Suasana Exam Di Alam Universiti

Assalamualaikum.
Hari ni nak bukak cerita pasal pengalaman exam di alam universiti. Apa perbezaan yang ketara dan apa perkara yang korang takpernah rasa masa time skolah dulu. Alhamdulillah, aku dah berjaya menempuh 4 semester dan sekarang baru masuk sem 5. So, untuk perkongsian kepada adik-adik yang baru jejakkan kaki kat alam universiti kan.. So meh baca entry ni. Macam-macam 'akak' nak cerita. Believe it or not, believe it jelahh. XD


Sistem exam kat universiti ni aku taksure IPTA dengan IPTS sama ke tak. Aku penuntut IPTS so, utuk IPTA aku taksure sistem macam mana. Ad mid term ke, semua tu. Sepanjang empat semester ni, takde lagi aku kena hadap mid-term exam ke hape. Cuma ada final exam. Final exam 50% markah akan diambil kira pastu dicampur dgn markah course work; assignment, final project. Result ni lah yang akan bagi korang punya markah GPA dan CGPA.


1. Habis Jawab Boleh Terus Keluar

Kalau exam biasa-biasa masa sekolah dulu, kita memamg takdibenarkan keluar kelas/dewan kan even dah siap jawab kecuali exam-exam besar macam SPM/PMR/STPM. So dekat sini, memang pelajar dibenarkan keluar awal tapi adalah masa yang dibenarkan. Bukan sepanjang dua jam exam tu, korang boleh keluar sesuka hati je. Contohnya, setengah jam awal sampailah sebelum setengah jam terakhir korang dibenarkan keluar. Kata kanlah exam korang habis jam 4 petang. Sepanjang 2 petang sampailah 3.30 petang korang boleh keluar dewan kalau dah habis jawab. Tapi, setengah jam terakhir korang takdibenarkan keluar. Kenapa? Aku pun dah lupa sbbnya ==, hehe Sorry

So, takdelah korang ternganga tunggu waktu exam habis. Tarik kerusi kawan depan ke, lastik dgn getah cikgu yang jaga korang ke, pinjam buku doraemon, pokemon, naruto, detektif conan dengan kawan sebelah ke.. Cuma nak gitahu, korang takleh tidur. TAK BOLEH TIDUR yer masa exam. Nnt lecturer ketuk korg punya meja pastu bebel sepuluh harakat. Kat sini dah takde okey cikgu-cikgu yang berhati mulia, baik hati mcm kt sekolah dulu. Kat sini, kalau dorg rasa nak buat announcement satu dewan biar semua org tahu korg tidur pun dorg boleh buat tau. So, silalah rindu cikgu sekolah korang yang baik hati masa exam dulu tu.hehehe


2. Takut Keluar Lambat

Ni satu perangai yang aku sendiri takfaham dengan budak-budak kampus aku. Dorang takut keluar lambat dari bilik/dewan exam. Dorang takut terdiri drpd 10 budak terakhir tingglkn bilik exam. Aku serius takfahm sampai skrg. Aku terfikir jgk laah kan, sama ada dorg ni mmg budak pandai, sampaikn sejam je jawab exam ataupun aku ni kategori kurang pandai, lembab dpt jawapan, menulis tahap siput berbanding dorg. Sorry to say. Aku bukan pandang rendah kat dorg yang keluar awal ni sbb ada sesetengah daripad dorg ni mmg budak pandai yg dalam class active je tanya lecturer soalan. Cuma, sebahagian drpd dorang tu ....

Aku pernah tanya dgn salah seorang kawan aku yg keluar awal,

"kenapa keluar awal sangat? Soalan tadi mmg senang ke?"

Jawapan dia tahu apa,

"alaa malas dah nak fikir jawapan apa tadi. Fikir pun takdapt jugak. Daripad renung soalan tu lama-lama, baik aku takjawab pastu keluar dewan. Duduk dlm dewan tu pun stress jgk. Bila nk dpt result nanti, iRedha jelah. hihi"

Agak-agak respon apa aku nak bg? Speechless.


