Segmen : Nama Group Whatsapp yang paling WIN !

1 comment:
Assalamualaikum,
Sejak masuk Uni, memang bertambah group whatsapp. Group housemate, group makcik jual ketupat (group bergosip lah tu XD), group assignment, group bff, group anti sekian-sekian.. Typical group laaa. Sekali semua serbu, mmg aku mute jgk! Mananya tidak, duduk serumah pun nak whatsapp. Nak tanya makan kat mana, nak makan apa, siapa turun makan.. pastu semua gelak-gelak sbb conversation punya panjang last last takdecide lagi nk makan kt mana ==' So, adalah antara nama group whatsapp yang takdelah rare sgt tapi aku sure, takde lagi yg nama macam ni. hehe So utk suport segmen ni, aku join yer.

1. A1A4N1A7A (Mate's 110)


Group ni terdiri daripada 5 orang termasuk aku. Ahli-ahli group lain termasuklah; anis ashlah, asilah, azy, nana. Complete 5 orang kan? So asal asal group ni merupakan group roommate aku. 1st masuk unikl, 3 orang makhluk Allah yang aku kenal ialah dorang; asilah, azy dan nana. Kitaorg dijodhkan sebagai roommate masa short sem. So untuk memudahkn ap-ap urusan kitaorag create lah group ni. Aku lah admin XD hehe Bangga jadi admin tau. Pergi kampus, balik kampus, makan sekali and class pun kitaorang sama. So jodoh tu mmg kuatlaaa masa short sem. Then, masa bulan 7-8 aku tak sure kitaorg mula rapat dengan anis ashlah. Actually anis ashlah ni masa MSR (minggu silaturahim) dia pegang jawatan as CEO. Masa tu kitaorg ada buat sketsa skit. Pasal lembu penduduk kampung hilang/mati since satu kilang ni yang dibina kt kampung tu dan CEO nya ialah anis ashlah

Dipendekkan cerita mmg satu batch kenal dia. Mana taknya orang pun lawa, pastu kitaorg ad jugaklah terserempak dgn dia tapi dia selalu sorang-sorang. Dalam class, masa makan kt cafe pun sama. Sampailah satu haritu anis ashlah join kitaorg makan. Haritu jugak kitaorg rapat siap dia boleh tidur dalam bilik kitaorg pastu boleh pulak layan hidustan sama-sama. So, sejak tu kitaorg rapat.

Tapi since sem 2 kitaorg dh tak sama class dengan Nana so group ni pun macm disbanded. Tinggal 3 orang je ahlinya. huhu T^T Satu lagi sebab kitaorg dah ada group housemate since kitaorg mmg housemate. So, takyah banyak group sgt lah kann. Cuma ak je syg nak left. Aku admin kot. heehehe

Macam mana terhasilnya nama A1A4N1A7A (Mate's 110) ni ialah, 
nama kitaorang start dengan A untuk Anis (which is me), AsilahAzy, Anis ashlah. Cuma Nana je start dengan N. So kalau digabungkan jadilah AANAA. Nombor antara huruf tu ialah 1417 stand for waktu kitaorang start diploma sampai habis diploma iaitu 3 tahun, and Mate's 110 stand for kitaorg punya bilik, nombor bilik kitaorg masa kat hostel unikl, 110 (level 1, bilik no.10)

2. Kain Batik Ani


Alkisahnya, group ni terhasil bila kitaorg nak buat final project untuk subject storyboard visualisation (IMD11402) Assigment ni kalau taksilap 50% mempengaruhi final mark so mmg penting lah kan. Apa yg kitaorg  kena buat ialah, create satu iklan pasal barangan tempatan. Fikir punya fikir last-last Asilah bg cadangan why not kita buat pasal kain batik. Kain batik kan local product. So antara syarat-syaratnya ialah model itu sendiri merupakan ahli group kitaorg. Ahli group termasuklah aku, Asilah, Azy dengan Anis Ashlah. So, antara orang ni yang sesuai nak buat model of course lah anis ashlah. Kitaorg take role as cameran man.. director ..

Macam mana terhasilnya nama Kain Batik Ani? Kenapa Ani, tak Anis terus kan? hihii Kitaorg masa tu dah taktahu nak letak nama apa untuk nama kain batik kitaorg ni. Anis Ashlah kan sbgai model kan.. Sebenarnya kalau bercakap dengan mak dia, dia bahasakan diri sbgai Ani bukannya Anis. Manalah hilang nya 's' tu aku sendiri taktahu. Dia cakp dia selesa kalau bahasakn diri dia sebgai Ani. So, in the end terhasil lah nama Kain Batik Ani tu sampailaaa sekarang, mmg takberubah.

3. Geng Bronok


Group ni pulak terdiri daripada keluarga belah ibu. Tak termasuk abang ipar, adik ipar semua. Tapi aku dengan along, adik termsuklah sebab kitaorg je cucu yang ada. huhu Sorg lagi baru 3 tahun takpandai lg nk berwhatsapp bgai ni. =,= Jumlah ahli seramai 12 orang. Biasanya yg kecohkn group ni mak cik dgn pak cik saudara aku laah. Tapi bila ad gambar adik,along, ibu, aboh ke yg rare skit terus aku upload. Senang cerita aku jd silent reader jelah. hihi Bila topik yg dibincangkan tu menarik, baru aku masuk contohnya mcm sekrg. Terengganu lawan Perak. 

Apa maksud Bronok ? Aku merupkn anak jati terengganu. Lahir pun kat rumah tok'wan aku. hihi Yang ni mmg rare. Lahir pulak kt dapur. Pe cite ? XD So, yang dimasudkan dgn Bronok tu ialah, .. aku sendiri pun taksure. hihi Kalau korng search, bronok ni merupakn sejenis kuih yg dibuat drpd sagu. Tapi tak mungkin bronok tu yg dimasudkn. Kalau mengikut fahaman aku, bronok yg dimasudkn oleh makcik aku (sbb dia admin) ialah anok-beranok. Bahasa melayunya anak-beranak/saudara. Lebih kurang laa. Kan? hahah Boleh terima tak logik fahaman aku ni? Kalau korg tanya, kenapa aku taktahu maksud bronok ni sedangkan ak org trganu jawapannya,

setiap kali aku tanya maksud bronok dia(mak cik) akan jawab "ce teka.. ce teka nape maksud bronok" Pastu, emoticon "sengeh-sengeh" Tapi, ak confident laa maksud bronok tu ialah anak-beranak since semua ahli group terdiri drpd adik-beradik, anak saudara..

Alhamdulillah the end. hihi Panjang punya penerangan aku kasi. So, untuk sesiap yang berminat nak join boleh klik sahaja kat banner di bawah. Seorg pemenang bertuah dicari tau.

<< klik banner di atas untuk join >>

due date : 12 August 2015 

Seorang pemenang yang bertuah akan dipilih dan bakal memenangi hadiah misteri daripada penganjur. Tujuan segmen ini ialah ingin merapatkan lagi silaturahim antara blogger. Jom semua join. Due date hari ni tau !





Review IGshop : Kissproof Lipstick Serendah RM5 !!!

No comments:
#promosi sepanjang bulan syawal !!!
Assalamualaikum,
Hari ni nak review satu igshop yang menjual kissproof lipstick. Apa itu kissproof lipstick? Nowdays kan dah bermacam jenis lipstik hado. Aku yang jenis yang taksuka dan takambik kisah pasal make-up semua ni mana lah tahu rupanya sekarang ni, kissproof antara lipstick yang popular dikalangan remaja. Kenapa agaknya ? Mestilah sebab harganya beb XD Student macam aku ni, yang takbekerja manalah mampu sangat nak beli lipstick berjenama bagai. Melainkan, ada orang sponsor hihi

Rate harga satu batang KL (kissproof lipstick) ni ialah RM10 exclude postage. Kalau korang beli online memang kena fikir harga postage laa. Kalau beli kat butik semua tu senang. Kalau harga tulis RM10, hah memang RM10 je kena bayar. RM10 ialah harga purata yang aku jumpa. Ada je yang jual RM6,RM8, RM4 sebatang tapi mostly ada syarat. Contohnya kena beli 6 batang dulu, baru boleh harga RM4. Untuk yang suka borong boleh laa kan. Tapi igshop yang aku jumpa ni kalau korang beli sebatang je pun dah dapat harga RM5. So bagi aku murah la tu. Memang banyak je igshop lain yang jual harga murah-murah macam ni tapi, mesti kita ragu-ragu kan?

"Betul ke ni RM4 sebatang. Jangan-jangan dia tipu aku."

"Takpun, nanti mesti dia charge harga lain."

"Trusted tak igshop ni? Takbanyak followers pun."

Ni antara persoalan yang selalu bermain dalam fikiran aku setiap kali nak purchase online. Bukan aku sorang je kan macam ni? So, igshop ni memang TRUSTED sebab aku dah purchase 3 batang KL ^^ hihi Nampak tak nafsu aku macam mana? Tambah pulak harga murah macam tu, lagi aku ngap!



