Food Review : Magnum Lah Sangat Kan

Assalamualaikum.
Disebabkan rasa kebosanan tahap melampau, 48jam stay hostel dan terperap dalam bilik #maklumlah hari minggu kan , so aku decide dengan Asilah untuk mengisi waktu-waktu kelapangan kitaorang hari ni dengan pergi Midvalley, kononnya berhajat lah nak merasa Magnum kat Magnum Cafe, Midvalley. Kononnya lah kan =='

Ni 2nd time jugaklah kitaorang date bersama. Maklumlah, orang jauh. Orang dekat semua dah balik rumah. Untunglah rumah dekat. Disebabkan musim skrg dah masuk 'winter' so terpaksalah tadi berjalan laju sikit. Naik Rapid bas smpai LRT Bangsar. Sampai LRT Bangsar, kitaorg naik teksi. Rate RM 5. Okeylah. So, kitaorg decide nak makan magnum tu dulu sblum pergi 'melahap' kat tempat lain plak nanti.


Mak oiiiiih. Bukan main panjang lagi beratur. Cuti sekolah dah bermula kan =,= #menyampah Seperti yang dimaklumkan, Magnum Cafe ni ada 2 floor. Ingatkan, floor atas dengan bawah ni sama je function dia. Rupanya bukan seperti yang kitaorang sangka. For those yang berniat, berhajat, berkeinginan, mengidam nak melahap kat Magnum Cafe ni kan, sila baca entry ni sampai habis eh
Sebab nanti korang tersalah 'floor' plak kan.

Mula-mula aku beratur kat floor bawah, lama tu kitaorang gerak kat floor atas sebab nak tengok barisan mana yang lagi pendek kan. Pastu, kitaorg decide nak beratur yang atas jelah. Yang atas dia ada hot food, lagi apa ntah tak ingat dah.

Bila turn kitaorang, baru tahu yang sebenarnya kalau nak order yang magnum harga RM 9.90 tu kan
yang macam gambar kat bawah ni :


Korang kena order menu yang dorang dah tetapkan. Tu, kalau korang beratur belah atas laa. Agaknya kalau yang belah bawah tu takperlu dan takde pun syarat2x yang korang kena oder menu lain semua tuh. Frustt jugak bila tahu macam tu.Yang belah bwah ni yang korang boleh decide, decorate, pilih topping mana untuk korang punya magnum.

Kitaorang order menu yang sama sebab sebenarnya nak pilih yang ada waffle tu, tapi waiter tu cakap, takbolehhh! Kena pilih menu yang dah ditetapkan je dulu. Aku pun takberapa faham dengan perjalanan, kronologi step  kalau nak pilih menu semua benda ni. So, kitaorg ambik : Magnum Soup.


Magnum SoupRM 22 (exlude tax)

Food Rate : 4/10

Satu je, takberbaloiii! Tengok dalam menu nampak macam gempak je kan. Tapi ni rupa sebenar Magnum Soup tu. Dan dan korang nak tahu tak yang biskut tu, biskut apa ? Sape kat sini penggemar 'biskut beras' ? Haaaaaa. Biskut beras lah tu =='

Ya Allah memang rasa macam apantah. Bagi aku.. (my opinion) better RM22 habiskan kat Dip N Dip. Sump** berbaloi ! Kat sini takberbaloi .. Tapi commonlah kan, nama pun Magnum takkan lah jual murah.. tapi yang takboleh tahan tu kenapa ada biskut beras dalam pinggan ni ???! Aku dengan Asilah takboleh tahan nak gelak, tapi kitaorang control je tadi.. Kan nanti orang pandang plakk 

Kawan aku cakap yang chip magnum warna coklat tu yang mahal sebenarnya. So, lepas ni kalau korang nak pergi magnum dan nak beli yang harga RM9.90 tu, korang beratur floor  bawah eh. Bukannya yang atas. Kan nanti menyesal tak sudah.

Total harga termasuk tax untuk 2 Magnum Soup ni ialah : RM 51.05 sahaja Tax dah RM6++ lebih. Service dia lembab sikitlah. Biasalah kedai baru bukak kan.. Baiklah, tujelah cerita disebalik Magnum Cafe. Kalau senang , cari je Daiso, takpun Vans ke, .. yang tujelah yang aku ingat kedai area Magnum Cafe ni. Kalau hari minggu rasanya lagi ramai kot.

Akhir kata, berbaloi ke tak ?? Bagi aku, TAKKKK! Langsung takk! 
Menyesal pun ada huhu T^T








3 comments:

  1. uishh mahal nye! biskut beras tu mmg takleh terima..apa rasa makan aiskrim dengan biskut beras tu? hehe

    ReplyDelete
  2. @huda azmi , rasa macam , ... . TERTIPU !!! hahaha Harga bukan main mahal tapi letak biskut berass je, yang harga taksampai RM10.00 sebungkus tu . ==' Bengang tak boleh nak cakap lah hhuh

    ReplyDelete
  3. Rasanye better amik yg 9.90 tu..berbaloi kan..hihi

    ReplyDelete