3. Sorang Keluar, 2, 3, 5, 8, 10 Orang Ikut Dari Belakang

Dan ini satu lagi 'trend' kat sini. Bila exam contoh laa dah sejam 10 minit berlalu, tetiba si A angkat tangan. Bukan nak mintak paper lebih tapi nak submit paper. So, si A ni pun kemas-kemas laa barang pastu bangun. Kalau exam, sesiapa je yg bangun mmg akan jadi tumpuan satu dewan. Bangun nak pergi toilet ke, bangun nak submit paper ke. Mmg jadi tumpuan. So, bila si A ni dah keluar, maka adalah yang ikut jejak si A. Mula-mula 2 orang pastu. Kanan, kiri, belakang, depan yg bangun. Terfikir jgk aku apalah yg dorg jawab sbb aku baru siap tulis soalan ==' Bdk U skrg mmg pandai2 kot


4. ID Card, Exam Slip Peneman Di Kala Exam

2-3 hari sebelum exam, nanti akan adalah announcement yg suruh student ambil exam slip kat level 3. Pastu kena beratur panjang-panjang sampai pintu lif. Alhamdulillah, start sem2 dorg dah selaraskan sistem. Exam slip kena print sendiri dan WAJIB bawa sepnjang exam. Kalau exam 5 hari, 5 hari tu wajib bawa exam slip dan juga ID card. ID card ni korang akn dapt bila 2-3 minggu selepas daftar. So, terbuktilah korang ni mahasiswa/mahasiswi. Kawan aku pernah tertinggal exam slip kat hostel so, mmg terpaksa balik semula hostel dah ambik slip. Kalau tak, mmg takboleh jawab exam.


5. Pergi Toilet, Tak Keseorangan

Pergi toilet better sebelum exam start. Selesaikan segala urusan besar, kecik korang dulu sebab nanti bila dah exam, mula lah semua nak pergi toilet. Miit is single building. Mmg taksama dgn kampus Uni yg lain. Semakin tinggi korang 'mendaki' semakin rendah suhu aircond tau. So, mmg take turn laah bila tetiba rasa nak terkucil. hehe Sebab 1 person at 1 time only allowed. Bila nk pergi toilet tu pulak, akan ada sorg lecturer yg bertugas follow korg. Dorang nak make sure korg takbukak phone ke, tengok nota ke.. Tapi bila dah masuk toilet tu, dorg takmasuk sekali lah. Setakat tunggu kat luar je. Kalau masuk kan jd kes lain plak.


6. Kepala Keluar, Badan Dan Ekor Pun Ikut

Berbeza situasi dengan yang nombor 3 ialah, kepala, ekor dan badan sehati sejiwa. Maksudnya? Bila masuk Uni korang mesti ada kan BFF, geng lepak, geng berpisahtiada, geng sehatisejiwa, geng warungkopipakabu. Apa yang aku maksudkan ialah, katakanlah si A, si B, si C dengan si D ni geng berpisahtiada. So, bila si B siap jawab pastu kemas-kemas barang nak keluar dewan, si A, C dengan D akan kemas barang jugak. Bila si B dah bg signal macam tu. si ekor dan si badan (si A, C, D) pun follow sekali lah.

Aku pernah tau duduk sebelah si Rara bukan nama sebenar. Aku pandang lah jgk dia sebab dari 1st start exam dia macam gelisah je. Pastu tukar posisi duduk. Sekejap bersila, sekejap tongkat dagu. Aku "terpandang" paper dia.Terpandang okeyh hehe Terpandang paper dia, mmg byk lg soalan tak jawab. Tapi, bila Bobo bukan nama sebenar bangun nak submit kertas. Aku pun nampak lah drpd pandangan sisi aku yg si Rara tu dah kemas-kemas pen, eraser, paper nak submit jugak. Untuk pgtahuan korag, Rara dan Bobo adalah BFF. So, apa yg namanya BFF tu sampaikn snggup ikut kawn yg dah siap even kita sendiri byk lgi takjawb. Moral is, Rara mudah putus asa. Bila dia takdpt jwb soalan, dia akan termenung smpai boleh tembus kertas soalan. Kalau takdpt jawab jgk, dia fikir better dia ikut Bobo sebab, "kita kan BFF. Best Friend Forever"

Tadaaa. Dah rasanya tu je kot perangan budak kampus aku. Ada lagi ni yg terpendam dalam hati tapi entry dah cukup nak bagi korang gambaran suasana exam di alam universiti. Bukan nak burukkan kampus sendiri, tapi aku nak gtahu yang "trend" yg macam no 2,3 dan 6 tu tak sepatutny berlaku. Kan masing-masing dah umur 18 keatas, rasanya dah cukup "dewasa" nak fikir mana yg betul dan tak.



Sebab tu lah ramai orang cakap, cari kwan yg betul-betul boleh kita jadikan kawan kat universiti nanti. Sebab kat sini, takada dh cikgu yang selalu berleter seguni untuk korang, ustazah yg selalu bukak takzirah seblum start class. Yg ad cuma diri yg korg dh persiapkan sebelum masuk uni. Better prepare betul-betul sbb taksemua insan yg kita anggap kawn, ialah kawan yg kita sangkakan.

So disebbkan entry ni terlampau panjang. Mmg panjang pun. Harap takdelah yang tertidur masa baca erk. hehe Tq sudi baca.
Till then.




No comments:

Post a Comment