Maze Runner : The Scorch Trials 2015

Assalamualaikum.
Semalam semua eksited nak tengok Maze Runner The Scorch Trials. Yelahhh sbb dah tengok yang 1st punya kan, tu pun lupa jalan cerita. haha So aku gigihkan lah jgk tengok balik yang 1st punya dengan Asilah and Azy. Kalau korg bercadang nk tengok yang 2nd ni kan, better korg tengok yang 1st punya sbb nanti maybe korang takfaham sbb Maze Runner 2 ni, start movie je dorg semua tengah kelam-kabut berlari-lari.. Thomas pun masa tu tertidur dalam helikopter yang selamatkan dorg semua lepas, berjaya keluar drpd maze. So, Maze Runner 2 ni pasal apa?


Sinopsis:

Selepas keluar dari Maze (Maze Runner 1), diorang dipindahkan ke satu tempat lain dan diyakinkan bahawa diorang selamat dari WICKED dan akan dibawa ke kehidupan yang lebih aman. Namun, Thomas (Dylan O'Brien) tetap risau kerana sahabatnya, Teresa (Kaya Scodelario) yang rapat di Maze ditahan di tempat asing. Ini membuatkan Thomas memberontak di dewan makan kerana ingin bertemu kawannya.

Perangai Thomas menarik perhatian Ariz (Jacob Lofland) yang berada paling lama di tempat tersebut iaitu seminggu. Ariz dengan senyap pergi ke bilik Thomas melalui corong corong di syiling. Dia menunjukkan badan-badan yang kononnya dihantar ke tempat lebih selamat sebenarnya diperah kerana darah mereka sangat bernilai.


Thomas terus berlari ke bilik dan mengajak kawan kawan rapatnya dari Maze Runner 1 lari untuk meninggalkan tempat tersebut. Dia sempat mencari Teresa untuk lari bersama. Di luar, mereka meneruskan kehidupan untuk mencari Right Arm, iaitu penyelamat budak budak yang lari dari WICKED. Dalam perjalanan mereka diserang dan menghadapi ujian dari pelbagai pihak! Namun akhirnya mereka sampai juga.


Sampai je dekat Right Arm, salah seorang dari kawan Thomas (TAKLEH BGTAU NANTI TAK SURPRISE) betray dengan menghubungi WICKED. Terus WICKED datang dan ambik sesiapa yang sempat. Salah serang kawan baik Thomas diculik semula dan membuatkan dia ingin membalas dendam.




Bagi aku, Maze Runner 2 mmg recommended sangat kalau korg nak tengok! Serius taktipu. Tapi aku takfaham la kenapa ad sesetengah org cakap movie ni bosan pastu boleh ngantuk bila tengok?? Bg aku best sangat-sangat pastu banyak part suspen. Nak-nak bila 'zombie' tiba-tiba muncul. Kawan aku terjerit-jerit bila part zombie tu keluar.. haha Maze Runner 2 lebih ceritakan apa plan WICKED sebenarnya. Dan yang pasti part 2 ni, dorg selalu je berlari. Nama pun Maze Runner kan. Yang pasti mmg ada sambungan part 3 hahaha So, kena tunggu setahun lg.

Rate : 9/10

Kenapa 9 out of 10? Sbb aku sedih sikit lah salah sorg kawan Thomas ni betray pastu bgtahu WICKED kat mana Thomas, Right Arm ni sembunyi. Satu lagi, sebb salah seorang kawan baik Thomas yang aku paling suka, kena tangkap oleh WICKED masa dia nak selamtkan kawan dia yg lain. Satu lagi, sbb aku kena tunggu lagi setahun utk tahu sambungannya.. hehehe 



Bagi aku berbaloi lah RM9.50 untuk duduk dalam cinema selama 2 jam 30 minit. Nasib dapat harga untuk student, Jimat sikit. Ni lah rakan-rakan housemate yang memeriahkan cinema semalam. Satu row full. haha In sha Allah tahun depan kita tengok part 3 pulak okey? <3


2 comments:

  1. saya pn xtangok lg.. semua ckp sedeh dkt part last.. huhuhu
    http://ahlamsjourney.blogspot.my/2015/09/pasif-income-setiap-bulan.html

    ReplyDelete
  2. Nad pun suka gila ohh cerita niii! Hehe.

    ReplyDelete