Food Review : Nando's Berjaya Times Square

Assalamualaikum, sahabat semua.
4 paper dah habis. So, alhamdulillah final exam untuk semester 1 ni pun dah berakhir. Esok dah start sem break sampai awal bulan 2. Kitaaa enjoyy ! Tadi, aku dan sahabat-sahabat kesayangan aku ( Nana, Asilah) decide nak lunch kat Nando's Berjaya Times Square.

< peri - peri sauce >

Pukul 5 lunch ke ? haha XD Habis exam pukul 4 so dah termasuk sekali dengan dinner lah kan ? Sebelum masuk, kitaorang survey dulu menu. Apakebenda lah nak order nanti. So, kat luar tu ada disediakan menu. No worries guys. Pot pet pot pettt.. finally, dapat juga merasa Nandos HUREYY

Walaupun sebelum masuk dah decide menu mana nak pilih, tapi macam biasalah kitaorang ni takkan terus order. Tambah pulak dengan si Nana tu hadooyaiii. .. Ada je soalan nak tanya.


**************

Coleslaw tu apa ?

Peri-peri chicken tu ayam jenis apa ? Kenapa nama dia Peri-peri ?
Besar ke saiz ayam ni ? Kan nanti aku tak kenyang >.<

Habis tu, side dish tu apa pulak ? Eh aku nak order burger lah nanti kalau lapar lagi.
Eh tak nakkk laa. Tak jadi. Nak makan nasik. Nasi ada ?
Mediterranean rice tu apa ? Nasi arab eh eh eh ??


*********************

Tulah perbualan yang biasanya aku kena hadap kalau dengan si Nana ni. Haha Takpe Nana, aku
sabar je jawab persoalan yang timbul dalam kepala hotak kau tu eh ==' Orait, so lepas 10 minit memerah otakk bergabung tenaga. Muktamadd !! Kami pilih :



Platters To Share : Full Platter
*for 2-3 people to share

- whole chicken
- 2 LARGE or 4 REGULAR sides 

TOTAL : RM 55(exlude tax)


< click gambar untuk zoom >

Sides boleh pilih. Sides ada dua size ; regular dan large.
Sides yang available kat Nando's BTS :

1. Chips
2. Coleslaw (M)
3. Potato Wedges
4. Corn-on-the-Cob
5. Garlic Bread (S)
6. Spice Rice
7. Mediterranean Rice
8. Grilled Veg
9. Side Salad

*aku taktahu lah aku silap ke apa tapi sides yang available kat Nandos ni berbeza mengikut tempat. Kadang tu, tempat lain ada fries tapi kat BTS takde. Entahlaa, maybe aku tersilap pandang ke.Tapi aku sure dalam menu tadi mmg takde fries.

< whole chicken with mild peri-peri sauce + mediterranean rice >

< potato wedges + mediterranean rice >

Food Rate : 9/10

Alhamdulillah kenyang aku makan. Kalau nak review satu-satu, untuk chicken masa nak order nanti, waiter/waitress tu akan tanya peri-peri sauce apa yang kita nak. Peri-peri sauce ni yang palingg panas dipasaran sebenarnya. Yang memang kalau pergi Nando's, orang akan dapat merasa sauce peri-peri ni. Terdapat 4 jenis. Boleh refer pamplet kat bawah ni :


Kitaorang pilih yang mild peri-peri. Rasanya masam masam manis campur pedas sikit. Lebih kurang rasa kuah ayam/ikan percik. Sesiapa yang suka pedass, ahaaa! Memang sesuai sangatlah.


Untuk minuman kitaorang order :

1. Sunkist Juice (RM 7.90)
2. CokeLight Gls (5.90) **
3. Strawberry Gls (5.90) **

Both yang ada tanda (**) boleh refill sesuka hati korang berapa banyak yang korang nak. Tadi aku refill sekali je, memang TAKDE charge yang dikenakan. No worries XD Nak sepuloh kali pun boleh.
Ohyeahhh, maaf part drinks TAKDE gambar. peace V

Sedikit je gambarnya maklumlah kitaorang ambil yang set punya tu bukannya yang ala carte. Overall aku puas hati sebab service memang A+ Lancar je takde banyak masalah. Rasa makanan pun memang 'kena' dengan selera western aku. InsyaAllah kalau ada rezeki, nanti nak try menu lain la plak. hihi Aku ni memang spesis food hunter. Teringin nak makan boat noodle. ==, hehe InsyaAllah soon .. .

# Total incl govt tax + service charge = RM 86.65
Sub total : RM 74.70
Service charge : RM 7.47
Govt tax : RM 4.48
Total : RM 86.65










2 comments: