18 Tahun Pun Nak Homesick Lagi Ke?

Assalamualaikum.
Alhamdulillah tadi dah masuk kali ke-4 aku puasa. Puasa apa ? Eh eh.. haha Puasa ganti +,+ Dan hari ni masuk hari kedua aku takpergi mana-mana. Stay kat hostel 48jam. Ya Allah, serius puas teramat-amat, rasa macam nak drive sorang-sorang, pastu pergi bandar.. Date sorang diri. Tapi apakan daya, sini KL, bukannya Dungun. ==' Kalau ada kat rumah skarang ni, dah lama aku ajak ibu keluar pergi jenjalan.. Mesra Mall ke. .. Tengok wayang #banyak film best2 skarg ni. Tak pun makan angin kat tepi pantai. Tapi, apa mau buat, aku berada 389.03980 km dari Dungun.

Nak nangiss.. sobs sobs T^T Kalau aku keseorang, memang macam nilah jadinya. Homesick. Kalaulah Dungun tu dekat, bukak pintu rumah dah nampak menara KLCC, kan best. Setiap 2 minggu sekali dapat balik rumah. Dulu aku tak ada pun feeling-feeling homesick ni. Since assignment banyak bertimbun, perasaan tu semakin menjadi-jadi.

Rindu masakan kat rumah, rindu nak makan kuih-muih kat pasar malam, minum air tebu.. Rindu katil tercenta.. rindu bilik kesayangan.. rindu bantal bushukkk. XD Takpe, hold dulu perasaan ni. Tinggal kurang dari sebulan lagi sebelum study week. Nanti study week mmg aku nak balik. Lantak laa. Nak balik jugak. Lama dah ni tahan penangan masakan orang ganu ^^ especially my omma. <3


18 tahun ke, 56 tahun ke, 30 tahun ke.. perasaan homesick kat kampung memang bagi aku takkan hilang. Even nanti kalau belajar obersea ke, #insyaAllah hometown takkan aku lupa. Normal lah tu kalau ada perasaan homesick, kan ? Dulu yelah waktu F4, nangis-nangis kat public phone Haha Cakap kat ibu, nak balikk lah.. tak best belajar kat sini.. Nak pindah.. Semua ada. Biasalah tu, anak manja. Takboleh berjauhan dengan ibu sebenarnya aku ni. Ibu je buat-buat takde apa2.. XD

Hidup berjauhan dengan family ni menganjar kita untuk matang, hargai apa yang ada sekarang. Hargai apa yang ada depan mata kita. Sebab nanti kita mesti akan rindukan saat-saat tu. Keep smile, may Allah ease everything, Amin Ya Rabbal Alamin.




No comments:

Post a Comment