Tidur Mesti Berselimut

tidur mesti berselimut, ..
tak balot satu badan, kalau dah tutup bahagian kaki pun dah cantekk *thumbs up
takde selimut? bantal, kain pelikat ayah, kain batekk, beg.  takkesah lah asalkan kaki aku dah
cover. kalau tak selimut, silap haribulan esok kau dah jadi orang lain. Sebab malam tu, roh kau dah tertukar dengan roh roh yang merayau tengah malam. Iyeee.. percayalah.==,

Assalamualaikum.
Ni nak buat survey, sape kat sini yang tidur WAJIB berselimut ? Yang jeniss takboleh tinggal bantal busukk tu takpelah. Dimaafkan. Aku memahami. Banyak sebab kenapa aku kalau tidur MESTI berselimut.


Walaupun 1/4 je kegunaannya kat badan aku ni, highlight part mesti bahagian kaki lah kan. Musim panas, musim kemarau, musim tengkujuh sekalipun, selimut , jangan ditinggalkan. 1/4 tu cover kaki. Yang bahagian tertedah cari hangin kipas. Mula-mula terselak sikit bahagian lutut. Esok pagi, dah takde nampak kelibat selimut. Sape ambik entah

1. Pernah 'tersepakk' something waktu tengah raba-raba cari selimut.
Masa ni darjah 3. Waktu tu aku terjaga malam. Mata tak celik pun. Setakat nampak tak nampak je. Maklumlah gelap kan. Tangan ni je yang sibuk bekerja. Teraba-raba cari manalah selimut kesayangan aku nih. Patutlah sejukk, takberselimut rupanya aku malam tu. Eh eh sedap sedap aku raba-raba. .. selimut dah jumpa. Biasalahkan, kaki ni terajang sana terajang sini nak 'bukak' selimut tu. Tersepakk pulak menda lain. Apa tu ? Manalah aku tahu yang oii. Dah la strategic betul tempat dia time tu. Betul-betul kat jari kaki aku.

Nampak memang taklah. Mata pun entah bukak entah tertutup. Tapi masa sepak tu memang betul-betul terasa kat jari-jari kaki aku ni. Huh! Buat-buat taktahu pebenda tu pastu selimut satu badan.

2. Hantu akan masuk melalui ibu jari kaki
Ni kes selalu suka tengok cerita yang mengubat orang sakit kat astro Prima dulu lah. Apa ntah tajuk rancangan tu. Adalah pak ustaz ni cakap, hantu ni tempat paling senang dia nak masuk dalam badan manusia ialah melalui ibu jari kaki. hah! Dah pak ustaz cakap macam tu apa lagi.. tidur mesti cover lah sampai ibu jari kaki. Tak pun buat shortcut. Cover dari lutut sampai jari kaki jer. Aku
takk ! haha Dengan ibu jari tangan sekali aku tutup. So, masa nak tidur aku genggam dua-dua tangan aku. Pastikan ibu jari duduk dalam. Faham ke idok ? haha Dulu laa. Sekarang dah tak macam tu da. Kekadang je lepas layan cerita seram sorang-sorang. Teringat pulak kata-kata pak ustaz tu ^^

3. Rasa macam tak berbaju
Eh taktipu. Betul laa. Kalau takberselimut kan, korang tak terasa diri ni macam terdedah sangat ke ? Even dari atas sampai bawah korang pakai baju. Siap dengan stokin bagai tapi bagi aku kalau takberselimut terasa macam . .. too open. Hangin kipas kuat sangat. hoho Tapi, kalau malas cari selimut, setakat pakai stokin pun takpe. Tapi kan.. otak aku yang kreatif ni pernah berimaginasi,

nanti kalau hantu tu tanggalkan stokin yang kau pakai macam mana ? Pastu dia masuk lah thru ibu kaki kau lepas dia tanggalkan tu. Eh, kreatif betul otak kau nakk ! =='

4. Nak mati, takyah selimut
Hihi Ajal dan maut ditangan tuhan betul tak ? Point kat sini sebenarnya, kalau dah tahu musim sejuk, musim langit mencurahkan air hujan, musim air pasang.. takyah tunjuk power sangatlah konon-konon tak sejuk. Mestilah berselimutkan. Kita ni manusia, bukannya polar bear yang kulit tebal tu. Even kura-kura pun menyorok dalam cengkerang bila sejukk. Eh ye ke ? O.o hihi Teori diri sendiri.

Lagi satu, aku ni kalau tidur #kat rumah jelah Mesti kena ada bantal paling kurang 5. Paling kurang okey. Bukan paling maximum. Minimum 5, max lantak lah. Nanti aku susun keliling katil kasi muat. haha Aku pernah baca tak ingat kat mana, yang mengatakan orang yang tidur banyak bantal ni sebenarnya seorang yang kurang berkeyakinan. Senang cakap penakutlah. ahahah Tapi, yang tu aku admit. Aku memang kurang keyakinan. Penyakit orang melayu sebenarnya =,=

tak nak dah kenangan tersepakk something tu berulang lagi. Tak sanggup aku nak hadapnya.
haha Walaupun dah satu dekad, fresh lagi kenangan tu dalam kepala aku. oh! Apalah agaknya 'makhluk' yang menumpang kat kaki aku haritu eh ?? Eh seram plak kalau fikir.







4 comments:

  1. kalau tak da selimut tak selesa.. huhu

    ReplyDelete
  2. Seram pulak hahaha saya tidur memang tak pakai selimut sebab rimas sejuk macam mana pun tetap rasa rimas huhu

    ReplyDelete
  3. @Fhatin Amelia : setuju sanat sanatt *thumbs up XD

    @Sinuha : Jyeahhh kita berkongsi perasaan yang sama.

    @Nur Hidayah : Memang seram pun. Lepas kejadian tu selimut mmg saya tak tinggalkalau nak tidur. Sejuk panas macam mana, selimut WAJIB ada. Tapi lain plak bg Hidayah ni. hihi

    ReplyDelete