Refill Lah Bukannya Mintak Bill

Assalamualaikum.
Alkisahnya berlaku di Papa John's Restaurant di Berjaya Times Square. Aku dan Asilah dah buat plan cantik punya untuk meraikan cuti seminggu aka study week. Study week pun kitaorang raikan. Motif ? ntahh ==' haha Okey, sebelum masuk tu dah berkira-kira ni, nak masuk ke tak. Nak makan sini (Papa John's) ke tak ? Last-last, masuk jugak. Ni bukan pertama kali kitaorang makan kat sini. 1st time makan, "ehh boleh tahan best pizza kat Papa John's ni". Biasanya aku melahap 2 slice je tapi sampai 4 slice aku boleh telan lagi tau. Sape peminat pizza, boleh try Papa John's. Torbaiik !


Harga kat sini pun takdelah mahal sangat. Hari tu kitaorang order 5 pizza, 4 medium satu small hanya RM 50++ sahaja. Kitaorang ambil yang beli satu percuma satu. Tak ingat dah yang mana tapi memang taksangka lah harga dia taksampai RM80 even order 5 pizza.


Dua benda alah ni akan korang dapat. Yang warna kuning-kuning tu cheese. Taktahu cheese apa tapi rasa dia memang addicted. Kalau makan dengan pizza memang A+++++ Yang satu lagi macam sauce buat spagetti. Takdapat nak describe rasa macam mana. Tapi masam macam tomato pun ada. Yang penting memang best. Sorang akan dapat satu set je tau. 


Nama apa ntah pizza ni. Aku bukan penggemar sausage so aku lebih suka hawaiian chicken. Pergi mana-mana memang hawaiian chicken yang aku cari dulu. Dan kalau order kat mana-mana, cheezy wedges yang kat Papa John's ni memang takboleh lawan yang KFC. Chezzy Wedges KFC tetap legend. Bab kata tv9, dekat dihati laaah <3 <3 Kat sini (Papa John's) cheezy wedges kureng masak so still rasa keras. pfftt. Rejected!


Okeylah, dah habis pelahab semua makanan kan kecuali salad kat dalam gambar atas ni. Sayur tak fresh pastu mayonis plak banyak so memang takbalance sebab rasa mayonis tu kuatt sangat. Disebabkan termasuk dalam set yang kitaorang order, kalau tak memang takkan lah nak ordernya salad bagai ni. Tak kuasa iolls. Done, aku pun angkat lah tangan nak mintak bill. Ada sorang pekerja ni aku taksure dia tu berbangsa apa tapi yang penting memang bukan malay/malaysian. Maybe orang Nepal/Bangla. Entahlaa takboleh nak pastikan warganegara dia =='

"Bill please."

Dia pun angguk kepala. Pastu dia cakap dekat sorang pekerja ni. Bahasa apa dia cakap aku memang takboleh nak tafsir. Lama tu, ada sorang pekerja ni datang kat meja kitaorang then mintak gelas. Aku ni, "eh apasal pulak mintak gelas?" waktu ni memang aku confius apa dia nak buat pulak ni dengan gelas yang aku minum. Aku mintak bill laa. Bukan nak suruh refill. Dah la perut ni dah kembung dengan angin gas air tu, ehh dia baik hati pulak kasi aku satu gelas lagi. >.<

Okeyy, baru aku faham. Abang Nepal/Bangla tu salah faham ni. Aku cakap nak bill. Bill bang oiii bukannya refill air. =.= Terpaksa aku minum jugak air yang dia dah refill tu. Aku dengan Asilah nak je gelak #hauhuahuhahuahua tapi control. Muka masing-masing masa tu dah merah tahan gelak. Then aku suruh Asilah panggilkan pekerja lain. Melayu. Hah! Ada pun melayu. Barulah dia bagi bill.

nen ohhh nen.. . 

bang ohh bang. ..

Lain yang aku mintak lain yang kau kasi. Sape sebenarnya kena rasa malu Aku ke mamat nen/bang tu ? huhu Nasiblah takde charge yang kena. Kalau takkk.. Kalau tak aku kena bayar lah jugak ^^ Sape suruh minum air tu kan ? haha XD Ni lah akibatnya kalau bukan orang Malaysia kita yang jadi pekerja. Dorang tu bukannya takboleh langsung cakap malayu tapi sleng melayu dorang tu aku sendiri pun takfaham. 

Sebab tulah aku taknak jadi yang 'tukang meng-order' makanan ke, yang kena bayar ke, yang angkat tangan mintak refill ke.. macam nilah jadinya. Kalau diingatkan balik, kelakar pun ada plak. huhu Nasib kau lahh badan. 




10 comments:

  1. hahahahahaha rasanya abang bangla tu baru masuk malaysia kot sebab tu dia tak faham sangat. tapi bila bayangkan, kelakar gila xD

    ReplyDelete
  2. Hahahahahaha lawak lah. Btw nice post xD Suka sangat baca.

    ReplyDelete
  3. mungkin dia pekerja baru kot hahahahaha

    ReplyDelete
  4. Hahahaha kesian gila nak lain dapat lain. Saya pun tak suka tukaq bayaq ka apa ka sebab takut memalukan diri sendiri >.<

    ReplyDelete
  5. @Sabrina SA : maybe lah kan. takper kita bersangka baik hihi

    ReplyDelete
  6. @Hafezah Yusof : Ha'ah pekerja baru kot. Kita bagi dia masa. haha

    @Anis Farhana : okey, saya dah malukan diri saya --' Nasib takramai yang tahu pasal ni Shhh Keep it secret ok ? hehe

    ReplyDelete
  7. haha. ada kat satu hotel ni. bila dah minum air je dia refill. so kita minum la air yg dah di refill tu. lepas tu dia refill lagi. lepas tu kita minum. then dia refill balik. aduh pening kepala. kekeke. murah meh harga nya

    ReplyDelete
  8. salah faham. .hahaha
    makanan tu nampak sedap sangat.
    dahlah pengemar pizza T^T

    ReplyDelete