@kissproof.murah.rm5
@kissproof.murah.rm5
@kissproof.murah.rm5

--
--
--

Memang semua RM5 kan? So kalau berminat boleh serbu igshop ni. Nak order, terus ws kat contact number stated. As usual, postage sm RM6, SS RM10. Sejak masuk U ni, kena pandai berjinak-jinak dengan kosmetik lah hihihi Barulah nampak perubahan skit, dari dulu muka budak sekolah je. KL ni ada 19 jenis warna tau. Dan memang semua seller menggunakan code yang sama. So no worries.




kissproof.lipstick.rm5
013- 6241940





Warna semua lawa-lawa. Aku pun dah rabun mata nak pilih yang mana. Nak kena bayangkan muka sendiri lah.. Kan nanti beli-beli taksesuai ke. ^^ Untuk yang berkulit putih takde masalah. Semua code sesuai. Tapi kalau macam aku ni, memang kena filter habis-habis. Taknak ah orang pandang aku atasbawahatasbawah bila pakai lipstick ni nanti. hehe


Nah bukti! hehehe Baru tadi boleh ambik kat PPL. Memang in good condition so aku recommended. Nothing much to write,
till then.




New Look 7.8

No comments:
Assalamualaikum,
Setelah berapa 1380298302 kali, akhirnya bertukar jugak header and officially new look. Sebab aku tahu header aku yang terdahulu amatlah menggugat sebab whole header gambar mamat korea
kan? Kali ni pun ada jugaklah. Memang takleh lari XP Nak letak muka sendiri, tak konfident eden. Simple je pun header tu sebab aku dah kerah otak bukan main lama lagi nak cari idea. Lama tak main dengan photoshop so header pun jadi "awkward" laaa. Tapi aku suka XD


Hajat nak tukar kepada simple template memang tak kesampaian jugak kali ni. Sebab aku selesa dengan classic template ni yang coding senang nak faham pastu takde banyak error so senang kerja aku. Dah try follow banyak tutorial tapi tak terhasil apa yang aku nak hasilkan. So, senang citer kita recycle lah mana yang boleh. hehehe Sebenarnya ada lagi yang aku nak ubah tapi watlek watpeace nanti-nanti bila free. Sebab esok kena bangun awal, gosok baju nak pergi Kuantan majlis kawin, melawat sedara sepapak balik malam. Memang takreti nak letak fullstop pun ^^ 

Till then.





Telekung Travel Murah Serendah RM35

3 comments:
Assalamualaikum.
Well, biasanya kita jadikan alasan, telekung kat masjid berbau laaa, takbawak telekung so malas solat lagi laa, telekung tebal sangat so susah nak bawak kehulu-kehilir. So, meh sini saya nak promote satu IG shop ni, yang menjual telekung travel serendah RM35! Mana nak cari harga murah-murah macam tu akak-akak oii? Kalau tudung fareeda harga ratus tu sanggup kita beli, why not kita beli satu telekung, yang senang dibawa kemana-mana kalau pergi travel. Corak semua pun cantik-cantik, memang berbaloilaah dengan harga serius taktipu. Saya dah beli satu. Puas hati sangat.

Kain takjarang, ringan, lagipun disediakan sekali beg untuk letak telekung tu. Free je tau.
Biasanya kalau keluar dengan kawan, bila nak solat waktu tu ramai orang mesti kita berebut nak telekung kan? Kalau ada yang jenis sensitif mesti rasa takselesa nak kongsi. Takpe saya faham XD


@dfiya --
@dfiya --
@dfiya --

Telekung ada banyak corak, banyak warna, dan juga banyak harga ^^ Senang cerita, lagi 'meriah' telekung tu, lagi 'meriah' harganya XD hahah Faham tak? Harga start RM35 sampai RM80 kot. Dan ada banyak jenis kain. Cotton ada, parasut ada. Parasut tu kain jenis yang ringan dan takpanas, dan juga takjarang. Sebahagian contoh corak telekung travel macam kat bawah :





Ada banyak lagi corak, korang pergi visit igshop ni kalau nak tengok sendiri okeyh? Takpun kalau nak senang, direct je ws di nombor :


Dfiya Collection
011-33339960


Telekung untuk budak-budak pun ada tau. Siap ada gambar barbie lagi. Mcam kat bawah ni. Taksure ada lagi ke design selain daripada ni. Korang boleh pm dorang ye.


Selain daripada telekung, @dfiya pun ada menjual handsock, niqab. Nak senang click je hashtag #dfiyalacehandsocks . Kat situ macam-macam warna korang boleh tengok. In sha Allah dalam 2-3 hari dah boleh sampai kat rumah korang telekung ni. Tapi taksemua warna available. Kalau nak jugak, kena tunggu dorang restock dulu lah. Hokey, sampai sini jekot. Selamat bershopping. Lets support our local product ; D