Food Review : Magnum Lah Sangat Kan

3 comments:
Assalamualaikum.
Disebabkan rasa kebosanan tahap melampau, 48jam stay hostel dan terperap dalam bilik #maklumlah hari minggu kan , so aku decide dengan Asilah untuk mengisi waktu-waktu kelapangan kitaorang hari ni dengan pergi Midvalley, kononnya berhajat lah nak merasa Magnum kat Magnum Cafe, Midvalley. Kononnya lah kan =='

Ni 2nd time jugaklah kitaorang date bersama. Maklumlah, orang jauh. Orang dekat semua dah balik rumah. Untunglah rumah dekat. Disebabkan musim skrg dah masuk 'winter' so terpaksalah tadi berjalan laju sikit. Naik Rapid bas smpai LRT Bangsar. Sampai LRT Bangsar, kitaorg naik teksi. Rate RM 5. Okeylah. So, kitaorg decide nak makan magnum tu dulu sblum pergi 'melahap' kat tempat lain plak nanti.


Mak oiiiiih. Bukan main panjang lagi beratur. Cuti sekolah dah bermula kan =,= #menyampah Seperti yang dimaklumkan, Magnum Cafe ni ada 2 floor. Ingatkan, floor atas dengan bawah ni sama je function dia. Rupanya bukan seperti yang kitaorang sangka. For those yang berniat, berhajat, berkeinginan, mengidam nak melahap kat Magnum Cafe ni kan, sila baca entry ni sampai habis eh
Sebab nanti korang tersalah 'floor' plak kan.

Mula-mula aku beratur kat floor bawah, lama tu kitaorang gerak kat floor atas sebab nak tengok barisan mana yang lagi pendek kan. Pastu, kitaorg decide nak beratur yang atas jelah. Yang atas dia ada hot food, lagi apa ntah tak ingat dah.

Bila turn kitaorang, baru tahu yang sebenarnya kalau nak order yang magnum harga RM 9.90 tu kan
yang macam gambar kat bawah ni :


Korang kena order menu yang dorang dah tetapkan. Tu, kalau korang beratur belah atas laa. Agaknya kalau yang belah bawah tu takperlu dan takde pun syarat2x yang korang kena oder menu lain semua tuh. Frustt jugak bila tahu macam tu.Yang belah bwah ni yang korang boleh decide, decorate, pilih topping mana untuk korang punya magnum.

Kitaorang order menu yang sama sebab sebenarnya nak pilih yang ada waffle tu, tapi waiter tu cakap, takbolehhh! Kena pilih menu yang dah ditetapkan je dulu. Aku pun takberapa faham dengan perjalanan, kronologi step  kalau nak pilih menu semua benda ni. So, kitaorg ambik : Magnum Soup.


Magnum SoupRM 22 (exlude tax)

Food Rate : 4/10

Satu je, takberbaloiii! Tengok dalam menu nampak macam gempak je kan. Tapi ni rupa sebenar Magnum Soup tu. Dan dan korang nak tahu tak yang biskut tu, biskut apa ? Sape kat sini penggemar 'biskut beras' ? Haaaaaa. Biskut beras lah tu =='

Ya Allah memang rasa macam apantah. Bagi aku.. (my opinion) better RM22 habiskan kat Dip N Dip. Sump** berbaloi ! Kat sini takberbaloi .. Tapi commonlah kan, nama pun Magnum takkan lah jual murah.. tapi yang takboleh tahan tu kenapa ada biskut beras dalam pinggan ni ???! Aku dengan Asilah takboleh tahan nak gelak, tapi kitaorang control je tadi.. Kan nanti orang pandang plakk 

Kawan aku cakap yang chip magnum warna coklat tu yang mahal sebenarnya. So, lepas ni kalau korang nak pergi magnum dan nak beli yang harga RM9.90 tu, korang beratur floor  bawah eh. Bukannya yang atas. Kan nanti menyesal tak sudah.

Total harga termasuk tax untuk 2 Magnum Soup ni ialah : RM 51.05 sahaja Tax dah RM6++ lebih. Service dia lembab sikitlah. Biasalah kedai baru bukak kan.. Baiklah, tujelah cerita disebalik Magnum Cafe. Kalau senang , cari je Daiso, takpun Vans ke, .. yang tujelah yang aku ingat kedai area Magnum Cafe ni. Kalau hari minggu rasanya lagi ramai kot.

Akhir kata, berbaloi ke tak ?? Bagi aku, TAKKKK! Langsung takk! 
Menyesal pun ada huhu T^T








18 Tahun Pun Nak Homesick Lagi Ke?

No comments:
Assalamualaikum.
Alhamdulillah tadi dah masuk kali ke-4 aku puasa. Puasa apa ? Eh eh.. haha Puasa ganti +,+ Dan hari ni masuk hari kedua aku takpergi mana-mana. Stay kat hostel 48jam. Ya Allah, serius puas teramat-amat, rasa macam nak drive sorang-sorang, pastu pergi bandar.. Date sorang diri. Tapi apakan daya, sini KL, bukannya Dungun. ==' Kalau ada kat rumah skarang ni, dah lama aku ajak ibu keluar pergi jenjalan.. Mesra Mall ke. .. Tengok wayang #banyak film best2 skarg ni. Tak pun makan angin kat tepi pantai. Tapi, apa mau buat, aku berada 389.03980 km dari Dungun.

Nak nangiss.. sobs sobs T^T Kalau aku keseorang, memang macam nilah jadinya. Homesick. Kalaulah Dungun tu dekat, bukak pintu rumah dah nampak menara KLCC, kan best. Setiap 2 minggu sekali dapat balik rumah. Dulu aku tak ada pun feeling-feeling homesick ni. Since assignment banyak bertimbun, perasaan tu semakin menjadi-jadi.

Rindu masakan kat rumah, rindu nak makan kuih-muih kat pasar malam, minum air tebu.. Rindu katil tercenta.. rindu bilik kesayangan.. rindu bantal bushukkk. XD Takpe, hold dulu perasaan ni. Tinggal kurang dari sebulan lagi sebelum study week. Nanti study week mmg aku nak balik. Lantak laa. Nak balik jugak. Lama dah ni tahan penangan masakan orang ganu ^^ especially my omma. <3


18 tahun ke, 56 tahun ke, 30 tahun ke.. perasaan homesick kat kampung memang bagi aku takkan hilang. Even nanti kalau belajar obersea ke, #insyaAllah hometown takkan aku lupa. Normal lah tu kalau ada perasaan homesick, kan ? Dulu yelah waktu F4, nangis-nangis kat public phone Haha Cakap kat ibu, nak balikk lah.. tak best belajar kat sini.. Nak pindah.. Semua ada. Biasalah tu, anak manja. Takboleh berjauhan dengan ibu sebenarnya aku ni. Ibu je buat-buat takde apa2.. XD

Hidup berjauhan dengan family ni menganjar kita untuk matang, hargai apa yang ada sekarang. Hargai apa yang ada depan mata kita. Sebab nanti kita mesti akan rindukan saat-saat tu. Keep smile, may Allah ease everything, Amin Ya Rabbal Alamin.




Rooftop Photoshoot

6 comments:
Assalamualaikum,
Quill City Mall yang terletak betul-betul belakang kampus Unikl Miit dah jadi 'port' baru untuk student Unikl, terutamanya. Kalau nak senang, boleh naik LRT turun di stesen LRT Dang Wangi. Tapi kena jalan jauh sikit laaa. Nampak je bangunan Unikl, haah betul la tu. Nak senang, naik je monorel berhenti di stesen Medan Tuanku. Tapi kalau naik monorel, faham-faham jelah 'speed' km/j if naik monorel.

Saiz mall ni memang superb laaah! Ad 8 tingkat taksilap(termasuk rooftop) tapi serius weyhhh, syok giler. Cinema, bowling, semua ada : buat masa sekarang still dalam construction. Mula-mula aku ingatkan kat rooftop ni takboleh naik kan nanti kata ceroboh la , tapi bolehhh je sebenarnya ^^


Dalam banyak-banyak gambar, aku paling suka yang ni ! haha Yang ni gambar kedua untuk 'aksi' lompat. Konon-konon nak lompat sama-samalah guna timer phone. Cehh ! angan-angan je. hihi Gambar 1st, aku sorang je yang lompat. *bangga** XD Gambar atas ni candid pun ada. Aku yang pakai baju hitambiru tu. Time melompat ni, tudung aku plakk gatai duk menari2x, habess cover muka aku. ngehehe


Yeahhhhyy ! Aku sorang je yang berjaya lompat XD Yang lain semua blurr time ni. "bila lah nak lompat". Acctually, aku dh timer 10seconds so pandai2x sendirilah set time bila nak lompat.


Dan dalam banyak-banyak gambar, gambar yang ni aku rasa yang paling high-class ! kihkihkih Motif kitaorang buat pose ni aku taktahu. Tapi mmg semua takboleh senyum pastu buat muka 'bajett' ganazz sikit. Berlagakk ganster, "ini rooftop, kami punya lahhhh" =='


Banyak lagi sebenarnya gambar nak 'tayanggg' kat sini tapi, taksemua boleh. Ada yang hanya boeh buat simpanan peribadi je XD hihi Takde ayat dah aku nak karang. Assignment awaiting.

Rooftop Quill ni jugak mmg sesuai untuk 'mereka' yang gemar ambik gambar !!

till then,

#photo had been taken with Sony Xperia Z1. Akhirnya, baru aku tahu yang handphone aku ni yang bercirikan camera 20.1 MB memangg sesuai untuk snap gambar ala-ala macam photoshoot gitu.
For those yang nak cari tempat nak ambil gambar dengan 'pencahayaan' yang natural, moh datang ke rooftop Quill. Confirm puas hati dengan hasil yang korang dapat.



Powerbank Pineng 10000mAh RM49

1 comment:
Assalamualaikum.
Lamanya takupdate cerita baru. Hari ni, rajin sikit sebab semalam, aku dah pokaikan dompet aku.
Tahniah tahniah, tapi aku pokaikan bukan beli benda yang takberfaedah. Dulu ye laa, time pergi Times Square, tu aku shopping : skirt, baju, shawl. Tapi kalau fikir balik, tak adalah laa membazir sangat pun. Aku guna je semua benda alah yang aku beli tu =,=

Semalam, kawan aku ajak pergi Midvalley. Dia cakap ada PC Affair kat sana. Alang-alang dah habis kelas ganti semalam kitaorg berempat pun terus pergi sana. Hajat dihati nak jimatkan duit konon-konon nak laa makan kat DBKL, sebab harga makanan jauh lagi murah. Faham-faham jela kalau makan kat food court, harga mesti nak sampai RM10. So, macam biasalah kan, aku pergi sana naik KTM.

KL Sentral > KTM ke Midvalley.

Masa masuk dalam train tu tak adalah ramai sangat. Tapi bila sampai je sana PENUHHH manusia. Hujung minggu, faham-faham jelah. So lepas makan kitaorang gerak ke Midvalley Exhibition Center. Dewan Pameran dalam BM . Sebelah food court atas. Food court yang sebelah Daiso Japan tu. Hari ni konferm lagii ramai sebb hari ni hari last. Macam-macam ada kat sana. Laptop, Printer, Powerbank, Speaker, Monopod, Headphone, Keyboard etc TAPI disebabkan manusia kat dalam sana terlampau ramai, memang kalau nak buat urusan jual-beli tu , huh ! kena sabar lah sikit.

Aksi tolak menolak, jalan tak pandang kiri-kanan, terlanggar bahu, tangan, tersepak itu ini dah kena biasakan lah. >.< Macam takbiasa je kalau pergi pasar malam.

Wishlist aku nak cari headphone dengan powerbank. Tapi, takut jugak nak beli kat tempat macam ni terutamanya powerbank. Nak cari yang ORI tu macam susah sikit nak percaya. Tapi aku TERbeli jugak semalam ^^ InsyaAllah, harap-harap elok sihat walafiat laa keadaan powerbank aku ni.



Warna putih je hado. Semalam aku charge sampai pukul 2 pagi alhamdulillah okey je powerbank ni.
So pada sesiapa yang nak cari powerbank Pineng ORI murah, sempat lagi kot nak serbu Midvalley. Ramai ke tak ramai redahh je, confirm hari ni dorg buat sale gempakk punya ^^