Food Review: Boat Noodle Times Square

Assalamualaikum.
Kecoh kot boat noodle dah bukak kat TS ! Since sem 2 ni, aku takpernah lagi jejakkan kaki kat TS. Apa perubahan, kekurangan, penambah baikkan pun aku taktahu. Since duduk rumah sewa ni jugaklah, rutin shopping aku dah makin berkurengg --' Dah laa MARA takdapat. Sobs sobs T^T Kalau cerita pasal MARA, lari mood terus. Okey, lupakan pasal 'bapak angkat' aku tu . Nasib elaun dari PAMA (papa mama) masuk. XD


Moh laa datang kat Boat Noodle ni weyhh. Confirm korang semua takmenyesal. Aku yang dah makan tengah hari tadi, still craving lagi nak pergi sana. Sebab .. sebabnya aku makan 3 magkuk je. tsk tsk. Orang cakap pedass, so aku takutlah nak order banyak, kan takhabis.. aku yang rugi, Asilah yang untung :' D HAHA Macam biasalah, aku pergi dengan Asilah. Dia memang 'datemate' aku daaa. Orang lain nak ikot, tapi tulah. .. masing-masing ada masalah peribadi sendiri :

- duit takcukup
- class mandarin (lagipun hari ni ada test oral)
- kem apantah. .. Kawan aku sendiri taktahu kem apa.
- dan masalah dalaman yang lain. Takkan aku nak list kan jugak kot HEHE

Tapi biasalah studentkan.. Masalah paling 'win' sekali memang duit takcukup lah jawabnya. Dalam erti kata lain, nak berjimat. Akhir bulan baru boleh nak pergi try tempat makanan macam ni Nak shopping ke.. Kan lari bajet sara hidup kat Keyy'el ni, merana kau, sampai elaun MARA masuk  =,-


Berjaya Times Square 2nd Floor, East Wing

Located kat 2nd floor. Senang je nak cari Boat Noodle ni. Senang cerita, cari kat mana lift yang transparent (yang berkedudukan kat tengah-tengah TS), then Boat Noodle bertentangan je dengan lift tu. Takpun, korang akan nampak kedai kasut (Shoe's Bar), korang terus je.. straight don't belok-belok.Sebab boat noodle berada kat 'dalam' skit. Paling hujung kalau aku taksilap laa.


Interior design macam biasalah.. adalah skit suasana konon-konon berada kat Thailand. Waiter dorg maybe anak jati dari Thai kot. Dengan 'slang' english takberapa english sangat. Macam orang melayu speaking lah XD HIHI Mesti ada 'sleng' melayu skit kan..

Where are you jadi, "whey r uuu.." HAHA Dengan lagu thailand berkumandang pastu service pun okeylah sebab masa tu takdelah ramai sangat orang sampai beratur. Aku pergi dalam pukul 12 tengah hari. So, bukan waktu orang serbu lagi. Harga boleh tengok gambar atas. Yang penting, TAKDE CHARGE, TAX dikenakan. Tu yang paling aku suka. HIHI Tapi, seat dia takdelah banyak sangat. So, kalau korang pergi dalam pukul 1 petang keatas, maybe kena beratur lah kot. Sebab sorang-sorang makan bukanya sekejap. Macam akulah. (peace) Sebelum makan, snap gambar dulu.. sambil tu, borak-borak pasal saham hari ni jatuh ke tak, jumpa secret admirer ke tak kat kampus tadii .. hihi


Rate price satu bowl : RM 1.90

Setakat hari ni, satu bowl tu harga dia dalam RM1.90. So, bagi aku harga tu sedarhana. Takdelah mahal sangat dan takdelah murah sangat sebab kandungan mee dalam mangkuk tu sekali suap je, kalau kapasiti mulut korang saiz XXL laaa XD hehe Tapi aku tadi, dalam 2-3 kali suap dah habis. Aku order 3 bowl je. InsyaAllah nanti, kalau ada rezeki nak pergi lagi. Alaaa, TS je kot. ..

Ada dua jenis pilihan : ayam @ daging. Dan ada yang pedas, dan ada yang agakk pedas. Tak faham? hihi Takpe, nanti waiter tu terangkan dekat korang : ) Bagi aku masa makan 1st bowl tu, takterasa lagi pedas dia. Masuk bowl ke-2 okeyyy, pedas laa jugak tapi takdelah sampai takleh telan. Aku yang jenis takmakan pedas ni pun boleh pelahab 3 bowl, takmungkin korang takboleh kot ? 1st time nak try, so aku taknak laa jadi tamak plak nanti. Takcukup, boleh order lagi kan ;D


Nampak kan berapa 'helai' je mee dalam tu? So, kalau nak jadikan lunch ke, 3 takcukup beb! 5 keatas, insyaAllah. So, selagi dompet takkempis lagi tu kan, jom lah try boat noodle ni. Aku kena bayar RM5.70 untuk 3 bowl. Darabkan je RM1.90 dengan jumlah bowl yang korang beli. Dan selagi takde charge dikenakan ni, baik korang serbu cepat-cepat HEHEHE


Lagi satu, korang kena bayar kat counter tau. Jangan jadi macam kitaorang tadi.. ==' hahaha Sebenarnya, aku taknampak yang mana satu counter nak bayar. Signboard dalam bahasa thailand. Apa yang signboard tu maksudkan pun aku taktahu. So, aku cakap kat Asilah try tanya waiter dulu, kat mana counter nak bayar kan. Sebab meja sebelah kitaorang tadi, pergi bayar sendiri kat counter. Ni bukan macam Pizza Hut ke, Papa John ke yang angkat tangan pastu panggil waiter then masukkan duit dalam sarong beg tu pastu dorang kasi balance tu. Ni kena self-service.
Kau makan, kau sendiri yang kena bayar =,= ahhaha

Asilah, dia panggil waiter tu pastu tunjuk duit kat waiter tu. Dia nak suruh waiter tu bayarkan untuk kitaorang. Sebab dia cakap, kalau kat restaurant lain kan, kalau customer taktahu kat mana counter tu, dia just hulurkan duit tu then waiter tu datang lagi sekali just bagi balance. hadoiii asilah.. asilah..

Pastu waiter tu tunjuk kat kitaorg kat mana counter. Then dia gelak. Tapi gelak sinis jelah. Malunya aku time tu.. hahah Aku tanya asilah kenapa dia bg duit kat waiter tu, jawapan dia macam aku terangkan tulah. --' So, please jangan jadi macam kitaorang. 
Till then.




No comments:

Post a Comment