Alkisah Hampir Tertinggal Bas

Assalamualaikum.
Okeyy, hari ni dah officially cuti sem walaupun seminggu, bukan 3 bulan macam budak asasi yg lain. Tapi, seminggu pun best jugak dapat balikk. Lepas ni dah takada cuti. Terus final ! ==' Okeyy sebenarnya, ada cerita menyayat hati aku nak share dan memang aku takkan lupa sampai
bila-bila. Last Friday, was not my day.


Jumaat | 17.10.2014
Hari ni ada test Tech. Math then, quiz Proggraming (FP) Tapi disebabkan tiket bas aku pukul 1.30, so aku terpaksa delay ambil quiz. Habiss je class FP dalam pukul 12.35 dahh. Nak kejar bas lagi. Hadoii. Dah rungsing ni. Perjalanan nak ke KL Sentral bukannya senang dan bukannya cepat. Dah laa bawak beg. Kalau sehelai sepinggan, senang je lari pun tak ada hal. So, dipendekkan cerita, niat dalam hati ni memang nak singgah sekejap. Sekejap je kat Chatime, nak beli air. Tapi waktu ni jam dah pukul 1 lebih. So, terpaksa lupakan hajat aku ni.

Sampai KL Sentral dalam pukul 1.05 petang. Dan guess what ? Train KTM seterusnya ialah pada 1.23 petang !!! Ya Allah. Speechless. Tahu-tahu jelah kelajuan KTM tu macam mana. Paling kurang ambil masa 10 minit nak sampai Hentian Putra. Tu pun kalau train ni tak ada halangan. Harap-harap sempatlaa nak kejar bas aku yang pukul 1.30 tu. Bosan memang takboleh nak cakap. Menyesal pun ada jugak sebab Chatime aku takbeli =,= Ingatkan tak sempat, rupanya lebihh pada sempat.

Okeyylaa. Penantian aku berakhir jugak walaupun lewat 1 minit. So untuk confirmkan sama ada bas aku tu dah sampai ke belom, aku call laa counter SANI Ekspress . Nasib bas tu taksampai lagi. Oh! Aku naik SANI Ekspress untuk trip kali ni dan sebenarnya trip sebelum ni pun sama.
#Aku akan setia dengan SANI Ekspress lepas pada kejadian yang menimpa aku.

Pintu train tertutup. Waktu tu aku dah lega .. Then, pintu tu terbuka balik. Masa ni aku dah taksedap hati. Sebab ni bukan macam ERL boleh main bukak tutup pintu. Ni KTM ! Rupanya, lampu tengah merah. Dah bagi sesiapa yang pernah naik KTM ataupun Monorel, mesti korang tahu kan, berapa lama train ni akan berhenti untuk tunggu lampu tu hijau. Adalah dalam 10 minit. Sekali lagi, aku rasa macam nak nangis sangat-sangat. Buatnya, aku takbalik tertinggal bas. Memang meroyan aku balik hostel nanti T^T


Jam dah pukul 1.45. Masa ni aku dah frust sangat-sangat. Apa ke beng***nya train ni berhenti ! Memang aku dah putus harapan. Memang aku dahterlepas bas. Tsk tsk.. Dan akhirnya. train ni bergerak juga. Sampai je di Hentian Putra. Aku dah memang tasedap hati buat ke 121038103x kali sebab masa dalam perjalanan ke Stesen Bas Hentian Putra tu, aku bertembung dengan satu bas SANI. Waktu tu kiranya bas tu dah bertolak. Aku dah memang agak yang tu sepatutnya bas yang aku kena naik. Jam dah pukul 1.55 petang. Confirm!

So, aku terus call sekali lagi kaunter then jyeahhh, aku dah tertinggal bas ! :' ( So, akak tu cakap suruh aku pergi kat bas satu lagi then jumpa kerani kat sana. Tapi aku beli ticket online so, macam mana nak jumpa kerani tu kalau tiket tak ada. Aku pun pergi kat kaunter then cakap kat akak tu yang aku ada call tadi. Akak tu cakap suruh pergi kat bas tu. Kalau ada seat kosong tak ada hal. Tapi kalau dah full memang tak boleh nak buat apa.

Sampai je kat bas tu, aku cakaplah blah.. blah.. blah.. Then akak tu cakap aku dah terlambat. Dia pun check kot-kot adalah seat kosong tapi dah F U L L . So aku pun memang dah fikir, tak ada harapan nak balik laa. Terpaksa beli tiket lain laa nampaknya.



T A P I




akan bersambung. Cehh ! Konon-konon adalah yang baca entry ni. hihi Buat suspens sikit. Konon laah. Boleh je aku sambung tapi aku tengok macam panjang je aku taip ni. So, untuk sambungan jumpa next entry. For sure, aku memang dapat naik bas tu. But, how ??? 

Itu yang korang kena nantikan. Ni part yang paling interesting . Percayalah..^^

## Updated !!
Sambungan : http://anies-msletoes.blogspot.com/2014/10/our-lifes-in-allah-hand.html




8 comments:

  1. Haha , sambung lahh . Menarik pulak ceritanya xD

    ReplyDelete
  2. hahaha nak baca sambungan diaaaa xD

    ReplyDelete
  3. membalas jejak :) ngaaaa, tengah sedap - sedap baca dia cakap bersambung pulak -..-

    ReplyDelete
  4. hoi hoi...motip sungguh cerita separuh jalan! hahaha :D

    ReplyDelete
  5. Laaaa~ Bukan main fokus ada bersambung pula. Huhu~ :p

    ReplyDelete
  6. adehh. akak pulak tak sabar ni haa. cepat sikit update. hehe

    ReplyDelete
  7. bagus pkcik bus tuh yer... :D saya dah follow sini :D

    ReplyDelete