرِّ مَا أُمِرَتْ بِهِ.

Ya Allah sesungguhnya kami memohon kebaikan dari angin & cuaca ini dan kebaikan apa yang ada padanya dan kebaikan apa yang diperintahkan dengannya, Dan kami memohon denganMu agar dijauhkan dari keburukan angin & cuaca ini dan dari keburukan yang ada padanya dan keburukan yang diperintahkan dengannya.

Hadith Nabi riwayat Imam Muslim, Tirmizi, Ibnu Abi Syaibah dan selainnya.



4 comments:

  1. Yes, jerebu in KL dah tebal. Please take care of yourself okay. Don't forget to dehydrate yourself a lot and wear a mask kalau constant kat luar. You are so pretty by the way haha

    ReplyDelete
  2. memang thun nih terukkn.. boleh kata 1 malaysia kena.. huhuhu
    http://ahlamsjourney.blogspot.my/2015/09/pasif-income-setiap-bulan.html

    ReplyDelete