Segmen : Nama Group Whatsapp yang paling WIN !

Assalamualaikum,
Sejak masuk Uni, memang bertambah group whatsapp. Group housemate, group makcik jual ketupat (group bergosip lah tu XD), group assignment, group bff, group anti sekian-sekian.. Typical group laaa. Sekali semua serbu, mmg aku mute jgk! Mananya tidak, duduk serumah pun nak whatsapp. Nak tanya makan kat mana, nak makan apa, siapa turun makan.. pastu semua gelak-gelak sbb conversation punya panjang last last takdecide lagi nk makan kt mana ==' So, adalah antara nama group whatsapp yang takdelah rare sgt tapi aku sure, takde lagi yg nama macam ni. hehe So utk suport segmen ni, aku join yer.

1. A1A4N1A7A (Mate's 110)


Group ni terdiri daripada 5 orang termasuk aku. Ahli-ahli group lain termasuklah; anis ashlah, asilah, azy, nana. Complete 5 orang kan? So asal asal group ni merupakan group roommate aku. 1st masuk unikl, 3 orang makhluk Allah yang aku kenal ialah dorang; asilah, azy dan nana. Kitaorg dijodhkan sebagai roommate masa short sem. So untuk memudahkn ap-ap urusan kitaorag create lah group ni. Aku lah admin XD hehe Bangga jadi admin tau. Pergi kampus, balik kampus, makan sekali and class pun kitaorang sama. So jodoh tu mmg kuatlaaa masa short sem. Then, masa bulan 7-8 aku tak sure kitaorg mula rapat dengan anis ashlah. Actually anis ashlah ni masa MSR (minggu silaturahim) dia pegang jawatan as CEO. Masa tu kitaorg ada buat sketsa skit. Pasal lembu penduduk kampung hilang/mati since satu kilang ni yang dibina kt kampung tu dan CEO nya ialah anis ashlah

Dipendekkan cerita mmg satu batch kenal dia. Mana taknya orang pun lawa, pastu kitaorg ad jugaklah terserempak dgn dia tapi dia selalu sorang-sorang. Dalam class, masa makan kt cafe pun sama. Sampailah satu haritu anis ashlah join kitaorg makan. Haritu jugak kitaorg rapat siap dia boleh tidur dalam bilik kitaorg pastu boleh pulak layan hidustan sama-sama. So, sejak tu kitaorg rapat.

Tapi since sem 2 kitaorg dh tak sama class dengan Nana so group ni pun macm disbanded. Tinggal 3 orang je ahlinya. huhu T^T Satu lagi sebab kitaorg dah ada group housemate since kitaorg mmg housemate. So, takyah banyak group sgt lah kann. Cuma ak je syg nak left. Aku admin kot. heehehe

Macam mana terhasilnya nama A1A4N1A7A (Mate's 110) ni ialah, 
nama kitaorang start dengan A untuk Anis (which is me), AsilahAzy, Anis ashlah. Cuma Nana je start dengan N. So kalau digabungkan jadilah AANAA. Nombor antara huruf tu ialah 1417 stand for waktu kitaorang start diploma sampai habis diploma iaitu 3 tahun, and Mate's 110 stand for kitaorg punya bilik, nombor bilik kitaorg masa kat hostel unikl, 110 (level 1, bilik no.10)

2. Kain Batik Ani


Alkisahnya, group ni terhasil bila kitaorg nak buat final project untuk subject storyboard visualisation (IMD11402) Assigment ni kalau taksilap 50% mempengaruhi final mark so mmg penting lah kan. Apa yg kitaorg  kena buat ialah, create satu iklan pasal barangan tempatan. Fikir punya fikir last-last Asilah bg cadangan why not kita buat pasal kain batik. Kain batik kan local product. So antara syarat-syaratnya ialah model itu sendiri merupakan ahli group kitaorg. Ahli group termasuklah aku, Asilah, Azy dengan Anis Ashlah. So, antara orang ni yang sesuai nak buat model of course lah anis ashlah. Kitaorg take role as cameran man.. director ..

Macam mana terhasilnya nama Kain Batik Ani? Kenapa Ani, tak Anis terus kan? hihii Kitaorg masa tu dah taktahu nak letak nama apa untuk nama kain batik kitaorg ni. Anis Ashlah kan sbgai model kan.. Sebenarnya kalau bercakap dengan mak dia, dia bahasakan diri sbgai Ani bukannya Anis. Manalah hilang nya 's' tu aku sendiri taktahu. Dia cakp dia selesa kalau bahasakn diri dia sebgai Ani. So, in the end terhasil lah nama Kain Batik Ani tu sampailaaa sekarang, mmg takberubah.

3. Geng Bronok


Group ni pulak terdiri daripada keluarga belah ibu. Tak termasuk abang ipar, adik ipar semua. Tapi aku dengan along, adik termsuklah sebab kitaorg je cucu yang ada. huhu Sorg lagi baru 3 tahun takpandai lg nk berwhatsapp bgai ni. =,= Jumlah ahli seramai 12 orang. Biasanya yg kecohkn group ni mak cik dgn pak cik saudara aku laah. Tapi bila ad gambar adik,along, ibu, aboh ke yg rare skit terus aku upload. Senang cerita aku jd silent reader jelah. hihi Bila topik yg dibincangkan tu menarik, baru aku masuk contohnya mcm sekrg. Terengganu lawan Perak. 

Apa maksud Bronok ? Aku merupkn anak jati terengganu. Lahir pun kat rumah tok'wan aku. hihi Yang ni mmg rare. Lahir pulak kt dapur. Pe cite ? XD So, yang dimasudkan dgn Bronok tu ialah, .. aku sendiri pun taksure. hihi Kalau korng search, bronok ni merupakn sejenis kuih yg dibuat drpd sagu. Tapi tak mungkin bronok tu yg dimasudkn. Kalau mengikut fahaman aku, bronok yg dimasudkn oleh makcik aku (sbb dia admin) ialah anok-beranok. Bahasa melayunya anak-beranak/saudara. Lebih kurang laa. Kan? hahah Boleh terima tak logik fahaman aku ni? Kalau korg tanya, kenapa aku taktahu maksud bronok ni sedangkan ak org trganu jawapannya,

setiap kali aku tanya maksud bronok dia(mak cik) akan jawab "ce teka.. ce teka nape maksud bronok" Pastu, emoticon "sengeh-sengeh" Tapi, ak confident laa maksud bronok tu ialah anak-beranak since semua ahli group terdiri drpd adik-beradik, anak saudara..

Alhamdulillah the end. hihi Panjang punya penerangan aku kasi. So, untuk sesiap yang berminat nak join boleh klik sahaja kat banner di bawah. Seorg pemenang bertuah dicari tau.

<< klik banner di atas untuk join >>

due date : 12 August 2015 

Seorang pemenang yang bertuah akan dipilih dan bakal memenangi hadiah misteri daripada penganjur. Tujuan segmen ini ialah ingin merapatkan lagi silaturahim antara blogger. Jom semua join. Due date hari ni tau !





1 comment: