Berjaya Times Square Theme Park

Assalamualaikum.

Semalam lepas makan kat Nando's kitaorang decide nak pergi jenjalan cuci mata dulu kat level 3 (area yang kedai ada pokok daun tuu) bukan nak cuci duit eh! haha Dekat sejam jugak, masa tu dah nak pukul 8 malam. So, kitaorang pun menuju lah ke destinasi seterusnya

Berjaya Times Square Theme Park (level 5)


Rugi >.< Ergghhh Sebabnya aku masa ni pakai skirt. Oh oh oh Bukan short skirt meh. Skirt labuh yang biasa orang pakailah. Sebab semua ni last minute plan. Ingat nak pergi makan, then jenjalan shopping cuci mata je. Eh, terlanjur pulak aku ajak dorang ni pergi theme park. hihi Tapi niat dalam hati sebenarnya memang dah lama plan. BTS ni memang port kitaorang lepak. So, kekadang tu dengarlah 'bunyi' roller coaster kat theme park tu. Apantah nama saintifik dia. Lupaaaa


Rate : 9.5/10

Kitaorang masuk pukul 8, pukul 10 dah nak tutup ==' pffttt ! Fikir balik baru menyesal sebab sempat main 3 mainan je out of 10. Sempat je sebenarnya kitaorang nak main paling kurang 5 TAPI ada sebab kenapa takboleh nak main daaa. Ni based on my experience dan opinion aku la, better korang elakkan daripada main mainan yang namanya Dizzy Izzy. Ya Rabbi ! Mmg feninggg giler ! Kitaorang lilahhi memang taktipu hampir nak termuntah lepas main mainan ni. Ada lelaki ni pun dah terduduk masa lepas habis. Seriusss, extreme beb ! Nasib aku tak muntah betull. 

Tapi disebabkan aku dah main menatang ni, habis mainan lain aku dah takboleh main. Tengkak ni terasa loya, kepala memang pening habiss. Ingatkan nak naik lah sekali lagi Supersonic Odyssey (nama betul untuk roller coaster tu) . Harapan dah musnah lepas main Dizzy Izzy tu :


Rate : 2/10

Bukan sekali dia pusing, 3 kali ganda. Kalau nak merasa sendiri 'azab' haaa naiklah dipersilakan ^^
Tapi kawan aku yang lain cakap takdelah pening sangat. Entahlaa nakk.. . bagi aku memang pening. Satu lagi mainan yang sempat kitaorang main ialah Oort's Express.


Rate : 5/10

Pening tu adalah sikit tapi memang takboleh lawan Dizzy Izzy tu. Korang perasan tak dalam gambar ni semua yang naik akan 'ketepi'. Err, maksudnya semua akan ke kanan.. Haa! Sebab memang macam tulah keadaan korang bila naik benda alah ni. Aku tak habis-habis gelak sebab dikepit oleh Nana. Orang lain angkat tangan, tapi kitaorang berpaut kat besi tu. ==' Patutlah sakit habis tangan, bahu, pinggan. Biasalah first time. huhu

Selain dari 3 mainan ni, ada 7 lagi mainan yang boleh korang main :

1. Robo Crash 
2. Botanic Drive **
3. Fantasy Trail **
4. Buddy Go Round **
5. Crazy Bus **
6. Space Attack
7. DNA Mixer

# yang bertanda (**) ni lebih sesuai untuk kanak-kanak bawah 12 tahun. Tapi nak jadi kanak-kanak ribenna pun boleh. Dah bayar mahal-mahal, main laa sampai puas !

Beg, plastik shopping semua takboleh bawak. Phone pun takboleh tau sebenarnya. Tapi kalau korang ada pocket, boleh letak je kot kat dalam poket tu. Nanti korang kena beli kad, pastu dorang akan bagi token dan locker. Tak fahamm ? Takpe, nanti korang faham sendiri laa bila dah ada kat sana  nanti. Mainan-mainan extreme macam no. 6 & 7 + roller coaster tu.. memang berisiko kalau nak bawak phone sebab korang akan pusing 360 darjah. Takde belas kasihan HAHA XD




Bayaran yang dikenakan untuk adult + MyKad ialah RM 38
Untuk kanak-kanak + MyKad ialah RM 28



Rumah hantu (Haunted Chamber) dengan 5D Transforce Game tak termasuk sekali. Tu kena bayar asing. Rumah hantu semalam dorang cakap RM 9 sorang ==' Pfttt ! Pokailah aku. Taksilap yang 5D tu RM 15 seoarang. 

*****************

Disebabkan 'kesan' daripada naik Dizzy Izzy tu takhilang lagi kitaorang decide naik monorel sampai KL Sentral then terus ambik teksi. Semua dah tak larat nak naik LRT even satu stesen daripada KL Sentral (Bangsar). Nampaktak betapa 'seksa' nya semalam .. tsk tsk #sape suruh cari penyakit kan?
Manalaa aku tahu kena ambik coupon dulu sebelum ambik teksi berdekatan dengan KFC tu. Selalunya terus tanya pakcik teksi, boleh hantar ke tak.

Ya Rabbi Tahu tak berapa charge daripada KL Sentral ke Bangsar ?! Biasanya kitaorang kena bayar paling mahal pun dalam RM5 sahaja tapi semalam kena sampai RM 12 . Eh pebendaaaaa ?! Bengang plak aku. Mahalnya hidup kat Malaysia ni. Memang sengaja ambik kesempatan. Lepas ni malas dah aku nak naik kat sana. Yang jaga kaunter tu macam biasalah senyum pun jangan harap nak bagi. Letihh sangat ke melayan customer ???! alahh duduk je pun kerja dia ==' 

Yesterday was not my lucky day. Even dah habis final alhamdulillah tetap bersyukur. Esok dah nak balik tganung ! Sem break dah titewwww Huyaaaaoo !!!
# gambar kat theme semua ambik dari Google, untuk owner terima kasih, saya pinjam gambar eh.











6 comments:

  1. HAHAHA I FEEL YOU
    LEPAS NAIK DIZZY TU TERUS TAKLEH NAK NAIK BENDA LAIN ;A;
    Saya main 4 ride je sebab sejam berehat lepas naik dizzy tu. Oart tu best!!! tergelak2 dibuatnya. roller coaster pulak fun jugak cuma kejap sangat. space attack agak menakutkan sampai berzikir saya dibuatnya hahaha. DNA Mixer nasib baik tak naik sebab kawan kata benda tu menyakitkan private parts lolol.

    ReplyDelete
  2. Tak pernah main benda benda macam ni hehehe. Kat tempat saya takdak benda benda macam tu sedih betul.

    ReplyDelete
  3. menarik juga buat sesiapa yang minat permainan sebegini.. kunjung balas dan done follow..

    http://izzeyda.blogspot.com

    ReplyDelete
  4. Wah..sounds like mini fun fair hehehe Kene pegi sebelum makan ni. huhuuu

    ReplyDelete
  5. @Aisya 사구라 : Opsss! Nasib laa taknaik DNA mixer tu kan? Teringin sebenarnya nak naik maklumlah dah beli tiket mahal-mahal takkan tak nak main semua XD

    ReplyDelete
  6. @Anis Farhana : Takpelah awak. Tak naik pun takpe. hihi Mcm saya kan dah menyesal tsk tsk

    @Izzeyda : bagi peminat permainan ekstrem mmg sesuaaaaaai sgt *angkut kepala

    @Mek Zumbie : Fun fair yang mmg kasi kenangan terindah sangat! Eh tak marah pun hihi

    ReplyDelete