Powerbank Pineng 10000mAh RM49

Assalamualaikum.
Lamanya takupdate cerita baru. Hari ni, rajin sikit sebab semalam, aku dah pokaikan dompet aku.
Tahniah tahniah, tapi aku pokaikan bukan beli benda yang takberfaedah. Dulu ye laa, time pergi Times Square, tu aku shopping : skirt, baju, shawl. Tapi kalau fikir balik, tak adalah laa membazir sangat pun. Aku guna je semua benda alah yang aku beli tu =,=

Semalam, kawan aku ajak pergi Midvalley. Dia cakap ada PC Affair kat sana. Alang-alang dah habis kelas ganti semalam kitaorg berempat pun terus pergi sana. Hajat dihati nak jimatkan duit konon-konon nak laa makan kat DBKL, sebab harga makanan jauh lagi murah. Faham-faham jela kalau makan kat food court, harga mesti nak sampai RM10. So, macam biasalah kan, aku pergi sana naik KTM.

KL Sentral > KTM ke Midvalley.

Masa masuk dalam train tu tak adalah ramai sangat. Tapi bila sampai je sana PENUHHH manusia. Hujung minggu, faham-faham jelah. So lepas makan kitaorang gerak ke Midvalley Exhibition Center. Dewan Pameran dalam BM . Sebelah food court atas. Food court yang sebelah Daiso Japan tu. Hari ni konferm lagii ramai sebb hari ni hari last. Macam-macam ada kat sana. Laptop, Printer, Powerbank, Speaker, Monopod, Headphone, Keyboard etc TAPI disebabkan manusia kat dalam sana terlampau ramai, memang kalau nak buat urusan jual-beli tu , huh ! kena sabar lah sikit.

Aksi tolak menolak, jalan tak pandang kiri-kanan, terlanggar bahu, tangan, tersepak itu ini dah kena biasakan lah. >.< Macam takbiasa je kalau pergi pasar malam.

Wishlist aku nak cari headphone dengan powerbank. Tapi, takut jugak nak beli kat tempat macam ni terutamanya powerbank. Nak cari yang ORI tu macam susah sikit nak percaya. Tapi aku TERbeli jugak semalam ^^ InsyaAllah, harap-harap elok sihat walafiat laa keadaan powerbank aku ni.



Warna putih je hado. Semalam aku charge sampai pukul 2 pagi alhamdulillah okey je powerbank ni.
So pada sesiapa yang nak cari powerbank Pineng ORI murah, sempat lagi kot nak serbu Midvalley. Ramai ke tak ramai redahh je, confirm hari ni dorg buat sale gempakk punya ^^




1 comment: