Alkisah Hampir Tertinggal Bas Part 2

Assalamualaikum.
Wah wah wah ! Taksabar nampaknya nak tahu sambungan cerita 'sadis' aku tu eh ? Kalau yang belum tahu boleh ke link ni : Alkisah Hampir Tertinggal Bas . Dah nama pun h a m p i r tertinggal bas kan so, memang aku sempat je nak naik bas tu tapi HOW ?


Okeyy, bila aku frusst menunggeng sebab akak tu cakap seat bas trip ke-2 ni full aku dengan muka poyo sehabis-habis sedih kalah minah indon berlakon tu, tercegat je kat depan tangga. (bas dua tingkat kan ada tangga) Luckily , hahaha speaking ko! Alhamdulillah, ada juga seorang hero yang bantu aku. Hero ni memang penyelamat 'dunia' akulah. Akhirnya, bantuan Allah sampai. Ada jugak insan yang sudi bantu aku.

Sebelum tu, sepanjang aku berada kat bahagian driver bas tu kan, aku memang dah takpandang belakang. Aku pandang muka akak tu je sekali dengan hero yang bantu aku tu. Mesti orang belakang duk mengumpat aku.. hehe Bukan mengumpat laa, macam :

"apalah masalah budak ni, dah tertinggal bas sibukk nak naik bas ni!"
"eh eh ! kenapa dengan budak ni ? Tertinggal bas ekkkkkkk ?"

Lebihh kurang macam tu la. Tapi tak adanya aku dengar orang ngumpat aku masa dalam bas tu XD
Okeyy, sebenarnya hero yang aku maksudkan itulah seorang pakcik. Ye. Seorang pakcik ni iaitu driver bas SANI Ekspress untuk trip ke-2 ni. Biasanya kan, setiap bas ada dua orang driver. Nama aku tak sempat nak tanya, tapi nasiblah pakcik ni cakap,

"call driver bas trip-1. #Bas yang sepatutnya aku naik tu laa. Cakap kat dia. tunggu kat Tol Gombak sebab ada budak tertinggal bas. "





Maluuu.. hahaha Malu ke tak, aku redaah je. Dah aku nak balik jugakk haritu. Aku takboleh putus asa, dah nampak effort akak tu sekali dengan pakcik yang nak tolong aku so aku follow je laa ^^ So, dalam otw nak ke Tol Gombak, aku borak2 laa dengan pakcik tu sekali dengan pakcik driver sorang lagi. Dia cakaplaa, kalau bas lain mungkin takboleh buat macam ni. Bukan nak cakap SANI Ekspress ni paling baik, tapi kami masih boleh tolong customer selagi mampu.

Masa ni aku pun terfikir, tak rugi aku setia dengan SANI Ekspress setiap kali balik kampung. Friendly pulak pakcik2 ni. Kitaorang borak sampailah kat Tol Gombak. Masa ni aku ucap terima kasih banyak2 kat pakcik dua orang. Tak ada apa pun yang dapat aku kasi selain drpd, meraka yang tolong aku hari ni, tak kisah laa siapa dia, semoga Allah murahkan rezeki, permudahkan segala urusan dia, sebab tanpa dorang memang aku takkan dapat balik trganu haritu.

So, lepas ni mari pakat ramai-ramai naik bas SANI Ekspress yer. hahaha XD Seat pun best, takpernah lagi aku naik bas SANI, then terasa macam sakit belakang, sakit leher.. kalau bas lain ada. Memang aku taktipu. Dorang punya pekerja, driver semua baik-baik. Kalau ada satu-dua tu nak buat macam mana kan. Haritu, memang hari yang paling paling menakutkan bagi aku. Berada kat tempat orang, sorang-sorang tanpa sesiapapun yang aku kenal, tapi nasiblah bantuan Allah ada waktu aku memerlukan. Alhamdulillah.


Our life's in Allah hand. Aku percaya dengan kata-kata ni. Aku tahu mesti ada hikmah disebalik apa yang berlaku. Balik tu, ibu cakap kalau dah memang taksempat naik bas haritu jugak, better balik esok hari. Relax pun relax tak ada gaduh-gaduh. hehehe ^^ Betul jugak tu. So, lepas ni kalau aku ada kelas hari Jumaat, terpaksa aku korbankan sehari sebab tiket bas SANI Ekspress ke pantai timur biasanya ada tiga trip je sehari :

10 pagi | 1.30 petang | 10 malam.

The end, Okayyy, dah takde sambungannya. haha XD Terima kasih sudi baca .


1 comment:

  1. Okey dah tahu cerita sebenar. XD Baik betul pak cik tu ye~ :)

    ReplyDelete