Ada Apa Dengan Semester 1 (Student Life)

3 comments:
Assalamualaikum.
Terbuka plak hati ni rasanya nak berkongsi pengalaman sepanjang semester 1 dan 2, perjalanan nak menghadapi final untuk semester 2. Kalau nak cerita pasal bulan ramadhan ni, dah banyak dah update dari blogger lain. Nak cerita pasal hari raya, malam 10 terakhir ramadhan tak habis lagi : )


1. last minit study

Habis je semester 1, masa awal bulan Januari tahun ni. Dapatlah aku merasa honeymoon sekejap dalam 3 minggu je pun sebelum nak move on untuk sem baru. Result untuk sem 1 bagi aku tak memuaskan sebab, semua subject baru belajar intro.. intro to multimedia, fundamental of programming, technical math 1, Senang cerita semua belajar basic tapi result memang menghampakan TAPI berbaloi lah dengan persediaan yang aku buat sebelum exam tu. Sebab last minute punya study. Typical student XD Kalau nak ambil kira, course work pun bagi effect jugak sebab course work untuk FP (Fundamental of Programming) memang tidak membantu untuk aku dapat A dalam final. Hanya mampu setakat C sahaja.

2. coursework tu penting

So adik adik semua ingat ehh, course work tu memang penting sangat-sangat. Jangan ambil mudah bila lecturer kasi assignment banyak bertimbung-timbung pun make sure korang hantar before due date, paling penting siapkan. Sebab kalau diikutkan result yang aku dapat  50 % ialah final selebihnya based on course work, attendants (please elakkan ponteng) , etc. Nak tak nak, rajinkan diri buat assignment tu. Cari laa kawan yang boleh harap sikit, yang boleh buat kerja, yang tak makan gaji (markah) buta.. Kalau yang jenis time presentation je ada tapi time discussion lenyap entah ke mana tu, korang lupakan laa jenis orang macam ni untuk dijadikan groupmate sebab silap haribulan korang yang menderita nanti.

3. pandai-pandai pilih kawan, jgn smpai culture shock

Sebab bercerita based on pengalaman kan,
so pengalaman aku yang boleh aku jadikan iktibar untuk adik-adik yang baru je jejakkan kaki ke alam universiti ni ialah cari kawan yang betul-betul boleh dijadikan kawan. Bagi aku, sem 1 merupakan perkenalan dan pengalaman pertama dalam diri aku tentang alam universiti. Macam mana nak survive sorang-sorang bila berjauhan dengan keluarga, nak balik kampung naik bas dari KL - KT, dapat kenal erti sebenar duit yang mak ayah kasi, belajar berjimat, jumpa bermacam jenis ragam manusia. Jenis yang lelaki jadi perempuan, perempuan jadi lelaki, jenis yang confius dengan jantina sendiri laaah, jenis yang bersosial tak ingat mati. Macam-macam orang laa. Tambah pulak aku ni memang belajr kat tengah-tengah bandar KL. Nasihat aku, jangan jadi culture shock.

Kadang, aku kesian tengok sesetengah dari dorang ni yang dah betul-betul culture shock. Sampai tudung pun hilang ntah kemana, pakaian dah seruba jantan mana ntahh, bergaul dengan geng-geng 'akak' sado, rokok takyah cerita lah selambe je hisap depan lobby kampus, langsung takde perasaan malu. Aku pernah terfikir jugak sama ada mak ayah dia ni tahu ke perangai anak dia kat sini macam ni. Entahlah, tetiba teringat pesanan OC/fasi masa minggu MSR dulu, tolong jaga maruah diri dengan keluarga. Normal case dah kalau student kena tangkap kat kelab malam, ponteng kelas, assignment apatah lagi haremm kejadah nak hantar. Serius menakutkan life di KL. Terutama buat perempuan, gadis umur 18-20 tahun macam kita ni.

