Food Review : WAHDAH Delight Choco Rice

Assalamualaikum.
Blog sunyi, tidak berupdate kosong tanpa berita. Tough week for me. T^T Laptop kena repair seminggu sebab ada masalah dalaman yang kena settle sebelum buka semester 2 nanti. tsk tsk Nasiblah, 'besi buruk' ni yang still dapat berkhidmat walaupun kelihatan uzur pada luaranya. 8 tahun berkhidmat, terima kasih. Mampu guna auto-post entry je. hihi Okay, dimurahkan rezeki. Alhamdulillah baru-baru ni terpilih juga sebagai salah seorang daripada 50 orang blogger untuk satu aktiviti mereview + dapat gift. Nasib tersenarai, dapatlah jugak merasa choco rice ni.

Giftnya mestilah 'hero' utama entry review kali ni. WAHDAH Delight Choco Rice


Dulu kan famous dengan fenomena choco rice aka buble rice ni terutamanya kat Instagram, facebook. Dah ramai peniaga kecil mencuba nasib dengan memulakan perniagaan makanan ala-ala biskut, kek, pastri, susu pun ada sekarang kan? Haaa.. memang tak terkiralah berapa bayak instashop, online shop yang dah menjual produk makanan ni dan tak terkecuali juga WAHDAH Delight, yang sebenarnya sudi untuk sponsor 50 botol choco rice kepada 50 blogger yang sudi mereview produk terlaris keluaran mereka.


tak kenal maka tak cinta kan? Aku ni memang penggemar chocolate, apa-apa makanan berasaskan chocolate memang aku takboleh nak tahan nafsu 'hantu cokelet' dan ini merupakan 1st time aku merasa choco rice. Sebelum ni hanya mampu pandang, telan air liur, kerut dahi sebab hajat tak pernah kesampaian nak merasa. So, setelah merasa WAHDAH Delight Choco Rice tadi, memang ..
memang korang.. memang korang kena cuba sendiri sebab memang best !!!

- coklat melimpah ruah
- kerangupan bertih jagung yang rangup
- memang takcukup kalau makan satu, kena beli lebih
- saiz jar yang besar dan berbaloi dengan harga yang ditawarkan
- proses penghantaran yang cepat dan sistematik dan,
- yang penting 100% HALAL

Baiklah untuk cara penyedian choco rice ni, korang boleh ikut step macam kat bawah :

1. Masukkan air panas dalam bekas.
2. Rendam choco rice dalam bekas yang berisi air panas.
3. Biarkan selama 5 minit sehingga coklat cair.
4. Sedia untuk dimakan. DONE !

#Tips : kalau kat rumah korang ada chocolate rice/ chocolate chips / almond/ kekacang/ , korang boleh je add on dalam balang chocolate rice tu. Lagi variasi masa makan tu. Lagi syokk !!


Harga ialah RM 28/ 3 jar (berlainan saiz) termasuk dengan penghantaran. Promosi ni 
limited sampai 31 Januari ni je tau. Cepat grab sebelum terlambat !

PROMOSI SET COMBO CHOCO RICE mendapat sambutan yang baik daripada semua penggemar coklat. Bagi sesiapa yang belum mendapatkan Choco Rice dengan harga promosi ini, boleh dapatkannya sekarang. Untuk pembelian, PM atau WhatsApp di 016-772 4594 okay.

Lagipun, buat pengetahuan korang, WAHDAH Delight sekarang ni sedang mencari rakan niaga di seluruh Malaysia bagi penjualan Choco Rice. Apakah keistimewaan produk WAHDAH Delight (choco rice) ni ?

- produk baru yang menggegarkan pasaran online
- keenakan yang tiada tandingan
- pembelian berulang
- permintaan tinggi

Selain tu juga, keistimewaan yang korang akan dapat bila menjadi rakan niaga WAHDAH Delight :

- setiap rakan niaga akan diberikan no. id tersendiri
- PERCUMA bahan promosi bagi Rakan Niaga yang AKTIF
- maklumat anda akan disiarkan di majalah, media dan setiap medium pemasaran kami
- mendapat hadiah bulanan / tahunan yang menarik bagi Rakan Niaga yang PALING TINGGI JUALAN
- akan dibimbing cara-cara pemasaran dan bagaimana untuk melariskan produk
- pertanyaan tanpa had


So, bagi sesiapa yang nak dapatkan income bulanan dengan cara yang termudah, apa tunggu lagi sertailah rakan niaga by WAHDAH Delight. Lagipun korang akan dibimbing oleh mereka yang arif bab-bab perniagaan ni. Untuk maklumat lanjut :



Instagram : WAHDAH Delight Official 
Laman Web : www.WAHDAHDelight.com 
No. Hotline : 016 – 772 4594



Lain orang, lain citarasanya. Lain orang, lain tengkaknya kan ? So, taksalah kalau kita mencuba pelbagai jenis produk keluaran orang-orang kita terutamanya keluaran local. Sekian sahaja review saya kali ni. Berminat, boleh je terus order thru WhatsApp ke 016-772 4594 ataupun boleh inbox facebook rasmi WAHDAH Delight.



No comments:

Post a Comment