4. bercinta di universiti

Mula-mula baru masuk semua muka sesuci ku puteh. Nak cari mana cacat cela susah sebab masing-masing datang dengan personaliti 'budak baik' . Datang kampus pakai baju kurung, tudung alhamdulillah tutup dada, senyum tersipu malu menyorok belakang mak masa daftar. Tapi tu cerita masa 2-3 minggu baru masuk laa. Dah nak masuk sebulan tu memang dah boleh nampak perubahan. Style pakaian ada yang kearah lebih baik, tapi takboleh lawan jugak ada yang kearah tahap terseksa mata nak memandang. Buat pengetahuan korang, kampus aku ni outfit still kena formal. No slippers, sandals, tapi lelaki takde lah sampai kena tuck-in bagai, cuma kitaorang takde baju yang formal masa pergi kampus. Bebas untuk pakai baju macam mana sekali pun tapi takdelah sampai boleh datang kampus pakai mini skirt, shorts untuk lelaki. Kalau nak jadi famous dalam masa sehari boleh laa buat. Terus korang punya followers kat IG, twitter, FB melambung-lambung. Serius taktipu.


Berkaitan dengan bibit bibit percintaan tu.. Biasalah time MSR mesti korang ada aim sorang dua orang kan yang berkenan dihati. Muka ala-ala mamat korea, rambut tutup dahi, yang ayu berbaju kurung, hidung macam awek pakistan.. kan kan kan. Hah, masa tu lah korang aim dia ni course apa. Asal mana.Apa IG dia sebab senang nak usha kisah-kisah silam dia. Ada boyfriend ke belom, kalau ada girlfriend .. girlfriend dia belajar kat mana.. tapi kalau jenis yang private IG tu susah skit lah cerita dia. Nak kena cari orang tengah plak. HIHI So, dalam 2-3 minggu dah muncul macam-macam jenis couple. Ada yang habis je MSR terus couple. Haaaaa Jangan main, bab kata sweet charity,

jangan tunggu lama-lama.. nanti lama-lama dia di ambil orang ~


5. pilih housemate

Masa sem 2 ni pun, aku dah start duduk rumah sewa. Alhamdulillah housemate semua sama course dan dah kenal masa sem 1 lagi cuma ada yang rapat dengan tak je. Tapi bila dah duduk serumah lai lah ceritanya. Meriah takyah ceritalahh. Memang happening lah. Pergi-balik sesama. Naik teksi sesama, tertinggal bas rapid pun sama-sama T^T hahaha Lambat datang class pun sesama sebab masing-masing lena tidur dibuai mimpi maklumlah rumah level 21 XD So, masa sem 1 ni boleh la korang cari rakan yang sekepala untuk dijadikan housemate. Yang memang boleh duduk sebumbung. Senang dah susah bersama. Kalau takde air, satu rumah takmandi bersama.. HAHAHA

6. rumah sewa

Biasanya yang IPTS laa yang hostel tak disediakan. IPTA maybe ada jugak kot. Kalau boleh cari rumah yang area kampus. Yang dekat dengan LRT, Monorel, yang ada banyak bas rapid. Senang nak dapat teksi. Aku senang je ceritanya. Kalau bas rapid takde, teksi pun semua penuh alternatif last ialah jalan kaki. Kalau takde choice sangat laa. Tapi sekrang ni musim panas yang memang perit nak berjalan, kitaorang sanggup tahan teksi walaupun dah terlmbat masuk class. Memang kena bina tembok laa tahan malu masuk class nanti. HEHEHE

Panjang punya menaip sampai habis takde lagi cerita pasal persediaan nak menghadapi final kan? KUANG3X In Sha Allah laa sambung di entry akan datang. Sebenarnya macam-macam aku nak share kat sini tapi tulah buat entry panjang-panjang kalau yang ada sudi baca takpelah.. kalau takde pun takpelah. hihi :D Buat akak, adik, abang perantau sekalian selamat pulang ke kampung halaman masing-masing. Semoga selamat sampai ke destinasi. Semoga dipermudahkan perjalanan. As Salam.